April 22, 2010

Macam Mana Nak Menyerlah Di Tengah Padang?

Sori sebab kurangkan pahala korunk.

Aha, kita yang lelaki ni kadang-kadang mesti tak puas hati kalau dah dapat point chantek nak score, bila sepak, bola melalung pergi entah kemana. Kadang-kadang ada suara sialan dari belakang menjerit sayup-sayup.

"Weh, kau nak sepak sampai mana? Esteeett?"

ataupun,

"Woi, dah macam Bendtner kau main!!"

Dan kita pula time tu hanya boleh buat apa? Sengih sorang-sorang ataupun menutup kepala tanda kecewa kerana gagal melakukan tugas mudah. Itu tak mengapa, tapi ada yang lepas gagal nak score, boleh paling ke belakang tunjuk tanda bagusssss.

"Pukimak la, aku dah penat2 lari, assist dah chantek, bola mudah kau tak bley score, kau tunjuk tanda bagus?", kata kawan kita dalam hati yang bengang dengan kita.

Ini tak termasuk kalau punya semangat nak halang gelecekan pihak lawan, tapi tup-tup.. kena bola 50sen. Malu la nakkk.

Mungkin juga kalau kau defence, saat kau yakin bahawa kau nak passing bola selamat ke belakang, sekali ada penyerang lawan curi ayam sambut bola kau. Beranginnn jugak kannn. Pasal tu jadi punca kekalahan.

Ha.. Pasal tu gua nak share tips macamana nak menyerlah agar jarang buat kesilapan bengong di tengah padang.

1. Pilih baju yang buat lu semangat nak men. Andai la lu peminat Liverpool, pakai la baju Liverpool lu masa main bola. Gua tengok, bila pakai baju kegemaran masa main bola, semangat dia len macam la beb.. Macam merasakan 'aku adalah pemain liverpool'. Cehhhh

2. Pastikan boot lu tak giler babi kotor. Ni penting bai, kalau boot lu penuh dengan tanah melekat, lembab2. Apa jadahnya lu nak men bola dengan baik? Preparation tu penting beb. Walaupun dalam hati kata, 'ah, belasah je laahhhh'.

3. Special tips. Kunyah gula-gula getah. Ye, ini adalah tips khas yang di bawakan oleh jurulatih Steve Darby sewaktu gua masuk akademi bola sepak dulu. Gula getah boleh menghasilkan oksigen dengan lebih banyak. 'Mint' kat gula getah boleh menambah kesejukkan di mulut, jadi lu orang boleh bernafas dengan lebih baik. Maksudnya, lepas ni takdelah bernafas macam lidah unta. So, main pun lebih tenang, tak kelam kabut control bola.

Ha, stretching dik, stretching...
4. Main di tempat posisi yang lu boleh main. Kalau lu seorang defender, memang batu defender. Tak payah berangan sangat nak jadi top-striker. Buang masa je. Dan, kalau lu takde bakat nak men wing sebab lu tak kuat lari, jangan la perasan lu nak men wing ok. Tapi, apa-apa pun. Kalau dah men 'bola petang-petang', lantaklahhh nakkkk.

5. Jangan emo. Ha.. ni paling best. Biasalah nama pun bola, kena body-contact tu lumrah. Memang aggresif tu perlu. Kalau orang body-contact lu, lu balas lah balik. Banyak benda lu boleh balas, lu boleh malukan dia bagi bola 50sen ke, lu gelecek dia sampai dia give-up ke. Janganlah bila lu jatuh kena body-contact, lu pegi maki dia atau buat ayat tak puas hati. Rilek n cool sudeyhh. Kat atas padang, orang tak tengok panas baran kau untuk popular, orang lihat 'ke-cool-an' kau untuk kau di kenali.

6. Rajin turun padang! Kan senang?

Ha, itu je lah setakat ini. Petang ni jangan lupa turun. Dari membesarkan perut baca blog-blog politik ni, baik lu pegi main bola!

2 ulasan:

apan berkata...

axis: a straight line through a body or figure that satisfies certain conditions

assist: to give help or support to.

so aku rasa ko nak cakap assist.

Aqram berkata...

aha..

org kampung men bola.
sebut axis.

ada gak yang sebut exist.

takpelah, nanti wa tukar supaya tak kelirukan orang cerdik cam ko.

thanks.