Mac 12, 2010

Liga Super Har-apan Semakin Membara : KPTU Terkulai

Kembali kita kepada keputusan gameweek ke 28. Setelah penulis telah mewar-warkan akan kejatuhan penyandang liga sebelum ini iaitu Kaliamput United (KPTU) yang takkan mungkin bertahan pada bulan lepas, perkara itu benar-benar terjadi. Ini merupakan satu miracle factor yang mungkin tidak dapat diterima oleh pengurus KPTU iaitu Encik Roberto 'Bule' Adzlan. Pengurus bersaiz jumbo yang berasal dari Gopenghagen ini seakan hilang punca pada minggu ini apabila di pintas oleh pasukan Der XI (DXI) dan Optimus Prime FC (OPFC). Liga Super Har-apan seolah menyaksikan pertembungan Top 3 yang amat mendebarkan.

KPTU hanya berjaya memetik 6 mata, satu pencapaian yang agak kurang bermaya namun lebih bernasib baik jika hendak di bandingkan pasukan tercorot iaitu pasukan 'nasionalisme' Putera_AMCJA yang tanpa keraguan hanya memetik 5 mata.

Kini perebutan menjadi semakin sukar buat OPFC kerana ketinggalan 25 mata di belakang DXI. Namun menurut pengurus OPFC, Super D. Karem berkata, "Kami berasa optimis untuk mendahului DXI pada minggu-minggu hadapan kerana dengan kualiti pemain yang di tunjukkan pada permainan lepas amat memberi impak positif dalam mengekang KPTU. Namun, secara teknikalnya, persaingan masih terbuka untuk Top 3 merebut kejuaraan."

Rival antara pengurus pasukan Eswandy Asre (EDA) iaitu Encik Eswandy Carlos Asre (tidak segan menamakan pasukan dengan nama sebenar) dan pasukan Jams, Lot Of Jams (JLJ) pimpinan Auf America Ali nampaknya semakin menghiburkan. JLJ tampak lebih gagah meninggalkan EDA dengan sekilas angin mengumpul mata sehingga ke tahap 1000 berbanding EDA yang terkial-kial tak sampai lagi 1000 mata. Persaingan menduduki tempat keempat juga semakin sengit antara Kami Best FC (KBFC), Member Auf Ali (MAA) dan Jalan Kecubong FC (JKFC). Di sini kita dapat lihat JKFC semakin mengekor rapat dari belakang untuk mencantas KBFC dan MAA.

Kenyataanya, persaingan semakin sengit di Liga Super Har-apan. Pengurus-pengurus pasukan tampaknya akan bercuti seketika bersempena minggu konvokesyen yang bakal menjelma dalam minggu lepas. Akhir kata, majulah internet untuk sukan global.

Tiada ulasan: