Mei 14, 2010

Love Lesson For Men 104

Secara hakikatnya, bila kita ada girlfriend, baru kita tau macam mana reality dalam relationship ni. Korunk pernah dengar perkataan "Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka?" Aku suka dengan ayat ini. Inilah realiti dalam relationship. Ada pasang surutnya. Ada celaka dan happinessnya. Aku sebagai lelaki, of course lah aku akan beri pandangan dari persepsi lelaki. Tapi, aku tau, perempuan di luar sana ada juga yang tak bersetuju dengan apa yang aku ideakan. Yalah, perempuan pun ada ego dan mentaliti sendiri. Di sebabkan itu, aku tak berapa nak suka komplen sangat pasal perempuan. Lebih baik kita sebagai lelaki buat yang terbaik untuk diri kita dahulu sebelum nak menghadapi perempuan. Cara tu lebih efisyen dari complaint, compliment mahupun cure. Sebabnya mudah, 'prevent better than cure'. Kalau kau rasa nak dapatkan nasihat Brother Love, silalah. Bagi aku dia adalah cure person. Aku adalah prevent person.

Sekarang ini kita akan lihat antara 3 faktor attitude wanita yang kita perlu resap dan manipulasikan agar diri kita sebagai lelaki boleh di respect totally in leadership.

1. Deny
Kebanyakkan wanita moden kini mempunyai sikap deny/opposition/membangkang yang sangat kuat. Ini berpunca dari surrounding yang berlaku terhadap diri dia. Maksud aku dari segi family, education, friends mahupun isu semasa. Ingatlah perkataan ini, "Perilaku manusia berkadaran/bergantung dengan aktiviti seharian, aktiviti yang manusia lakukan seharian mempengaruhi cara pemikiran, fizikal, jiwa dan rohani mereka". Jadi, secara praktikalnya, tak payah lah kau nak ambik berat sangat kalau girlfriend kau suka deny macam-macam kat kau. Kita fikir macam senang nak didik perempuan, sebenarnya sangat susah lagi-lagi kalau dah tua bangka macam kita ni. Lagi-lagi lah kalau benda-benda remeh sekalipun. Kita sebagai lelaki kena bertindak fleksible. Biarkan mereka membangkang. Sekurang-kurangnya ada topik yang boleh kau bincang dari abeskan masa kat McD bertentang mata tanpa cakap sepatah apa-pun, 'Saling Senyum Syok Sendiri'. (4S, series gua pernah jumpa beb). Perempuan kini memang suka deny untuk banyak sebab, antaranya

i) Untuk lebih mengenali si lelaki.
ii) Mencari pasal atau sengaja cari gaduh sebab 'tanpa sebab utama' iaitu suka-suka, untuk dapatkan kecaringan dari lelaki kerana bila dah gaduh, akan ada adengan pujuk-memujuk yang banyak di gemari perempuan. Naluri diorang, nak buat cmana.
iii) Memang ada masalah nak kena discuss.
iv) Kerana minat mengembangkan idea berkaitan hal ehwal semasa mahupun ilmiah.

2. Jealousy
Benda ni paling top sebenarnya. Maklumlah, 74% punca berlaku pergaduhan memang datang dari benda alah ni la. Jeles lelaki dan perempuan amat berbeza. Kebanyakkan jeles lelaki adalah berkaitan hal yang serius terutama dari segi relationship. Contohnya, tatkala si lelaki terlihat gambar teman wanitanya bergambar di Facebook dalam keadaan suka-ria atau mesra dengan lelaki lain seperti kawan, ex-boyfriend, new-boyfriend, abang-adik angkat(geli gua!), dan tak lupa juga pakcik sebelah rumah yang gatal. Time tu jeles lelaki memang nyirap darah la oiii. Tapi, perempuan lain. Jelesnya lebih besar nafsunya. Jeles sebab relationship tu memang pasti. Tapi, jeles pasal aktiviti seharian pun ada. Tu tak termasuk kalau jeles sebab kita lelaki ada lebih sikit duit, gajet atau sebagainya. Contohnya, kalau kau seorang lelaki yang berbakat dalam music, art, sport ataupun perkara yang kau minat dan kau jadikan sebagai hobby, pemilikan dan side-income. Pernah tak girlfriend kau pertikai apa yang kau buat dengan berkata;

"Kurang-kurangkanlah jamming tu, jeles I bile tengok U banyak peminat" or

"Wah, beli jam Swatch baru, bila pulak nak belikan kat I? Mana u dapat duit beli benda ni?"

Kita tau niat dia baik, elak kita terleka dan ambil berat. Terima kasih banyak-banyak, thanks sayang. But, rasanya dalam fikiran kita sebagai lelaki mesti rasa, "Apehal? Suka hati lah aku nak buat apa yang aku minat, bukan aku tembak orang pon". Ye. Itulah perasaan kita, merasakan dia jeles. Cuba kalau kita persoalkan aktiviti perempuan yang suka shopping berjam-jam. Mahu banyak excuse diorang bagi kan? Melenting siap ha.

Sebab tu, dalam menangani jeles perempuan ini. Bersikap jujur adalah yang terbaik. Serta juga bersikap 'go on' ataupun tak payah terlalu fikir sangat leteran perempuan. Ingatlah, perempuan akan sentiasa berleter sampai bila-bila, tanda mereka sayang dan care kat kita. Bersyukurlah dengan jeles dan leteran mereka sebab kalau mereka stop berleter. Buruk padahnya. Time tu boleh musnah hubungan. So, kalau kau rasa apa yang perempuan tu jeles kan adalah berasas, terimalah dan take an action. Kalau kau rasa tak, pekakkan telinga je. Setel.

3. Immature
Ok, ini adalah faktor yang boleh menyentap pembaca perempuan blog aku. Tidak matang. Pernah tak korunk dengar ayat "Perempuan suka cari lelaki yang lebih tua kerana lelaki yang muda masih tidak matang dalam kehidupan". Aku rasa pernyataan ini agak dah tak laku untuk zaman ini. Maksud aku, mungkin boleh diterima tahap kematangan lelaki di ukur dari segi umur. Tapi, bila lelaki yang di atas 20-an, umur bukan faktor pertama, tetapi faktor surroundings dan attitude insightment yang perlu di ambil kira. Dalam hal ini yang berkait dengan perempuan, kita lelaki jangan terlepas pandang mengenai sikap tidak matang yang selalu di cetuskan pula oleh girlfriend kita.

Ha, benda ni ada. Kalau kau perasan lah, perempuan mungkin lebih cerdas dari segi education dan straight to law dari lelaki. Tetapi, bila ditanya pasal hal dunia ataupun hal ehwal semasa, perempuan agak terkebelakang sedikit. Contohnya, cara-cara nak bayar road-tax kereta, cara-cara nak buat proxy web untuk buka laman terlarang, ataupun siapakah nama timbalan perdana menteri UK yang baru? Ok, immature ni di akui boleh berlaku pada lelaki, tetapi secara rata-ratanya perempuan majoriti dalam hal ini. Tapi, ada jugak perempuan yang peka, yang itu aku ucapkan bagus, keepidap!. Ini baru immature dalam hal ehwal dunia, tapi kalau immature dalam relationship, camane plak? Pernah tak korunk alami situasi bila korunk gaduh-gaduh dalam phone, pang peng pang peng!! Si dia terus letak phone, terus off 2-3 hari. Pergh! Sakit la nak. Pening kepala di buatnya. Ataupun si dia buat ayat bunuh diri, ceraikan, atau clash dengan selamba. Lagi haru bebbb.

Menangani immature terhadap wanita kena ada kesabaran beb. Immature perempuan sebenarnya adalah peluang untuk kau mengubah dan mendidik perempuan. Jadi, bantulah girlfriend kau dengan sedaya-upaya. Yelah, kalau dia mintak tolong, pergilah tolong. Tanggungjawab kot. Kalau dia buat perangai tak matang, ajarkan dia perilaku yang matang yang sebenarnya. Perempuan mengharapkan kita, janganlah ambil masa yang panjang untuk diorang menunggu berharap. Sebab, sesiapapun kalau give-up berharap, susah nak ada peluang kedua. Kalau gaduh sampai nak clash, try lah cakap, "Apa lagi yang saya ada dalam dunia ni kalau awak pergi? Takde sayang.. Kosong. Banyak perkara saya dah berkongsi dengan awak, kalau awak lepaskan, cinta saya jadi sepi tanpa pengisian, mendung tanpa sinaran, jika awak pergi, hilanglah juga jiwa saya", (babi, jiwang abes)

Ok, sampai sini dulu lesson yang ada. Jumpa len kali. Ada pendapat? Selamat mengkomen.

13 ulasan:

Shahireen Zulkifli berkata...

hahahahha.

no komen karem. kang panjang lebar dah susah kan?

for me

kalau berasas, terimalah dan take an action. Kalau kau rasa tak, pekakkan telinga je. Setel.

hahahaha

Aqram berkata...

ha? ape?

aku tak dengar?


hehe, thanks babe.

Lt. fDanialz berkata...

bro.. cam bes pulak blog ko nih..

aku nk follow ko la


Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

Lt. fDanialz berkata...

bro aku suke entry ko nih..
bila aku bace sampai abes aku rase cam nak wat jugak la entry pasal pompan nih..

well, just nk bagitau.. lelaki sangat simple and very direct.. mmg senang kn..

pompan ni complicated sgt.. smpai nk soh laki memahami diorang lak.. pening gak la..


Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

Aqram berkata...

hahaha. thanks. tadahall lah. :)

btw, lelaki xperlu pon memahami perempuan sebenarnya.

AREku berkata...

bez entry ni bro
even de ayat2 yg cam sial tp aku suke
haha
aku mau jd follower ini blog
-chow-

Tanpa Nama berkata...

haha. betol2!!

idham mohamed berkata...

like dih cik aqram troopers

Aqram berkata...

terima kasihh semuaaaaaaa.

Seha Haris berkata...

"Pernah tak korunk alami situasi bila korunk gaduh-gaduh dalam phone, pang peng pang peng!! Si dia terus letak phone, terus off 2-3 hari."

kalau aku, ni masalah pihak sebelah lagi. bukan bf tp bff. sakit ati wey. kalau dia ada kat rumah, memag aku p gegar umah dia debik skali. haram x matang.

Aqram berkata...

debik aje. jangan di layan sgt og mcm tuh.

akusuperman berkata...

dah seharian aku baca blog kau ni.. memang best giler.. tak jadik keje la plak..

AlexiaAqram berkata...

@akusuperman

dosa kau tak kerja, aku tak nak tanggung. hahah!