April 04, 2010

Hero Yang Sepi : Nicklas Bendtner.

Tak tahu mengapa laman lensarosak ini dah mula dipenuhi penulisan mengenai bola sepak. Mungkin kerana surrounding yang telah di penuhi dengan sorakan gol dan kekecewaan. Baiklah, tak nak membuang masa. Jika Liverpool terkenal dengan Lucas Leiva yang sampah tapi di sukai. Arsenal juga tidak ketinggalan dengan hero yang sepi lain tak bukan, Nicklas Bendtner.

Mengapa Bendtner? Mengapa bukan si gorilla Eboue?

Kerana.

Banyak frasa yang terpacul di mulut fanz Arsenal baik secara sengaja atau tak ialah,

"Bendtner yang kau kata tak guna ni jugaklah yang score kasi menang"

Inilah Bendtner yang dimaksudkan, bukannya Bender Futurama ok.

CF dan WF dari Denmark ini sebenarnya susah nak ditafsirkan permainanya. Ada orang kata dia terer tanduk je. Sebab dia tinggi. Ada kata dia bagus untuk hold ball bila long ball pass. Dan ada yang tanpa segan silu berkata dia punyai skill tinggi dalam menggelecek.

Apa yang pasti, banyak fanz Arsenal kurang memberi harapan mahupun pandangan positif terhadap Bendtner kerana merasakan "Eleh, pakkal Van Persie injured, kalau tak, tak jamah Bendtner ni main"

Walau apa pun pandangan fanz terhadap Bendtner. Mamat ini tetap cool dan tak gelabah meraba-raba macam Drogba. Memanglah Drogba hebat, budak Klang, memang hebat la kan. Nak di bandingkan dengan Bendtner, jauh panggang dari masak kari. Bendtner tetap Bendtner. Kalau bola spoil sebab tahan ke depan. Itulah Bendtner. Kalau bawak bola nak gelecek tapi bola terlepas ke belakang menjejeh. Itu pun Bendtner.

Namun, semalam Bendtner adalah wira. Minit 93 untuk menunggu sebijik score memang boleh buat manusia sakit jantung. Kalau sakit kelamin, itu peminat Chelsea. Kalau sindrom down, lain tak bukan fanz Liverpool.

Untuk Bendtner. You are the man!

p/s: Oh Man U kalah ye? Hahihuhehe

4 ulasan:

Monyet Laut berkata...

lucas terbaek k...

Shahireen Zulkifli berkata...

hahaha. tau xpe. aku dah tgk screen tu macam orang gila. dah tak peduli kiri kanan kau tau tak? rasa nak masuk dalam tu sekeh kepala si hennahman (macam tu ke eja) si goalie wolves. aku just rasa takde luck la weyh, sebab arsenal dah attack gila babeng tambah plak dengan kaki dieorang malam tu tak berapa nak bedung aku rasa. tu lah, kadang kadang si bendtner si memang tak boleh harap kan. tapi tu lah. memang orang cakap kepala dia mahal sebab suka tanduk menanduk ni. huhu. tapi apa pun, wolves main gila deffensive. ataack sekali sekala je. sampai aku rasa dieorang main separuh padang je. almunia dah boleh lepak kat tepi tiang goal minum kopi ohhhh.. at last goal jugak. terima kasih bendtner :)

Ejoi berkata...

Song adalah satu-satunya pemain paling konsisten dalam pasukan Arsenal.

Prestasi Bendner hanya 'meletup' apabila Arsenal menjumpai rentak permainan terbaik mereka di mana pasukan itu membuat jaringan melebihi 3 gol.

Melayu Republik berkata...

nik : Dah suka Lucas, nak buek camano.

Reen : saat bendtner score, ringan kepala. hilang beban, macam ada sebijik batu atas kepala tu meletup.

ejoi : Aku tak tahu macam mana Arsenal nak survive tanpa Song. Ah, dan juga Varmeleen. Nak harapkan Campbell yang semput berlari.. entahlah.