April 28, 2010

Isu Hari Ini

Kes budak 15 tahun kena tembak dengan polis.

1. Semua pihak jangan menyalahkan satu sama lain. Semua pihak ada kesalahan.

2. Si arwah bersalah kerana tiada lesen, bawah umur bawak kereta. Bawak kereta melulu langgar kereta lain, langgar motor. Terburu-buru ketakutan. Langgar undang-undang.

3. Rakan arwah yang menumpang bersalah kerana tidak menasihati si arwah.

4. Keluarga arwah bersalah kerana tidak memantau pergerakan anak. Membenarkan anak yang di bawah umur membawa kereta.

5. Anggota polis terlibat bersalah kerana terburu-buru dan tidak professional dalam menangani masalah. Apakah mereka tidak mengikuti prosedur 'arresting'? Main tembak je. Tembak pon tak tepat.

6. Media bersalah kerana memperbesarkan cerita seperti benda ni nak berlaku kiamat.

7. Kerajaan bersalah jika tak ambil perhatian hal ini.

8. Pihak keluarga si arwah perlu meminta maaf dan menerima hukuman kesalahan undang-undang kerana tidak memantau anak.

9. Pihak polis wajib meminta maaf kepada si keluarga dan perlu memberi ganti rugi yang setimpal. Menanggung pengkebumian arwah contohnya.

10. Kerajaan yang prihatin perlu memberi saguhati kepada keluarga si mangsa dengan setimpal.

11. Anggota yang terlibat perlu digantung. Toksah buang. Jalani kursus atau buat kerja masyarakat.

12. Benda dah jadi. Tak payah kecoh-kecoh. kita sebagai masyarakat kena ambil pengajaran. Jangan biarkan anak kita yang di bawah umur berkeliaran sesuka hati.

Kes pengundi Cina Hulu Selangor.

1. Tak semua Cina sokong DAP dan anti kerajaan. Utusan Malaysia agak-agaklah nak bantai orang cina. Karang utusan kena bantai dengan orang melayu baru tahu.

2. Hentikanlah pasal cina tak undi kerajaan, tak kenang budi or sebagainya. Kita Melayu, apa kita nak takut dengan cina dan undi depa?

3. MCA dan Gerakan perlu kerja keras lagi. Tak payah nak persalahkan.

4. Itu baru cina Hulu Selangor. Cina tempat lain kita bukan tahu lagu mana. So, tak payah kalut.

3 ulasan:

erin berkata...

aku suka ur thought....jgn nak blame satu pihak..masing2 ada tanggungjawab...klu kita kata polis y betul..orang akan kata,,ko x kena kat hidung sendiri..logik gak?tp klu kita kata budak tu y betul..logik ? orang akan ko x de kat situ, ko x tau cane keadaan dia..kesimpulnnya..benda dah jadi..

Shahireen Zulkifli berkata...

keluarga perlu minta maaf sebab tak memantau anak? takde kesalahan la aku rasa kat situ. takde undang undang yg nak jatuhkan hukuman untuk benda macam tu.

senang cakap, arwah tu typical town boy yang dah jadi teenager, sneak out curi curi pakai kereta kakak tgh malam. serious, ramai je teenagers sneak out oh. lagi ah kl, shah alam. aku kat jb pun pernah sneak out. tolak kereta jauh jauh then start engine. mak bapak pun taktau. lagi lah arwah anak bongsu yg aku rasa dimanja kan lagi lah bapa arwah pun dah arwah jugak.

cuma aku rasa, tak kira salah apa pun yg arwah buat kalau dia kena tangkap, takde lah sampai kena hukuman bunuh. masih muda, masa depan cerah. aku rasa arwah masih muda dan nervous and panic dengan apa yg berlaku. tu sebab dia bertindak macam tu.

and polis BABI tersebut boleh plak main tembak tembak. nasib la sekali tgk i/c budak 15 tahun. cuba kalau dah uur 30/40, keluar ah dalam berita geng ni tumpas, geng tu tumpas sedangkan ntah sape sape je la dia tembak. yang kali ni ambik kau. pastu tak payah cerita ada parang la, penjenayah la, lancau apa? tu kawan dia saksi utama masih hidup. tak payah buat pekasam. aku xnak nnti cerita ni hilang macam tu je. ada group kat fb, kawan kawan sekolah arwah buat. dari komen komen yg ada kat situ, aku rasa sedih gila and dapat tau macam mana perangai arwah sebenar bila semua orang sayangkan dia.

ye la, he just in wrong time and wrong place. Al fatihah

Aqram berkata...

erin: nasi dah jadi bubur.

reen: aku pun pernah tolak motor senyap2 pukul 3pagi masa form 3 sebab nak merempit kat depan kg pasir. tapi reen, fikir baliklah. elok ke perbuatan sneak out tu? bukan semua budak2 buat, yang degil dan nakal mcm kita je buat.

aku tak rasa budak yang baik akan buat. so, dalam hal ini, priority yang positif perlu di sebut dahulu. walaupun sneak out nampak typical bagi kau, tapi di mata moral, ia adalah negatif.

ibu bapa tu mmg akan di takdirkan sebegitu. law is law.

and polis, tembak dulu, baru tanya. macam sial.