Julai 25, 2009

Kisah-Kisah 1

Identiti masyarakat berbilang kaum kini semakin disemaikan dengan sikap prejudis antara sesama kaum. Rasa prejudis itu terdorong dari rasa tidak selamat dan juga lebihan sifat ingin berkuasa yang melampau. Berbalah kerana ketidakpercayaan yang merasakan diri pejuang bangsa masing-masing. Yang Melayu dengan masalah nasionalisma dan agamanya, yang Cina dengan masalah kehilangan kepentingan kekayaannya dan India dengan masalah kemiskinan dan kepinggirannya.

Apabila aku membaca artikel terbaru oleh Mahathir Mohammad mengenai 'Kasut dan Bangsa'. Lantas, terdetik di hati Melayu Republik menceritakan sebuah kisah yang pernah aku dengari dahulu.

Pada suatu hari di sebuah bilik persidangan guru-guru sejarah seluruh negeri. Berbincanglah guru-guru ini mengenai topik-topik kenegaraan dan sejarah Malaysia. Sehingga timbul isu kontrak sosial, perbincangan di bilik persidangan itu semakin panas dan penuh dengan rasa prejudis.

Lalu, bangunlah seorang guru ini cuba menyanggah hujah yang disampaikan pengucap di hadapannya. Lantas dia berkata dengan angkuh,

'Saya menyesal kerana nenek moyang saya menerima kontrak sosial pada masa lalu, kontrak sosial itu tidak adil dan sepatutnya dibatalkan'

Hadirin di dalam bilik itu terdiam seketika. Sepi. Seperti mahu membenarkan kata-kata guru sejarah tersebut.

Pengucap didepan tersebut tersenyum. Lalu mengucapkan sepotong ayat dengan tenang,

'Saya lagi menyesal kerana nenek moyang saya membuat kontrak sosial dan menerima nenek moyang kamu sebagai warganegara yang suka memijak kepala keturunan kami'

Suasana terus sepi. Guru yang sebelum ini berkobar-kobar menyanggah, merah mukanya. Dan ada yang di dalam bilik itu tersenyum sinis seperti meraikan satu kemenangan.

Ringkasnya, kedengaran peristiwa tersebut seperti suatu peristiwa rasis. Namun, jika difikirkan kembali. Kejadian tersebut tidak akan timbul jika semua guru tidak memulakan suatu perlakuan menentang secara provokasi. Lebih baik berdiam atau membincangkannya secara berhemah.

3 ulasan:

Lee Zha berkata...

aku suka en3 ni bro.

Awang Joe berkata...

terbaik...walaupun mula2 x paham...kna baca 2x dowh...

Syara Mohammad berkata...

hhhmmm...

this issue will never stop. DEBATE.