Januari 14, 2010

Semakin Memahami Al-Quran, Semakin Hina Diri Ini Terasa.

Ya. Itulah tanda yang jelas bila aku buka helaian itu satu persatu dan memahami jalan cerita dan isi kandunganya. Kitab yang aku pegang selama berpuluh tahun, sejak kecil aku membaca, namun sayangnya pada waktu itu aku hanya membaca tulisan, membaca kerana kemerduan, bukan kerana kefahaman.

Semakin aku faham Al-Quran, aku mengerti, aku terasa diri aku sangat hina. Kerana, segala peristiwa manusia dan termasuk diri aku sendiri, telah di tulis dahulu dalam Al-Quran sejak beribu tahun yang lalu. Ternyata Allah itu Maha Kuasa.

Sangat hina di sini aku maksudkan betapa kerdilnya aku bila di dunia. Ya, aku pernah mengecapi kejayaan, kejayaan di dunia, mahu menjadi contoh pada orang lain, agar orang lain boleh mencontohi aku, dan akan ikut perkara kebaikkan yang aku lakukan. Tapi, setelah itu, apa yang seterusnya? Aku berjaya, orang lain pun hendak ikut berjaya, selepas itu, apa yang terjadi pada aku? Hidup selesa? Membantu orang lain pula? Kemudian, apa pula? Seperti sesuatu yang tidak puas. Benarlah, manusia takkan puas. Dan jika aku tak bendung, aku akan lebih mudah termakan pujukan syaitan. Nauzubillah.

Namun, mempelajari dan memahami Islam, mengajar aku pernyataan:

'Hidup ini ada had, segala perkara oleh makhluk ada had, yang tiada had hanyalah Allah Yang Azali'

Kejayaan di dunia akan ada hadnya. Umur para rasul pun ada hadnya. Populariti, kemiskinan, kekayaan bahkan sifat makhluk ada hadnya. Namun, apa akan jadi jika manusia melebihi had? Ataupun melampaui batas? Aku percaya dan yakin, akan ada balasan atau ganjaran dari Allah Yang Maha Adil. Kalau perkara buruk melampau batasnya, buruklah balasannya. Kalau baik melebihi hadnya, akan ada ganjaran dari-Nya.

Dan jika sampai masa nanti pun, akan ada had untuk diri aku, blog ini mungkin akan berkubur, Facebook aku pun akan berkubur. Diri aku juga akan berkubur.

Sekian,
Manusia Biasa.

1 ulasan:

Miss Shizu berkata...

mohon share...