April 19, 2010

Membenci Parti Atau Individu?

Kalau aku, aku pilih membenci individu.

Parti adalah gagasan yang ditubuhkan sekumpulan pejuang. Matlamat parti sukar berubah. Tapi, individu ialah manusia yang wujud bertopengkan keadaan. Impian individu sering berubah.

Esok cakap A=C, lusa cakap B=A. Tulat cakap A+B=C
Manusia yang menyertai politik, itulah lumrah.


Oh, pilihanraya P94? Hulu Selangor?

Zaid Ibrahim kan peguam hebat. Cakap mesti lebat. Kelentong pun ligat. Ayat mesti chantek. Tak heran ada wisma sendiri kat Pusat Bandar Damansara. Orang kaya dari Kelantan. Sapa suka Kelantanisme?

Kamalanathan apa ada? Ketua Penerangan MIC Pusat. Amek komunikasi massa kat Australia. Nak berpantun pun tak bley lawan Karamsingh Walia. Apa ada bai? Mana kaya poonn. Anak pun takdak. Apa ada?

Tapi, bagi gua. Biar takdak apa-apa. Dari ada apa-apa tapi buat menyusahkan orang lain. Haram jadah gak weh..

Ala, budak-budak politik ni kalau dah nama kutu pembangkang, cakap seribu kali pon tak guna. Kalau kutu kerajaan pon sama gak...

Dalam PAS ada Pas Reform. Dalam UMNO ada Umno Revolve. Wa suka reform dengan revolve ni. Dua team ini adalah pencuci dalam parti. Kalau dua team ni bergabung. Wa rasa mesti akan kuat macam Optimus Prime gabung dengan Jetfire. Team-team ini memang tak sebulu dengan penyakit lahanat dalam PAS dan UMNO.

PKR??? Apa barang.


Ala... Wa memang tak suka Anwar Ibrahim. Nak buat camana. Kalau dia mati nanti pon, wa duduk rumah diam-diam je la. Takdelah sampai nak bagi Al-Fuck atau buat statement bodoh 'dah mampos buat cara dah mampos lah' macam pernah dikontroversikan dulu. Wa akan duduk rumah, ajar anak wa main gitar nanti.

p/s: Sebenarnya, apa perlu benci-membenci ye dak??

2 ulasan:

eswandyasre berkata...

mudah-mudahan Malaysia terus aman dan selamat untuk menunaikan solat

Melayu Republik berkata...

aminnnnnnn... kalau perang pon, masih boleh solat gak pe..

jika tak, takkanlah ada 'solat dalam peperangan'.