Disember 31, 2009

Tahun Baru

Tahun Hijrah dan Tahun Baru Masihi.

1431 dan 2010.

Pada tahun baru 1 Januari 2010, ianya terletak pada 15 Muharram 1431.

Moga dengan kehadiran hari yang baru ini.

Aqidah umat Islam akan lebih kukuh.

Bukan hanya sekadar material, keseronokkan semata-mata.

Hari itu (kiamat) semakin dekat, kerana hari kebangkitan pun semakin dekat.

Dajjal sudah ada kini, Yakjuj Makjuj pun sudah terlepas dan mengeringkan sungai.

Apa yang penting, Imam Mahadi sudah ada namun dirinya masih tidak tahu bahawa dia adalah 'orang yang di tunggu-tunggu' itu.

Siapa yang akan menjadi Pemuda Bani Tamim? Siapalah pula yang sanggup menjadi Al-Sufyani?

Kita nantikan. Wallahualam.

Disember 23, 2009

Islam Dan Kristian

Islam dan Kristian sebenarnya mempunyai 'bond' yang saling berkait. Namun, kerana kurang kefahaman dan perbincangan hati ke hati antara kedua agama ini menyebabkan kedua-dua penganut semacam ada 'religionphobic'. Antara Islam dan Kristian perlu duduk semeja seperti yang di lakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad semasa baginda membuka Kota Madinah. Nabi Muhammad tidaklah mencederakan atau memaksa penganut Nasrani (Kristian) untuk memeluk Islam. Rasuluallah S.A.W tahu bahawa Ahli Kitab (Nasrani dan Kristian) boleh di tunjukkan ke jalan yang benar dengan jalan keamanan.

Penganut Islam menuduh bahawa penganut Kristian menduakan Tuhan kerana menganggap Isa adalah anak Tuhan. Walhal, bagi kefahaman penganut Kristian sejati, isltilah anak Tuhan adalah merujuk kepada seseorang yang 'dekat dengan Tuhan'. Bukan bermaksud Tuhan itu mempunyai anak.

Sama seperti istilah bagi penganut Islam yang menganggap Muhammad sebagai kekasih Tuhan. Istilah kekasih bererti seseorang yang dekat dengan Tuhan, bukan bermaksud Tuhan dan Muhammad adalah couple atau 'sedang bercinta'.

Kini, masalah yang berlaku dalam kedua-dua agama ini ialah cabaran menghadapi penganut agama yang tidak taat dengan suruhan dan perintah Tuhan. Banyak masalah yang berlaku sejak beribu tahun lalu hingga kini akibat kekacauan dari sebilangan ulama dan paderi yang mementingkan diri sendiri. Dari konflik itu, lahirlah berjuta kini penganut agama Islam dan Kristian yang tidak taat dengan suruhan agama. Islam dengan penganutnya yang tak bersolat dan puasa, manakala Kristian dengan penganutnya yang sering minum arak dan berzina.

Masing-masing punyai masalah tersendiri. Islam dan Kristian tak seharusnya bermusuhan. Musuh sebenar Islam dan Kristian adalah mereka yang menyembah berhala. Kerana, sama ada dalam Al-Quran dan Injil. Kedua-duanya terdapat ayat suruhan dan perintah agar menyembah Tuhan yang satu. Bukannya menyembah patung dan berhala.

Sekian,
Manusia Biasa.