April 06, 2010

Aaron Aziz dan Chelsea


Oh, ini hanya bakar-membakar. (Klik untuk besarkan)

Antara Man U dan Chelsea. Tahap kebencian aku sebenarnya banyak kepada Chelsea. Sekurang-kurangnya aku ada simpan jugak jersi Man U bersponsor SHARP, bernombor 7, kerana aku mengkagumi Eric Cantona. Maaf, aku tak minat Beckham. Hanya mat-mat casual seperti Man Auf sahaja minat Beckham. Tegasnya, aku minat Cantona kerana ke-cool-an beliau menyepak terajang penontong di tepi padang. Ganas, ganas.. dah macam Aaron Aziz dalam Evolusi KL Drift 2. Penuh gaya, keyakinan dan trademark saat Si Joe tersebut tembak-menembak dengan polis.

Chelsea aku benci sebab mereka memegang capitalisme. Mentang-mentang depa kaya, banyak duit, depa boleh beli apa saja. Taukeh minyak, memanglah kaya. Aku tak heran kalau satu hari nanti Didier 'The Drog' Drogba ada skandal dengan anak perempuan Abrahamovic, dia pulun one night stand sampai lunyai. Nak buat camana.. skandal seks penuh melata, kekayaan adalah utama. Jadi, tekel anak orang kaya semestinya priority.

Berbanding dengan Arsenal, konpem satu dunia tahu team ini adalah team paling berjimat cermat sekali. Chelsea adalah pasukan yang suka menabur Euro di jalan korprat. Takkan sesekali untuk menabur di tengah jalan. Apa barang kan?

Farewell, aku series katakan.. Chelsea takkan menang league tahun ini. Sebab pasukan Freemason a.k.a Manchester United dah mulakan crusade selepas kekalahan tempoh hari. So, Arsenal sebagai pasukan 'Wonder Pets' akan menegakkan keadilan di klimaks nanti. Biasalah, hero kalah dulu, dah nak hujung baru menang.

Sekian, laporan gossip dari Emirates.

2 ulasan:

Shahireen Zulkifli berkata...

ahahahahah. aku suka eric cantona jugak weyhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! lama xdengar cerita pasal dia.

ye lah, kita team wonderpet. tak sabar nak tgk arsenal masuk final ohhh..

weyh, pagi tadi kalah dengan barca :(
aku dah agak dah. babeng punya messi apsal nak power sangat!!

Melayu Republik berkata...

messi dowh.... aku rasa sebab apa barcelona letakkan ibrahimovic sebagai striker adalah untuk elakkan messi jaring gol banyak-banyak.

ye la, kalau messi saje yang score, habeslah sisem bola sepak, semua barcelona nak menang messi score. kalau barcelona dah kuat sangat, baik lupuskan saja LPF, biar barcelona saje main. hehe..