April 29, 2010

Terkilas


Sewaktu gua jalan-jalan tepi pantai menikmati keindahan deruan ombak. Gua jumpa budak perempuan comel dalam umur 3-5 tahun. Dia tengah melukis sesuatu di atas pasir.

Gua bertanya;

"Adik lukis apa tu?"

"Rumah"

Lalu gua amek kayu lukis kat sebelah dia, gua lukis bentuk hati.

"Ni apa dik?"

"Loveee!" dia senyum suka.

"Pandai... ha ni plak?", gua lukis bentuk kapal.

"Ha! aeroplane...!"

Gua lukis lagi,

"Ni apa plak?"

"K... ni .. I em.. ni D..! Kid!", suka dia sebab dia rasa bijak dapat jawab soalan abang kacak.

Gua pun lukis lagi,

"Ha, ni apa plak?"

"Em...ergh.. tak tau la.. pokok la.. ntah..."

Gua bangun dan jawab.

"Ini ada di langit tengok adik"

Gua blah dari situ meninggalkan tulisan alif lam lam ha untuk dia pelajari.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hang ni bikin mak bapak die malu r~
sebbek takda kat situ

hadehh

Aqram berkata...

mak bapak dia mmg kena malu dengan diri sendiri kottt

Seha Haris berkata...

why is it education for women? it should meant for parents. :)