November 18, 2009

Antara Noda dan Ketawa

Well, ini bukan entri humor yang boleh buat orang ketawa. Kalau nak ketawa, pergi ceramah PAS.

Semakin hari, penulis LensaRosak ini sudah membilang waktu bilakah masanya akan tiba. Masa kematian? Masa kebangkitan? Atau masa perjuangan?

Aku lihat di sekeliling kita, banyak orang ketawa, happy-happy sentiasa. Ingin aku bertanya, pada mereka. Sudah solat? Tapi aku tak cukup berani.

Aku lihat lagi. Couple dengan aksi terlampau. Kalau setakat hold-hand jalan bersama tu tak lah teruk sangat. Tapi, kalau beriba-peluk depan orang ramai. Ingin aku kedepan bertanya. Dah kawen? Tapi aku takut pula.

Aku lihat lagi dengan teliti. Melihat semua orang sibuk mencari duit. Kerja sana-sini. Jelas sekali aku nak bertanya. Banyak duit, dah zakat? Tapi, takut kena pelempang pulak.

Aku berjalan di antara dinding yang sempit. Merasakan bahawa jika manusia memahami bahawa dunia ini kecil. Pasti manusia takkan berani buat kesalahan.

Itulah.








Aku dah merepek. Pekena Panadol 2 biji. Demam. Sori tak dapat ambil gambar buat masa ini.
Point nya tu je. Thanks.

1 ulasan:

Syara Mohammad berkata...

sentap!

teguran membina.