Julai 25, 2009

Lihatlah Fikiran.

Membaca sebanyak ini? Mengapa tidak? Menambahkan pengetahuan itu penting dalam kehidupan kerana kita akan seiring dengan masa dalam keperluan pengetahuan. Siapa yang kurang membaca. Dia ketinggalan.
Gambar : Kedai Buku, Chowrasta, 29Mac2008


Samawi. Islam dan Nasrani. Muslim dan Kristian. Biarpun kita berlainan agama, kita tak patut saling mempersendakan. Kita harus saling kenal-mengenal. Buangkan prejudis. Didiklah diri kita menjadi manusia yang penuh dengan hikmah.
Gambar : Georgetown, Penang, 6September2008

Apakah lorong ini dinamakan kerana banyak manusia 'make love' disini? :)

Menepati masa. Menara jam ini menjadi petunjuk bagi penduduk Pulau Pinang pada masa dulu bagi membahagikan masa. Revolusi jam dari sebesar bangunan kepada kini sekecil jam tangan.
Gambar : Menara Jam, Padang Kota, 13November2008

3 ulasan:

raihani berkata...

suka gambar buku buku tu.harap ada banyak buku.lama menghilang ye

Melayu Republik berkata...

memang terlalu banyak buku. buku terpakai. murah harganya.

:)

Syara Mohammad berkata...

buku. baru atau terpakai, tetap ilmu.