Mac 04, 2009

Ahli Muzik

Penyanyi moden zaman sekarang. Mempunyai rasukan yang luar biasa. Tetapi, adakalanya sering di banding-banding antara dalam dan luar negara. Padahal, kau orang semua belajar chord dan nota yang sama. Kreativiti itu perlu diasuh.
Gambar : Vokalis Paku, Penang, 28 Febuari09.

Rock&Roll, dan 80's subculture muzik memang meniggalkan kesan dalam lanjutan muzik Malaysia. Istilah 'goreng' dan 'rock kapak'. Imej berambut panjang. Fantastiknya elemen-elemen ini apabila menular dalam jiwa manusia. Tetapi, kita perlukan perubahan dan universal.
Gambar : Gitaris Leather Charms, Penang, 28Febuari09.

Bagaimana pula musisi yang di sisihkan. Kurang upaya? Tidak normal seperti kita? Jangan alpa bai. Kau orang mungkin tak mengetahui apa itu kehebatan dari mereka yang luar biasa. Siapa tahu pakcik di atas ni boleh mendedangkan akustika 'Stairways To Heaven dari Led Zappelin' dengan angkuh berbanding korunk yang masih terkial-kial menekan kord. Malah, ada yang tidak tahu apa itu 'Stairways To Heaven'. Malangnya, kita terlalu mendiskriminasi.
Gambar : Pakcik dan Makcik, Puduraya, 13Januari09.

3 ulasan:

MATAHARI berkata...

aku suka stairway to heaven versi the string quartet

AlexiaAqram berkata...

menurut pemerhatian aku. sesiapa yang suka stairways to heaven, maknanya dia pandai main gitar.

okeh, jom jamming.

Syara Mohammad berkata...

Bakat boleh ddigilap...

Andai tidak tahu boleh belajar.

Bila reti, diperbaiki.