Januari 06, 2010

Isu Nama Allah Dalam Herald : Sudah Tiba Masanya.

Rancak perbualan di sana-sini dalam minggu permulaan tahun baru. Isu yang panas semestinya isu nama Allah yang mahu di letakkan dalam akhbar Katolik Herald.

Sebenarnya, orang Islam belah Semenanjung memang banyak tak tahu bahawa orang Borneo Kristian sudah lama menggunakan nama Allah sebagai kata ganti Bahasa Inggeris iaitu 'God'. Cuma baru sekarang nak di jadikan sebagai ketetapan ataupun undang-undang yang menghalalkan penggunaan nama Allah dalam Injil.

Lawak sebenarnya isu ini. Seolah masing-masing berebut 'itu Tuhan aku, itu bukan Tuhan kau'. Syirik kecil tu sebenarnya. Nauzubillah.

Wahai orang Islam yang taat dan yang tak taat, ataupun yang fasiq. Dengar sini.

Kembalilah kepada Surah Al-Ikhlas. Surah pendek yang kalian selalu baca dalam solat lima waktu. Walaupun ada yang membaca tapi tak tahu makna, itu memang parah. Nah, sekarang saya beritahu kalian makna Surah tersebut.

Nah, dah baca? Dia adalah yang Maha Esa (satu). Jadi, kalau kalian benar-benar faham bahawa Allah itu hanya satu, kenapa orang Islam Malaysia tak fikir bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan nama Allah boleh di digunakan dalam Injil sebenarnya adalah kelebihan bagi Islam mengembangkan dakwah-nya. Kenapa macam susah sangat nak berkata 'baik Islam, Kristian dan Yahudi, sebenarnya kita berkongsi Tuhan yang sama. Allah adalah Tuhan Yang Satu.

Apa? Tak percaya?

Hey, dari orang-orang Kristian tu sebut Tuhan Pagan macam Zeus, Osiris, Optimus Prime dan lain-lain. Adalah better dia sebut Allah. Sekurang-kurangnya, satu hari nanti, mana tau terdetik hati mereka nak mengkaji siapa itu Allah? Kenapa Allah? Mana asal-usul Allah? Apa sifatnya? Allah dalam Kristian macam gini, tapi kenapa Allah dalam Islam macam gini? Yang mana satu betul? Time tu lah kita akan datang memberitahu mereka dan menyebarkan dakwah tauhid sebenar-benarnya.

Sebab itulah saya katakan ini lah masanya. Masa yang sudah sampai kita sebagai umat Islam yang beriman untuk keluar menyampaikan apa dan siapa itu Allah. Kita perlu mendidik anak muda dan kecil kita agar mereka benar-benar faham konsep sebenar ketuhanan. Ini tidak, jadi pengecut, 'takut nanti anak-anak muda kita akan keliru'. Padahal, kerosakkan itu takkan terjadi lah kalau kita umat Islam sudah siap sedia melatih anak muda kita teguh imanya. Ini tidak, bapak Parti PAS, pergi masjid setiap subuh, anak kat KL baru balik clubbing lepas subuh. Macam celaka.

Sebab itu persoalan yang sering saya fikirkan ialah, tiada masalah sebenarnya jika mereka(orang Kristian) nak menggunakan nama Allah, kalau nak guna 99-nama Allah pun boleh, tetapi, yang masalah ialah bolehkah mereka mempercayai Allah itu hanya satu?

Di sinilah yang memisahkan konsep akidah dari segi nama dan zat. Nama Allah adalah sebutan perwakilan, malah ada 99 lagi nama Allah iaini gelaran kepada sesuatu yang sangat berkuasa. Tetapi, sifat-nya? Tuhan(Allah) itu hanya satu kan? Dia tak beranak dan di beranakkan, kan?

Orang Islam kat Malaysia ni pun bebal juga, pemerintahnya pun sama. Sudah ada kuasa, tak nak guna. Kalau mereka(Kristian) mahu gunakan nama Allah dalam Injil, bagi je lah, cuma berilah satu syarat yang bijak. Contohnya, orang Kristian wajib mempercayai Tuhan itu satu. Letak saja dalam Rukunegara. Ubah kepada Percaya Kepada Allah Yang Satu. Bukan lagi 'Percaya Kepada Tuhan'. Sebab orang Buddha dan Hindu pun percaya pada Tuhan, tapi, banyak Tuhan! Lagi lah songsang!

So, ini lah pendapat saya. Pendapat kalian bagaimana pula?

Pesanan: Orang Kristian Pure tak mengakui dan tak suka konsep Trinity. Mereka percaya Tuhan adalah satu, dan Allah adalah Tuhan Yang Satu. Cuma... mereka tak percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir. Sayang kan? Dengar cerita, mereka adalah orang-orang yang rugi seperti yang disebut banyak kali dalam Al-Quran.

11 ulasan:

apan berkata...

Optimus Prime<---mmg ada ek?wah!teringat saya pada transformers.*kkeekek keekkek*(bunyi kereta tukar jadi robot)

Melayu Republik berkata...

hehe.. unsur humoris mesti kena ada. kalau tak jadi series memanjang.. apa barang.

J. Cheslav Ivanovic berkata...

Interesting post MR! Good job :D at least I found someone who actually read their part. I remember, when I was stationed in the middle east, the Christian churches use 'Allah'. For those who haven't got time to do research, 'Allah' is an Arabic word which actually bring the transliteration of the word 'God' used widely in English-speaking continents. For God sake 'Allah' is an Arabic word, since when does it belongs to only Muslim (in Malaysia particularly)? The Christian Arab has no other word for 'God' than 'Allah'. I reckon the Christian Arabs should start to learning English as some uneducated Malaysian will go riot on them. Some funny Malaysian ministers are taking this matter as their political weapon. Oh come on, give yourself a break, go to school or since you have money, at least go out travelling.

Melayu Republik berkata...

Terima Kasih J Cheslav Ivanovic.

Masalah bahasa sering menjadi punca dalam penafsiran agama. Selalunya ianya terjadi akibat niat yang tidak betul ataupun kekurangan kefahaman memahami nahu sesuatu bahasa.

Dalam kes Herald ini, masyarakat Islam semenanjung tidak nampak sejarah penggunaan perkataan Allah sebagai salah satu faktor. Mereka yang menentang ekstrem hanya melihat kalimah Allah sebagai satu yang eksklusif untuk penganut Islam sahaja.

Tanpa memikirkan ayat-ayat Makkiyah yang diturunkan sebelum kemunculan Islam, yang mengenai kisah-kisah nabi Sulaiman, nabi Musa dan nabi Isa contohnya turut menggunakan panggilan tuhan sebagai Allah melalui pemahaman mudah dakwah yang mahu Rasuluallah sampaikan kepada masyarakat Arab.

Bahasa bukan lah masalah yang besar jika konsep ketuhanan yang sebenar telah di fahami dan disematkan dalam hati. Iaitu, Tuhan Itu Satu. Dan mempunyai 20sifat yang tak serupa dengan makhluk. Tuhan tak boleh diperduakan. Dan Allah itu adalah Tuhan Yang Satu.

Masalahnya, bagaimanakah kita hendak memahamkan Kristian Katolik bahawa Allah itu hanya satu dan tiada pernyataan Allah boleh diperduakan jika mahu menggunakan nama Allah.

Sekian, sekali lagi terima kasih.

J. Cheslav Ivanovic berkata...

Agree with you on the above statement but disagree with your thoughts on a misunderstanding leads at the last point.

First of all, please note that I'm not a Catholic myself but I've conducted a research about the principle for years, and FYI actually they doesn't imply that there are 3 Allahs; yet it's the 3 components that they believe to form 1 Allah. For instance, the components of fire are the heat, light and the potency of burning. After all it's still fire. In Catholic they do apply monotheism but the concept of the trinity is often misinterpreted by major religions including Christian themselves. That's 1 hard principle to explain I supposed.

I was taught to learn what I speak and what others' speak, what I think and what others' think, and to learn to understand it all. At the end every judgement I make will portray my good self. And I kind of see that on you too!

Melayu Republik berkata...

terima kasih atas ulasan anda J. Cheslav Ivanovic.

buat pengetahuan saudara, saya dah mengulas megenai konsep ketuhanan oleh penganut Kristian yang 'pure' dan taat sebelum ini.

sila check di http://lensarosak.blogspot.com/2009/12/islam-dan-kristian.html

pada pendapat saya, banyak jalan untuk kita mengenali Tuhan dan hidup dengan baik di atas bumu kurniaan-Nya. Cuma jalan mana yang hendak di pilih dan betul? Islam? Kristian? Yahudi? atau animisme? atau politisme?

Moga saya dan anda dapat menemui jalan yang lurus, yang diredhai. Insyallah.

J. Cheslav Ivanovic berkata...

Yeah, just finished reading it. Very very interesting. Good job MR! If only those Malaysians are as wise as you are, we won't be having such problem. I'll vote for you in presidency election if only we have that!

In my opinion there's no such thing as 'pure Christian'. If it's not pure, it's not worth to be called Christian. Just like Islam, we don't have pure or fake Islam. It's a shame for oneself to recite that he's a Muslim yet he's not applying the teaching, agree?

I believe either Jesus Christ or Nabi Muhammad were sent by God to impart His words to the human race. So does other messengers. But personally, I rather have a direct in-contact with the Creator but still I will accept the good teaching of these wise men.

I would really love to learn more about Islam and I bet you are by far the best source I've ever known.

Do let me have your e-mail address. It's more suitable to exchange some knowledge since we are surrounded by the sensitive people out there. I don't want to trigger any war.

Melayu Republik berkata...

terima kasih atas nasihat, teguran dan komen saudara J. Cheslav Ivanovic.

secara peibadi, saya maksudkan 'pure' untuk merujuk kepada mereka yang mengamalkan dengan taat dan patuh ajaran agama.

sebabnya, ada banyak penganut Islam contohnya, namun ada yang tidak taat dan tidak mengamalkan ajaran dan prinsip Islam dengan baik. Dan ada yang turut melanggar undang-undangnya dengan sengaja.

Sama juga seperti Christian, ada yang taat(pure) dan ada yang tak taat. Yang tak taat melanggar suruhan Tuhan seperti melakukan hubungan seks tanpa perkahwinan, meraikan Krismas dengan party yang memabukkan. Padahal, itu semua adalah salah di sisi ajaran Christian yang sebenarnya baik Catholic, Anglican mahupun Protestan.

saya boleh di hubungi di alamat e-mail fastdecay@gmail.com

Permintaan untuk kita bertukar pendapat dalam hal akidah adalah amat dialu-alukan..

p/s: Hendak mengenal Islam, anda harus belajar mengenal Tuhan dahulu. Insyallah anda akan mendapat petunjuk yang benar dari-Nya. Dengan berbesar hati saya sudi membantu.

El Moe de la Rocha berkata...

By far, this is the best post I've ever read abt the issue.

Bukan untuk mengaku yang iman saya ni cukup tebal, tidak. Memang tidak pun. Tapi setidak2nya, saya tahu, kalau kita kuat berpegang kepada tiang2 iman dan tauhid, benda macam ni bukan satu perkara untuk dirusuhkan. Ini cabaran akhir zaman. Fitnah Al Masih Al Dajal @ Antichrist (bagi yang christian) tu datangnya dalam pelbagai bentuk juga, bukan mudah untuk kita kesan. Anggap ini sebagai satu cabaran untuk kita perlengkapkan diri. Kembali kepada ajaran sebenar. Asuh dan didik anak-anak kita baik2.

Dan ya, saya setuju. Ini peluang sebenar untuk kita terangkan apa itu Islam. Ramai juga rakan2 Christian saya yang semakin lama semakin atheist, sebab mereka pun manusia, sama macam kita. Makin leka, makin hanyut.

Dan rasanya, tak perlu sampai ke tahap kita jadi those extreme black metalheads kat Norwegian yang bakar2 church kot? Sebab Rasulullah SAW tak pernah ajar buat macam tu. ^^

Melayu Republik berkata...

terima kasih El Moe de la Rocha.

inilah masanya kita sampaikan kebenaran mengenai Tuhan, kebenaran mengenai Islam adalah jalan yang benar.

biarpun pahit dan mungkin ada orang akan cerca, hina, marah, dan katakan kita gila, dan mungkin sampai putus kawan.

kita harus tabahkan hati, dan kuatkan diri, kerana apa yang kita lakukan ini, biar sedikit manfaatnya, tetap adalah jalan Allah.

alhamdulillah. syukur.

Syara Mohammad berkata...

good interaction over here.