Disember 23, 2009

Islam Dan Kristian

Islam dan Kristian sebenarnya mempunyai 'bond' yang saling berkait. Namun, kerana kurang kefahaman dan perbincangan hati ke hati antara kedua agama ini menyebabkan kedua-dua penganut semacam ada 'religionphobic'. Antara Islam dan Kristian perlu duduk semeja seperti yang di lakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad semasa baginda membuka Kota Madinah. Nabi Muhammad tidaklah mencederakan atau memaksa penganut Nasrani (Kristian) untuk memeluk Islam. Rasuluallah S.A.W tahu bahawa Ahli Kitab (Nasrani dan Kristian) boleh di tunjukkan ke jalan yang benar dengan jalan keamanan.

Penganut Islam menuduh bahawa penganut Kristian menduakan Tuhan kerana menganggap Isa adalah anak Tuhan. Walhal, bagi kefahaman penganut Kristian sejati, isltilah anak Tuhan adalah merujuk kepada seseorang yang 'dekat dengan Tuhan'. Bukan bermaksud Tuhan itu mempunyai anak.

Sama seperti istilah bagi penganut Islam yang menganggap Muhammad sebagai kekasih Tuhan. Istilah kekasih bererti seseorang yang dekat dengan Tuhan, bukan bermaksud Tuhan dan Muhammad adalah couple atau 'sedang bercinta'.

Kini, masalah yang berlaku dalam kedua-dua agama ini ialah cabaran menghadapi penganut agama yang tidak taat dengan suruhan dan perintah Tuhan. Banyak masalah yang berlaku sejak beribu tahun lalu hingga kini akibat kekacauan dari sebilangan ulama dan paderi yang mementingkan diri sendiri. Dari konflik itu, lahirlah berjuta kini penganut agama Islam dan Kristian yang tidak taat dengan suruhan agama. Islam dengan penganutnya yang tak bersolat dan puasa, manakala Kristian dengan penganutnya yang sering minum arak dan berzina.

Masing-masing punyai masalah tersendiri. Islam dan Kristian tak seharusnya bermusuhan. Musuh sebenar Islam dan Kristian adalah mereka yang menyembah berhala. Kerana, sama ada dalam Al-Quran dan Injil. Kedua-duanya terdapat ayat suruhan dan perintah agar menyembah Tuhan yang satu. Bukannya menyembah patung dan berhala.

Sekian,
Manusia Biasa.

6 ulasan:

Monyet Laut berkata...

tau tak kita boleh pegang babi?

Melayu Republik berkata...

dah lama tau.

pegang, sentuh, belai, bermain, boleh je.

cuma makan daging tak boleh, serta menghasilkan produk dari babi ada beberapa yg tak boleh.

kenapa? kau baru tau ke?

apan berkata...

aku tau!babi bley makan.tp manusia takleh makan die.ahah


anjing dan babi:najis (bukan haram ya)
makan babi:haram


sekian,
manusia biasa

Melayu Republik berkata...

teringat dialog cerita gadoh.

'cina pengotoq, cina makan babiiii'

:)

Syara Mohammad berkata...

belai babi? tak tahan sungguh...

Tanpa Nama berkata...

^_^