Mac 11, 2009

Agama Dan Keturunan.

Pandangan harapan atau kegusaran?. Aku dedicate kan gambar ini kepada dunia. Bisakah kita melihat air muka anak ini lagi jika kepercayaan dan persefahaman antara kita terlalu prejudis dalam diri kita semua? Aku tak pasti anak kecil ini takut akan aku sebab aku berlainan kulit, atau malu kerana aku berbeza? Tapi, aku tau anak kecil ini mengerti walau secebis hati yang dipanggil 'kemanusiaan'.
Gambar : Yap Kongsi, Penang, 11Mac09

Tempat beribadat. Aku sebagai Muslim, berharap adanya keseimbangan dalam hidup berkaum. Aku berpegang pada satu firman Allah yang bermaksud, "diciptakan pelbagai bangsa antara kamu supaya kamu boleh saling mengenali". Jadi, perlukah bersifat rasis? Dan perlukah mengatakan diri sentiasa betul untuk menyanggah pendapat dari orang lain. Taat, bukan sekadar taat. Tapi, percaya dan amal.
Gambar : Khoo Kongsi, Penang, 11Mac09

1 ulasan:

Syara Mohammad berkata...

Terlalu banyak hal yang didebatkan kini.

Perkara yang lebih utama, dipandang sepi.