September 05, 2009

Edisi Khas Pakatan Rakyat

7 Sebab Mengapa Saya Tidak Memilih Pakatan Rakyat.

1. Ideologi dan Hala Tuju Parti.
- PKR tidak memperjuangkan Islam. Begitu juga DAP. Hanya PAS sahaja memperjuangkan Islam. Namun menolak ideologi bangsa. Tetapi, mahu menjadi pengganti pejuang bangsa dari UMNO. PKR lebih mahu sama rata sesama kaum, tetapi DAP nampak seperti terarah kepada satu kaum manakala PAS seperti mendiskriminasi antara Islam bawaan UMNO dan bawaan PAS. Kesimpulannya? Saya pening dengan ideologi Pakatan Rakyat.

2. Korupsi.
- Benarlah bahawa korupsi itu ada di mana-mana. Jika dahulu di katakan kerajaan BN melakukan korupsi, tetapi sebenarnya Pakatan Rakyat juga melakukan korupsi yang sama. Kebanyakkan mereka yang melakukan korupsi adalah ahli politik dari PKR dan DAP. 'Pokok takkan bergoyang jika di tiup angin'. Jika mereka tidak melakukan korupsi, kenapa melatah bila di kejar SPRM?

3. Kronisme Teramat Teruk.
- Di akui kerajaan BN ada melakukan kronisme. Tetapi, tidak lah seteruk Pakatan Rakyat di mana jawatan tertinggi parti di kuasai anak-beranak. Anwar, Azizah dan Nurul Izzah. Kit Siang, Guang Eng dan bininya. Karpal Singh dan dua anaknya Gobind dan Govinda. Itu tak termasuk hak-hak yang di nafikan kepada rakyat hanya kerana di dahi mereka bercap BN seperti bantuan kemanusiaan dan hak-hak tetap.

4. Tamak Kuasa Yang Menebal.
- Di Perak adalah contoh bagaimana saya boleh lihat kekecohan akan berlaku sampai hari kiamat jika Pakatan Rakyat terus membuat sidang DUN haram. Sultan dah kata milik kerajaan BN berdasarkan bilangan kerusi dan sokongan. Mereka masih melawan dan sehingga ketamakkan Nizar yang mempunyai kerusi DUN dan Parlimen sekaligus. Itu tak termasuk ketamakkan Khalid Ibrahim di Selangor.

5. Ketua Yang Tidak Layak.
- Apakah ciri-ciri yang baik untuk menjadi seorang ketua pemimpin? Saya rasa ialah berhemah, beradab dan berkredibiliti. Sepanjang saya hidup, saya lihat Presiden BN kurang atau mungkin tidak mengungkapkan kata cacian atau makian kepada pemimpin pihak pembangkang. Tetapi, jika pemimpin pembangkang memaki pemimpin atau pihak kerajaan. Banyak dan tak terkira. Setiap hari di adakan ceramah, dan setiap kali itu kata cacian dan makian keluar dari mulut Anwar, Kit Siang, Nik Aziz dan sebagainya kepada pihak kerajaan. Kesimpulannya? Saya rasa mereka bakal menerima seksaan perit dari Allah Maha Esa.

6. Terlalu Agresif.
- Melihat kepada kempen-kempen pilihanraya yang lepas, pasti akan berlaku kekecohan antara penyokong pembangkang dan polis. Kenapa bukan kekecohan antara penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang? Padahal, polis hanya menjaga ketenteraman. Jika mereka berhemah dalam berkempen yang mereka katakan aman, pastinya takkan terjadi kekecohan. Tapi, setelah keagresifan mereka dengan mengadakan demonstrasi setiap masa. Pastinya mengundang pelbagai musibah dan pandangan negatif kepada masyarakat Malaysia.

7. Media Yang Keras.
- Saya membaca pelbagai akhbar. Tetapi, apabila setiap kali saya membaca akhbar milik pembangkang, saya rasa seperti ada dark side dalam diri saya. Lebih banyak hatred dari love. Ini adalah kerana cerita politik mereka dari A-Z hanya kepada menjatuhkan sesuatu pihak terutamanya pihak kerajaan. Saya tahu jika saya terus membaca akhbar Harakah, Roket ataupun Anwar Ibrahim Blog, mungkin saya akan jadi Sith Lord ataupun Darth Vader. Tak mahu! Saya mahu menjadi Jedi. Saya tak mahu kuasa hitam dalam diri saya kerana dipengaruhi perkara negatif yang di ceritakan dalam akhbar pembangkang. Sedangkan, Tuhan saya yang Maha Unggul mahu saya bersangka baik.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1- Agama adalah nyawa dan maruah diri mereka. Anda akan melihat bagaimana Islam terlalu mengawal pergerakan dan tingkah laku mereka dalam segala aspek. Oleh kerana PAS dikenali lama sebagai parti ugama, sedang UMNO pula dikenali sebagai parti dunia, sekular, kuasa, wang dan dendam, maka mudah sekali rakyat memilih PAS tanpa syak dan ragu.

2- PAS memiliki pemimpin ugama sebagai qudwah yang diikuti. Hampir tiada ulama besar untuk diminta fatwa dan nasihat kecuali mereka menyokong PAS dan perjuangannya. Rakyat akan mudah merasa bersalah dan berdosa untuk memilih UMNO kerana mereka merasakan mereka tidak bersama dan tanpa restu para ulama.

3- Politik adalah kopi ‘O’ rakyat Malaysia. Di sini, kopi diteguk di kedai – kedai makan untuk melawaskan perdebatan dan perbincangan perihal politik setempat dan tanah air. Dengan kesedaran politik yang tinggi, di samping isu – isu negara yang tidak menyokong kerajaan BN, adalah tidak sukar untuk rakyat terus mengundi PAS lagi.

4- Pembanguna fizikal tidak meruntuhkan binaan rohani sebagaimana begitulah senarionya di negara kita. Di Malaysia, kesima nafsu terhadap pembangunan fizikal telah meruntuhkan jiwa, akhlak dan ugama. Di Kelantan, kerancakan pembangunan fizikal tidak kehilangan arah dan kawalan. Malah, rakyat sedar bahawa kerajaan PAS menerapkan isi dan keberkatan di dalam pembangunan fizikal.

5- Berakar dari bawah, segenap lapisan rakyat merasai kewujudan sebuah kerajaan berkebajikan yang cuba melaksanakan amanah kuasa dengan kehendak ugama. Sentuhan hangat daripada pihak penguasa dan rasa selamat dan dilindungi menjadi satu daya yang kuat untuk mereka terus memberi sokongan dan dukungan kepada PAS untuk terus memerintah Kelantan.

6- PAS kian diyakini kekuatan dan kemampuannya. 18 tahun memerintah Kelantan menjadikan PAS kuat dan mampu. Akhirnya kekuatan dan kemampuannya diyakini dan diterima rakyat tanpa rasa kekok, ragu dan rimas. PAS terbukti berjaya membuktikan ISLAM BOLEH!

7- Rekod PAS bersih daripada penyelewengan dan rasuah oleh BPR sepanjang pemerintahannya. Ini secara kasarnya menakjubkan kerana rakyat sering menyaksikan medan politik negara yang penuh comot dengan rasuah dan penyelewengan.

8- PAS, khususnya jentera pemudanya adalah rakan anak muda. Adalah diyakini anak – anak muda begitu selesa dengan kepimpinan pemuda PAS di setiap peringkat yang sentiasa turun padang memberi khidmat dan bantuan bagi memenuhi keperluan dan kebajikan mereka.

9- Hubungan baik dan intim antara kerajaan negeri dengan istana.

10- UMNO terlalu lemah. UMNO tiada pemimpin contoh, tiada pemimpin muda harapan, tiada jasa besar sebagai pembangkang, tiada janji yang menyelerakan rakyat dan tiada sebab untuk diberi peluang dan harapan.

Melayu Republik berkata...

Ayat memang indah dan penuh dengan harapan.
Tapi sayangnya, dengan tidak meletakkan identiti, siapa yang akan percaya cakap anda?
Macam membaling batu, sembunyi tangan.
Tiada siapa akan respect apa yang anda tuliskan.

Sila fahami bahawa penulisan adalah mengenai Pakatan Rakyat.
Bukan ditujukan kepada PAS sahaja.
Lagipun, jika PAS benar-benar mahu memperjuangkan Islam, mengapa tunduk dengan mereka yang menyembah berhala?
Ketahuilah bahawa Rasulluallah SAW berjuang bermati-matian untuk menarik kaum Arab keluar dari penyembahan berhala.
Saya kecewa dengan PAS bila mereka menyertai Pakatan Rakyat.
Umpama kecewanya Obi Wan Kenobi bila melihat Anakin Skywalker menyertai Sith Lord.

L@Ks@mAn@ Sp@rrOw berkata...

saudara...jangan pandang hanya pada sebelah pihak. kita tahu semua orang ada melakukan kesilapan. Dan jangan pula saudara menikam orang dengan kata2 yang keluar pada mulut orang lain dan bukan dari mulut yang melakukannya sendiri...saya tidak song mana2 pihak...tetapi kalau saudara betul2 mahukan yang terbaik untuk saudara...saudara tanya sendiri dari badan yang melakukannya...dan jangan menikam hanya dari tulisan akbar dan mendengar dari mulut org lain...sekian...

semoga Malaysia semakin aman.

Melayu Republik berkata...

saya tidak menikam orang berdasarkan cakap-cakap orang lain. dunia kini semakin kecil. pembuktian dalam satu situasi lebih banyak. selak mana-mana video rakaman ucapan mereka, komen mereka dan sebagainya dari internet yang kini berkuasa menghubungkan berita. dari komen, ucapan dan ceramah para pemimpin yang saya sering maksudkan itu saya lihat itu bukti sebagaimana pemimpin tersebut.

saya tidak pandang sebelah pihak, akan ada banyak lagi saya akan tuliskan pada masa akan datang.

saudara, menjadi atas pagar adakalanya mencerminkan diri kita yang seperti lalang ditiup angin (tak teguh pendirian). Dan orang sebegitu sukar diterima dalam perjuangan dan kepercayaan.

sekian.
semoga malaysia lebih bersekutu agar bertambah mutu.

karim berkata...

Dari blog trankuiliti tronoh;

"karim,

karim,kalo brani bg la e-mail ko ke,link ke...ini takat letak nama karim,ko lg kecut.brader maximus nie bukan pun penyokong manyoo,tapi dia ada ilmu.x salah kalo dia cedok pun dr lebai google,tp at least ilmu dia,dia kasi kongsi kat sini. dia plak jenis x mudah sasul,x mcm ko karim,da la salah,belagak lak tue.tp at the end,ko mintak maap.ok la..ngaku jugak kalah. brader pp nk cri ko,dia kata nk bg pengajaran "keras" kat ko... :))"

kau sendiri bg komen cari gaduh kt blog orang tak bagi link. tak silap aku kt atas tu kau marah mamat ni komen tak bagi link.

HIPOKRIT.

tak salah jadi hipokrit, cuma jangan bising macam kau buat benda betul.

aku bt macam ni sbb aku nak tunjuk salah kau.

aku tau kau lah karim yang bagi komen kt blog maximus tu. tak payah nak dalih dalih.

Melayu Republik berkata...

bulan ramadhan ni kalau kalau aku menipu. aku kena sambar petir. Dengan nama Allah Ar-Rahman bahawa 'karim' itu bukan aku.

buat fitnah merata.

macam cibai.

karim berkata...

Tlg jgn pandang rendah IQ aku. AKU TAHU.

nk tipu pun pakai la alasan power sikit. "bulan puasa tipu kena sambar petir". kau igt aku tak lps tadika ke apa?

P.S. Kalau tak ambil cuaca sbg pembolehubah, bila bila pun kau boleh kena sambar petir.

P.P.S Jgn reply komen aku ni. Aku tak larat nak tgk kau menipu. Sbb, bulan ramadhan ni kalau kau menipu, kau berdosa.

Melayu Republik berkata...

P.S.

Hanya orang gila macam kau yang suka buruk sangka di bulan puasa dan bulan2 yang lain.

Aku dah cakap, itu bukan aku. itu orang lain yang sama nama. Nak cakap berapa kali baru kau faham? setan...

aku tak menipu, jadi aku tak berdosa, maka aku masih hidup mereply mesej kau. waallahi, wataallahi, wabillahi itu bukan aku.