April 20, 2010

Love Lesson For Men 103

"Hello sayang, wat pe tu? Keluar makan? Oh.. dengan sapa? Aha... Makan ka.. Eh, nape ada suara lelaki tu? Ayang kat mana ni?"

ataupun

"Asalamualaikum papa, dah makan? Oh.. Pa, bila kita nak jumpa eh? Pa dah lupa kat.. Eh, awat letak telefon?"

Aku tak tahu lah kalau korunk pernah alami situasi begini. Tapi, menurut pemerhatian aku, dialog ini banyak terjadi pada mereka yang mempunyai long-distance relationship (LDR). Kita tak tahu apa girlfriend kita tengah buat, girlfriend kita pun tak tahu apa yang kita buat. Bila buat negatif asumption, tu yang jadi gaduh dalam tepon or mesej. Lebih teruk kalau siap emo hempas-hempas telepon. Maki sana sini, babilah, celaka lah, ungkit-mengungkit lah, kau kat mana lah, sial lah dan macam-macam lagi sebab terpantas pasangan tu boleh suddenly clash.

Hubungan jarak jauh ni kalau kau survey kat setiap orang, ramai yang seboleh-bolehnya menolak ada hubungan seperti ini. Yang menerima, pasrah menerima atau suka, hanyalah orang yang;

1. Memang sayang cinta setia abesss.
2. Pasrah apabila di jauhkan kerana komitmen, jadi mahu mencuba.
3. Memang suka sebab mempunyai sifat pasang bf or gf banyak-banyak sebagai spare-part or langkah berjaga-jaga.
4. Tak sedar ada hubungan cinta. Hanya sedar bila suddenly rindu kat orang yang jauh. Eceewahh.

Bagi aku, kalau kita dalam situasi menghadapi LDR. Jawapannya ada 3 pilihan saje, YES or NO or NOT TO CHOOSE. Kalau kau suka dengan perempuan ni, cinta permata kau lah, future wife lah, paham kau lah. Hadapi lah LDR dengan bijak. Kalau kau rasa perempuan ni banyak songeh, bebankan kau sebab nak top-up kredit dia agar dia boleh call kau, asyik berdalih, kau tertekan dengan hubungan ini. Sila tamatkan hubungan dengan segera. Then, kalau kau rasa kau mahu banyak pilihan dalam perhubungan, masih tercari-cari arah cinta, gian nak couple banyak-banyak, cuba nak menjadi Barney Steinsen, kontek Brother Love asyik tak dapat-dapat. Ha, silalah cuba LDR ini dengan menyerlahkan identiti playboy or playgirl kau.

Menurut observation aku, kalau mahu LDR yang baik perlu ada 3 perkara asas ini;

1. Avoid Negative Trust.
Bila sentuh pasal trustee ni, dalam mana-mana hubungan sekalipun, benda ni diletakkan nombor satu. Cuma, cabaran dalam kepercayaan lebih besar dalam LDR. Tak payah la korunk berprasangka buruk sangat kat pasangan korunk. Rilek-rilek sudah. Yang lelaki, kalau telefon dengar suara lelaki kat belakang, tak payah la nak mengamuk tak tentu pasal sampai nak turun bawak kaum. At least kalau risau pun, pergilah tanya baik-baik. Mana tau cousin dia ke, 'just kawan' ke. Beb, kalau kau risau sangat sekalipun, apa susah, girlfriend kau tu macam lah takdak kawan-kawan. Pergilah amek no telefon kawan gf kau tu, bila kau rasa tak sedap hati takot gf kau ada tak kena. Telefon dan tanya keadaan gf kau kat kawan dia. Sekurang-kurangnya, kalau gf kau tau, kau buat macam ni, dia sedar lah yang kau memang care kat dia, n sentiasa pay attention kat dia walau kau jauh ye dak?? Usaha sikit k.. Aku ada pengalaman benda cam nih, pernah buat. Tapi, masalahnya bestfriend gf aku adalah ex-boyfriend dia. Tak haru bai dibuatnya. Wa sabar je la.. jejak jugak 3 tahun wa sabar...

2. Patience, Freedom and Spying.
Ha, ni best. Yang penting memang kena sabar la. Kalau kau memang di lahirkan cepat panas baran, tak suka memancing, bermakna kau bukan orang yang penyabar. So, agak kurang layak nak menceburkan diri dalam LDR ni. Aku just nak bagitau gak la, kadang-kadang kita tak lah boleh sangat nak fikir baik je. Kena ada rhythm gak sebenarnya. Cuma nak berprasangka pun, biarlah jangan keterlaluan. Manusia beb. Ini tak, asal girlfriend dia tak angkat telefon, asyik tuduh gf dia keluar dengan laki lain, asal gf dia dah jarang call, sampai cakap gf dia dah curang tido dengan lelaki lain. WTF? Berangin beb perempuan kalau kau salah tuduh. Ey, fikirlah.. Bila kau ceburkan diri dalam perhubungan. Takkan tak ingat perjanjian cinta kau yang tak mahu mengacau freedom dan minat masing-masing. Beb, baik laki atau perempuan, kita ada personal space lah. So, respect freedom each other. Cuma, kalau takut freedom itu membuatkan pasangan kau terlebih-lebih freedom. Mudah saje, pasang la spy. Minta tolong kawan kau yang terdekat dengan gf or bf kau 'tengok-tengok' dia kat sana. Setel.

3. Win By Win
Ini bukan sebarang prinsip. Walaupun nampak political, tapi sebenarnya ia berkesan. Aku dah cuba. Mudah saje konsep 'menang dan menang' ni. Senang cakap, konsep sama rata. Lelaki pun dapat faedah, perempuan pun dapat jugak. Yang penting, bila dalam LDR, pastikan jangan sampai ada salah seorang terbeban atau nampak kalah. Contoh nya, kalau bulan ni si dia punya bersusah payah dari JB melawat kau yang kat Kedah ni, kau pun kena lakukan yang sama bulan depan kena melawat dia kat JB nanti. Kalau kau dah bank-in seratus dua bulan ni, dia pun kena setel seratus dua bulan depan atau bila-bila lah janji hutang bayar. Sama jugak lah kalau top-up kredit ye tak? Ini tak, asyik nak mesej request credit memanjang, buat semak inbox je. Ingat aku anak taukeh balak ke apa?

Nampak macam susah kan? Tapi, kalau LDR ni berjalan fungsinya, samok beb. Susah nak cakap perasaan rindu berjauhan tu suddenly terurai bila dapat berjumpa setelah sekian lama bersabar. Peh, kalau boleh memang nak lari-lari terus peluk pusing-pusing dan french kiss. Tapi apakan daya, time tu kat Puduraya. Ramai orang... ;P Aha, len kali jangan jumpa kat Pudu k, jumpa kat Genting lagi woohoooo!!

p/s: Wa teringat lirik lagu Katy Perry, "we fight we brake up, we kiss we make-up' Yay!!

7 ulasan:

erin berkata...

1. Pendapat aku adalah THRUST and TRUST!!!..klu x de tu..short distance pun boleh hancussss!!
2. kurang setuju psl "visible spying" (y bab tanya membe2 gf tu). Reason?itulah kepentingan THRUST and TRUST...but also dependent in some circumstances ye..klu 24jam nk menyibuk!!! word "freedom" bole delete la dari kamus oxford!
3.setuju win by win. sharing is caring but sometimes sharing is no longer caring!!!Again-win THRUST and win TRUST..

Melayu Republik berkata...

sebab tu nama tajuk artikel ni love lesson for MAN. Lain bai trust yang datang dari lelaki dan perempuan.

visible spying ni.. nama pun visible. so, kau takkan tau. sebab secret. ia seperti emergency button bila thrust dah tak menjadi. bukan semua orang tahan nak mendesak hari-hari bai..

thanks for the compliment erin. ;P

erin berkata...

ok..ehhe, ye aku faham y tu..ko pnah ckp...

betul la bukan semua orang tahan nak desak ari,mesti akan smapi 1 level y dikatakan...tp kan aku ada kenal seorang ni, dia mmg terror bab desak2 hari2 ni..huh..bertahun la tahan..salute la kat dia plus annoying..

Melayu Republik berkata...

sapa tuhhh?? playboy malaya ka?? ang dah kena ni.. ekeke..

azriphotoblog berkata...

best dowh post kau...

aku celaru...

sangat kognitif!

Aqram berkata...

pe kebenda kognetef-kognitip ni peng?

serabut aku. terjemah skitt..

sang luna berkata...

haha terbaik dohh !