Julai 31, 2009

Kisah-Kisah 2

Dari surah Al-Hujuraat Juzuk 49, ayat ke 11 dan 12.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


11. Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mempersenda kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang dipersendakan) lebih baik dari mereka (yang mempersendakan) dan jangan pula wanita-wanita (menpersendakan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dipersendakan) lebih baik dari wanita (yang mempersendakan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri­1410) dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman1411) dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


12. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jiik kepadanya, Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


1410) - "Jangan mencela dirimu sendiri" maksudnya ialah mencela antara sesama mu'min kerana orang-orang mu'min seperti satu badan.
1411) - Panggillan yang buruk ialah gelar-gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelar itu, seperti panggilan kepada seseorang yang sudah beriman dengan kata-kata: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.


Pendapat aku:


Di Malaysia, memanggil buruk nama seseorang adalah perkara biasa. Mengkafirkan orang Islam pun pernah berlaku. Mempersendakan orang lain lagilah selalu. Sudah menjadi minuman dan makanan harian. Seolah setiap hari meneguk arak walaupun tak. Prasangka dan prejudis. Itu adalah normal katanya. Bila nak bertaubat?

4 ulasan:

apan berkata...

mekasih sebab pos komen kat aku nye blog. kita jadi geng bley?nak gak tau ko nye pendapat.bolehla ak blaja

*cam karem je ko ni.kalo aku silap btau ya

Melayu Republik berkata...

geng!

:)

MATAHARI berkata...

peh. tak sangka aku katam blog ni 2x.

Syara Mohammad berkata...

sampai mati mungkin...