September 08, 2009

Ke Arah Universiti Lestari

Pada sidang 2009/2010 tahun ini, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memulakan langkah dengan imej dan halatuju baru selaras dengan penganugerahan ‘Universiti Apex’ iaitu universiti pemacu kecermelangan. Sehubungan dengan itu, satu kaedah telah di laksanakan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Ianya di sebut ‘Universiti Lestari’.

Universiti lestari bukanlah suatu pendekatan duniawi semata-mata. Sebaliknya, ia mahu diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam ajaran Islam selaras dengan kehendak moral yang baik bagi di aplikasikan dengan situasi hidup pelbagai kaum di negara ini. Universiti lestari boleh di definasikan sebagai sebuah konsep bagi memperindahkan atau mengelokkan kaedah-kaedah yang lama, yang mungkin sudah tidak relevan dan kurang memberi manfaat kepada umat manusia. Hal ini dapat di jelaskan melalui ucaptama Naib Cancelor USM sewaktu memperkenalkan kosep universiti lestari bagi memberi manfaat yang baik kepada semua anggota USM termasuk para mahasiswanya dalam memupuk nilai ilmu yang lebih tinggi.

Jika dilihat dari segi definasi, ianya tidak jauh beza dengan konsep muslahat mursalah yang telah kita kenali dan bincangkan sebelum ini. Semuanya adalah kerana manfaat yang tidak melanggar hukum syarak. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kaedah yang boleh universiti asimilasikan dengan maslahat mursalah dan urf yang semangnya senantiasa bermain dalam kehidupan kita bagi membentuk universiti lestari? Di sini, kita akan menyentuh beberapa isu dan kaedah yang boleh diperkenalkan bagi memudahkan kefahaman kita mengenai kebaikkan universiti lestari.

Sistem Meritokrasi Dalam Pengambilan Pelajar.

Ramai penganalisa dan pemikir di negara ini berpendapat bahawa sistem tersebut merupakan sistem yang rasis (racial) terhadap etnik-etnik di Malaysia. Kaedah tersebut tidak menggalakkan persaingan sihat dalam perebutan memasuki universiti. Namun, bagi penulis, sistem meritokrasi adalah yang terbaik dan sebenarnya adalah selaras dengan suruhan Allah Taala yang mahu kita sebagai manusia berlaku adil. Keadilan yang boleh di ambil sebab-musababnya adalah berkaitan nisbah bilangan kaum di Malaysia yang menunjukkan 60 peratus golongan pelajar di Malaysia adalah dari kaum Melayu yang secara hakikinya adalah beragama Islam. Bermakna, pelajar Islam berhak mendapat tempat yang lebih dalam pengajian.

Kaedah meritokrasi ini boleh dilicinkan lagi dengan memberi hak autonomi kepada para pensyarah bagi memilih pelajar-pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di universiti. Ini mampu membuka ruang dalam memilih pelajar-pelajar yang pintar dan tinggi akhlaknya. Sekaligus, mencukupi untuk mencapai matlamat universiti lestari. Ini merupakan satu konsep yang bertepatan dengan maslahat mursalah. Biarpun tidak dinyatakan dalam syarak, tetapi sebenarnya ia memberi peluang kepada pelajar Islam untuk mengikuti pembelajaran berkualiti di unversiti dan sesungguhnya menuntut ilmu merupakan salah satu jihad.

Sistem Liberalisasi Dalam Kuliah.
Jika meritokrasi masih tidak memuaskan hati pelbagai pihak, sistem ini akan menyelesaikan permasalahan tersebut. Liberalisasi seperti yang telah di canangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib sempena dengan konsep Satu Malaysia merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengadili saluran ilmu agar ianya tidak berat sebelah kepada sesebuah kaum sahaja.

Liberalisasi bukanlah sekular. Liberalisasi merupakan konsep yang mengetengahkan kesamaratan dalam kehidupan manusia. Hal ini mungkin boleh di jelaskan memalui Firman Allah Taala yang mengharuskan keadilan dan tidak memihak dalam menentukan sesuatu hukum:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah) kerana (membela) orang-orang yang khianat". (An-Nisa’:105)

Asbab nuzul ayat tersebut adalah mengenai kecurian yang berlaku dengan menuduh seorang Yahudi yang melakukannya, walhal, Yahudi tersebut tidak melakukannya, sebaliknya seorang muslim bernama Thu’mah yang mencuri dan meletakkan barang curian di rumah Yahudi tersebut, lalu menuduh Yahudi itu yang mencurinya. Lalu Allah menurunkan ayat ini kerana Rasulluallah SAW sendiri hampir-hampir turut menuduhnya. Hal ini menjelaskan bahawa, dalam keadilan, sikap memihak kerana kesamaan agama dan bangsa adalah ditolak. Sebaliknya, keadilan yang hakiki perlu di cari bagi mengelakkan diri terjerumus bersekongkol dengan orang yang khianat.

Maka dengan itu, para pensyarah di universiti perlulah adil dalam mengajar, memberi permakahan dan bimbingan kepada semua pelajarnya. Dengan sistem liberalisasi ini, ianya dapat melicinkan dan mendedahkan kaedah yang benar dalam memupuk keadilan serta mampu memberipersaingan yang sihat dalam menuntut ilmu. Liberalisasi tiada dalam syarak, tetapi, konsep keadilan dalam liberalisasi tidak melanggar syarak.

Kod Etika Pakaian Pada Hari Tertentu.
Kebiasaan bagi seseorang mahasiswa, pakaian yang dipakai adalah pakaian yang selesa dan dituntut penutupan auratnya. Mungkin ini tidak menimbulkan masalah kepada pelajar Islam, tetapi, bagaimanakah dengan pelajar bukan Islam? Maka dengan itu, kod etika pakaian pada hari tertentu adalah sebuah konsep yang patut di laksanakan bagi memupuk dan memberi kefahaman kepada pelajar bukan Islam agar menghormati tatacara dan budaya sopan santun dalam ajaran Islam.

Di cadangkan untuk di kenakan kod etika pakaian pada hari Jumaat kerana hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Pada hari tesebut, semua pelajar seeloknya memakai pakaian kebangsaan iaitu baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung dan tudung bagi perempuan. Umumnya, kedua-dua pakaian tersebut adalah lebih bersopan dibandingkan dengan seluar jeans ataupun skirt labuh. Kendatipun, tiada langsung di terangkan dalam syarak mengenai jenis pakaian apa yang patut dipakai oleh umat Islam. Sebaliknya, yang hanya diterangkan ialah tuntutan menutup aurat dengan menutup batas-batas tertentu. Urf yang boleh dikaitkan ialah jenis pakaian yang biasa dipakai dalam adat dan budaya, yang boleh di aplikasikan dalam menutup aurat adalah dengan mengenakan pakaian kebangsaan yang tidak melanggar syarak dalam menutup batas-batas aurat serta lebih sopan.

Kesimpulan
Ingin di sampaikan di sini bahawa, pembentukan universiti lestari sebenarnya adalah salah satu manfaat yang terkandung dalam maslahat mursalah. Cara pelaksanaannya pula tidaklah terpesong dari syarak, sebaliknya adalah ‘urf. Ianya boleh didefinasikan sebagai asimilasi agama dengan keperluan ilmu yang seimbang. Apa yang penting sekali, segala dasar yang dibentuk dalam konsep universiti lestari, seharusnya tidaklah melampau dan membebankan manusia. Hal ini sangat dilarang dalam Islam. Akhir kata, penulis bersetuju bahawa maslahat marsalah dan urf merupakan satu penggunaan yang menghalalkan pembentukan universiti lestari yang boleh memberi manfaat kepada kemajuan Islam.

3 ulasan:

meyour berkata...

salam blog..........

Melayu Republik berkata...

salam encik meyour.

Syara Mohammad berkata...

terlalu banyak tentangan.

andai kata semua sistem yang diperkenal tidak kena, serba kekurangan, susah sekali untuk mentadbir negara ini.