Mei 09, 2010

7 Tempat Makan Lu Kena Terjah di Penang

Kalau lu orang datang ke Penang, tak payah jadi mainstream sangat sampai beli peta visit Penang untuk cari tempat makan. Meh gua bagitau lu orang tempat-tempat rare yang lu orang kena pegi makan kalau lu orang datang Penang.

1. Mee Goreng Sotong di Arked Padang Kota Lama

Kenapa gua letak sebagai no satu? Sebabnya ialah mee. Mee tak macam nasi, banyak perempuan jenis Linda Matopoh jenis kurang suka makan nasi kandaq. Kalau goreng-goreng boleh layan lagi. So, sebab tu gua letak mee goreng sotong ni sebagai tempat pertama lu orang kena sentap. Sambal sotong dia memang kaw-kaw. Kat situ jugak ada jual coconut shake dan milk shake. Tapi wa tak galakkan lu orang beli shake sebab kedai air yang jual shake tu lambat nauzubillah. Baik beli air dengan kedai apek tua, limau ais dia terbaeekk. Oh, kat arked tu ada gak jual Chicken Chop sedap berharga Rm6!! Pergh!

2. Nasi Beriyani Ayam Tanam Hameediah di Lebuh Mcampbell

Banyak orang tanya gua, kat mana Lebuh Mcampbell? Aduhai lu ni, Chowrasta lu tau, Penang Road punya clubbing lu tau, Mcampbell tu kat Penang Road la. Jalan Mcampbell kalau lu nak kenal, jalan tu tak pakai tar. Tapi, pakai batu-batu granit (gua tibai). Kedai yang gua sebut tu memang sesak kalau naik tengahari, tapi menu yang gua rekemen kat lu orang ialah nasi beriyani ayam tanam. Pesanan buat lu orang, kalau lu makan nasi beriyani ayam tanam, jangan lupa order air bandung special, dan pastikan juga ada sebatang dunhill untuk di hisap selepas makan. Gerenti lu tertidur lepas tu..

3. Bubur Chacha dan seangkatan di Padang's Broom/Brown/Ruums.

Entah mana satu sebutan yang betul gua pun tak tahu. Sorang sebut tu, sorang sebut ni. Gua pun pening. Ok, tempat ni lokasi nya ialah di simpang opposite nak ke Pasar Karat atau Rope Walk. Tempat ni kat belakang berek polis. Tempat ni ialah food court, banyak makanan jual kat sini, lu orang kena sentap sekali dengan celur-celur. Baru lah di namakan orang-kaya. Tapi, semua makanan takkan menjadi samok kalau tak pekena bubur chacha yang disediakan di gerai sebelah kedai tomyam kat situ. Kedai bubur chacha ni, apek cina tua yang towkey. Tua-tua pun tapi terer buat air, dari lu orang yang nak jerang kopi pun gagap lagi. Minum bubur chacha, akan mengingatkan lu orang dengan memori lama. Akan ada rasa pening-pening sebab kandungan utama dalam bubur chacha ialah santan.

4. Nasi Kandaq Potong Babi/Chowrasta/Misai

Okeh, yang part nama potong babi tu memang benar ada orang panggil. Sebabnya, lokasi dia kat belakang tempat potong babi di Chowrasta. Tapi, lu orang janganlah jadi bebal sangat cakap kat family lu nak bawak makan kat nasi kandaq potong babi. Kalau mak bapak lu orang PAS, dah lama kena hempuk ye dak? Just cakap Nasi Kandaq Misai, nama popular bagi sekalian penggemar nasi kandaq. Bagi gua, nak di bandingkan nasi kedai ni dengan nasi kandaq Beratur ataupun Line Clear. Kedai ni bagi lua lebih sedap dan cool suasananya. Sebabnya, kalau nasi kandaq beratur, apa jadah nak tunggu sampai 45minit semata-mata kerana nasi kandaq? Dan nasi kandaq Line Clear, apa jadah kalau makan nasi kandaq, kena blah cepat-cepat sebab ramai orang? Nak sembang pun tak puas. Tapi, di nasi kandaq potong babi, segalanya mungkin.

5. Jemputree di Jalan Nak Pergi Gurney

Asyik sembang kedai rakyat marhaen je, terasa gak nak tayang duit ada lebih ye dak? Kalau lu orang dah jemu dengan Secret Recipe, atau pun rasa nak cari tempat dinner dengan pantat lu, gua syorkan lu orang tempat ni. JomPutree. Kedai yang menyajikan masakan barat, goreng-goreng dan apa saja lah. Ye lah, kalau gian nak makan spaghetti atau lasagna. Kat sini ada, boleh tahan sedap. Tapi yang best ialah surrounding restoran tu yang memang gaya-gaya casablanca dan hawaii lah. So, romantik skit. Cuma tu lah, makan berdua, cecah jugak rm50, takdak duit, jangan makan kat sini. Tu je.

6. Pak Hussin Tom Yam (Meet Uncle Hussin) di Sg Ara

Dulu masa gua kat hometown, gua masih sangka tomyam yang paling sedap ialah kedai kat deret-deret Nasi Lemak Wak Kentut. Tapi, bila gua kat Penang. Punyalah gua jakun makan tomyam sebab rupa-rupanya tomyam ada dua jenis iaitu tomyam merah dan tomyam putih. Yang selama ini gua tibai tomyam merah. Tapi, bila kat Penang, gua gila tomyam putih. Ha, kat kedai yang disebutkan ini menyajikan tomyam terbaik. Memang lu orang akan hirup kuah dia sampai licin. Gua tak tau lah berapa kati ajinomoto dia letak. Hadooiiyaiii! Btw, Sg Ara tu terletak lepas dari Kompleks PISA. Nanti jumpa traffic light simpang empat, amek kanan, terus dan kedai dia belah kiri.

7. Shisha di Gelugor a.k.a Penang V3 Rempit Version

Stay
down and rilek. Gua bukan nak promosi ganja. Takkan lu orang tak tau shisha tu menatang ape? Shisha tu bukan makanan okaay. Tapi, kalau lu orang gian nak telan botol, apa salahnya. Di Gelugor, berdekatan USM Minden, ada satu port yang memang terbaik untuk makan Char Koey Tiow sambil pekena shisha yang super-class. Brother yang jaga shisha ni memang basterd habess. Pakai Honda Jazz, bukak kedai shisha. Mixing antara flavour, air dan arang dia memang terbaekk setakat ni. Gua boleh cakap setanding dengan shisha kat Tuah Mall Melaka. Cuma gua nak bagitau, port ni memang best sebab banyak pantat-pantat yang hot. Cuci mata memang perlu kan? Kat Melaka ada pantat hot ke?

Ada banyak lagi sebenarnya, lu kena tau Ikan Bakaq Kg Tempoyak, Nasi Lemak Taman Tun Saadon, Nasi Tomato Bt Lanchang dan macam2 lagi. Ha, yang lain-lain lu orang tambah la sendiri. Selamat mengkomen!

7 ulasan:

apan berkata...

Nama dia shisha dragon. Bini dia hot nak mati. baru MILF

nurliani ahmad mustafa berkata...

ada lagi satu! ais jagung tiga layer kat belakang stadiummmm..sedapppppppp

adamLUBA berkata...

hahaha! terbaikkk bro! suma tempat ni aku dah pi..100% setuju..ini adalah antara tempat makan yang perlu di terjah jika turun ke penang! hohoho...cayalaahhh!!!

Aiza J berkata...

weh,
jempotree kat jemputree?

Aqram berkata...

apan: MILF? cam siallll. haha!

liani: ohh kat situ ada gak roti kacang pol. nyum nyum!

adamluba: ang orang penang, kalau tak pergi ni aku baling kamera ang kat sg jelutong.

aiza: bahasa pasar.

c!k baBy berkata...

bak shisha tu aku bersetuju.mmg cool shisha dragon tuh!

reen homestay sungai petani kedah berkata...

senarai nama kedai makan sedap penang yang sebenar patut dilawati klik sini