April 08, 2010

Alahai Bola Sepak Inggeris


Bule balik awal. Kasihan Bule.

Tiga season yang lepas, penduduk eropah berasa jengkel kerana asyik 4 kelab ini sahaja yang layak ke semi-final.

"Apa ingat Frenchman tak hebat ke?", kata Jean-Jaques, penjual kereta Peugeot di bandar Montreal.

"Kalau tiada wakil Deutschland tahun ini, memang kami akan hijack London", kata pesara tentera Felix Dominik yang gemar membersihkan senapang MP44 nya.

Begitulah hakikatnya yang terjadi di eropah. Semalam mereka bergembira kerana berjaya menumbangkan dinasti Inggeris atau lebih tepat di kenali sebagai EPL untuk tidak layak ke semi-final Champions League.

Bermula dengan pasukan Liverpoll Beach Club yang telah tumbang awal pada saingan kumpulan, memalukan dan di malukan oleh Lyon.

Kemudian dengan pasukan Chelsick yang sakit di dibedal oleh bekas jurulatih sendiri, lain tak bukan The Special One Mourinho dari Inter Milan.

Apatah lagi dengan pasukan Wonder Pets Arsenal yang kalah terkesima dengan permainan cantik juara bertahan dari Espana iaitu Barcelona a.k.a Catalan.

Harapan tertumpu kepada pasukan ajaran sesat Freemanson iaitu Malcom Glazer United untuk merobek juara dari German iaitu Bayern Munich. Sayangnya, kegembiraan meleading 2-0 adalah sekadar impian burung murai apabila Bayern berjaya menyangkar Man U sampai Nani pun sakit pitam-pitam. Gastrik kot..

"Mulai hari ini, budak-budak EPL boleh diam", kata Amal, yang poyo muka tatkala Man U yang menang tapi kalah kerana away goal.

So, lepas ni akan keluar lah poser-poser yang sebelum ini bising-bising sokong kelab EPL, di mana mereka akan memilih salah satu 4 kelab yang akan berentap di semi-final.

Peminat Man U mungkin akan tertarik dengan Inter. Arsenal dengan Barca. Chelsea sangkut dengan Bayern. Dan Liverpoll? Apa pun tak boleh... hehe.

Sekian, celoteh dari Nou Camp.

2 ulasan:

deus X machina berkata...

bosan plak asyik masuk final jek
keh keh


http://erk888.blogspot.com

Melayu Republik berkata...

bosan ye??????

sandarkan pada kenangan je lah..

;P