Mei 17, 2010

Ke Arah Piala Dunia 2010 : Edisi Mula, FAM, dan Sepanyol

Nampaknya hormon penulisan gua dah semakin menurun. Gua dah makin karut. Problem. Tapi, gua optimis, karut gua ini akan berakhir. Ianya mungkin sebab gua dah jemu melihat kelab-kelab eropah merangkul kejuaraan. Di mulakan dengan Barcelona yang menjadi juara di La Liga. Bergaya dengan kemenangan 4-0. Kemudian di susuli kejuaraan Bayern Munich dan Inter Milan di Bundesliga dan Serie A. Dua kelab yang bakal berentap di final Kejuaraan Eropah. Lepas ini akan ada mood baru datang menjelma. Mood yang menyebabkan ramai orang tak cukup tido. Mood Piala Dunia. Gua pasti, mood ini lebih mengujakan dari melihat Lisa Suriani berbikini.

Gua risik-risik skuad Piala Dunia. Termasuk jugak lah Malaysia. FAM memang celaka. Piala Dunia dah nak dekat, tapi liga super masih belum nak habis. Seoalah yakin-yakin bahawa Malaysia takkan layak world cup sampai bila-bila. Lahanat betol FAM. Lahanat lagi si KJ. Bila sistem yang sial ini hendak di tukar?

Sori sebab emosi. Okay, kita mulakan risikan dengan melihat kepada pasukan yang ramai peminat bertaruh pasukan ini akan merangkul kejuaraan World Cup 2010 kali ini. Lain tak bukan, Sepanyol atau Spain atau Espana'.

Kita lihat 30 pemain yang dipilih oleh juruletih Vincente Del Bosque;

Goalkeepers: Victor Valdes (Barcelona), Iker Casillas (Real Madrid), Pepe Reina (Liverpool), David de Gea (Atletico Madrid), Diego Lopez (Villarreal).
Defenders: Carles Puyol, Gerard Pique (Barcelona) Alvaro Arbeloa, Raul Albiol, Sergio Ramos (Real Madrid), Cesar Azpilicueta (Osasuna), Joan Capdevila (Villarreal), Carlos Marchena (Valencia).
Midfielders: Sergio Busquets, Xavi, Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Marcos Senna, Santi Cazorla (Villareal) David Silva, Juan Mata (Valencia), Cesc Fabregas (Arsenal), Javi Martinez (Athletic Bilbao), Jesus Navas (Sevilla).
Forwards: Pedro (Barcelona), Dani Guiza (Fenerbache), Fernando Torres (Liverpool), Fernando Llorente (Athletic Bilbao), Alvaro Negredo (Sevilla), David Villa (Valencia).
Ini adalah senarai 30 pemain. Maknanya akan ada 5 pemain yang akan di singkirkan untuk di bawa ke Afrika Selatan nanti. Kalau dilihat dari senarai pemain yang ada. Memang pening juruletih nak pilih dollll. Semuanya star-star.

Nak pilih penyerang contohnya. Pedro, Torres dan Villa adalah pilihan terbaek saat ini. Tapi, Sepanyol jarang main 3 striker. Diorang lebih suka pakai 2 striker je. Jadi, mungkin Torres bakal tersisih dapat first team. Pilihan first team gua ialah: Pedro (SS), Villa (CF)

Di bahagian tengah paling pening. Semua pemain yang ada adalah pemain yang kaki ajaib boleh control game kat kelab masing-masing. Pastinya gandingan Xavi dan Iniesta sekali lagi memikul tangungjawab. Tak usah citerlah kalau 2 ekor ni kontrol game. Arsene Wenger boleh bunuh diri tengok diorang gentel bola macam dalam PES. Pilihan first team: Xavi (CMF), Iniesta (AMF), Alonso (DMF), Busquets (RMF)

Ke bahagian defensif pulak. Inilah masalah yang melanda Sepanyol. Striker dan tengah memang cun. Tapi defence masih macam celaka. Ingat lagi tak kesilapan-kesilapan bodoh yang diorang lakukan masa tumpas dengan USA dalam Piala Konfederasi. Defence memang star, tapi kadangkala cukup leka. Apapun, ini pilihan first team: Puyol (CB), S. Ramos (SB), Capdevila (SB), Pique (CB)

Keeper?? Malas nak cerita. Casilass main macam yo-yo. Reina makin sampah. Gua pilih Valdes.

Sepanyol bukanlah feveret team gua. Gua cuma target team ni boleh ke final, tapi bakal tewas. Sebabnya mudah, pemain Sepanyol hebat tapi senang cedera. Lagi-lagi Torres, lembik. Nik suka lah dengan Torres. Sebab Torres jambu Lucas. Kebanyakkan pemain Sepanyol datang dari Barcelona. Jadi, sah-sah diorang akan main seakan Barcelona, iaitu possesion control, through pass mengejut dan overlap. Tapi, bila berentap dengan aggresive team seperti USA, Germany dan Nigeria contohnya, suka lah diorang claim free kick dan penalty.

p/s: Eh lupa nak sebut Chelsex menang EPL. pffhhh!!

5 ulasan:

Shahireen Zulkifli berkata...

go spainnnnnnnnnnnnnnnnnn!! gua tetap sokong SPAIN walaupun ada Torres lembik tu. hahahaha

Aqram berkata...

musim jam casio.

tak payah la apan.

aku pun ada jam casio classic la.

rm13 beli kat pasar karat. tak semua ada jam mcm aku.

Monyet Laut berkata...

dua perkara aku tak setuju dgn hang:

1.pedro takkan menyinar~ masih terlalu mentah~

2. valdes? die paling sampah. aku still anggap reina terbaik. sbb die liverpool xbolos 2x ganda. casillas mmg yoyo

tanx~ aku menunggu ulasan tentang brazil~ cepat2 ya!

Tanpa Nama berkata...

ni team faveret aku selain italy. kalah menang aku sokong jugak =)

mmg defender spain hampeh sket.

-jeju

Aqram berkata...

reen: aku tau, torres scandal kau kan?

nik: pedro gempak dowh. ang tak tgk tv ka?

assumption aku mudah je. liverpool sampah musim ini. reina? sampah.

jeju: italy? hmm.. pasukan yang kuat bila lawan team kuat. bagus pilihan kau jeju. keepidapp!!