Mei 30, 2010

Love Lesson For Men 205

Gembirakan hati si dia dengan pay attention. Renung mata dia dalam-dalam, lemparkan senyuman dan dengari apa yang si dia bebelkan. Mudah seperti ABC.

Si dia akan gembira. Semestinya.

Menyakat tu penting juga sebagai bahan perbualan. Kalau jadi lelaki yang takde sifat humoris. Masuk tabligh lagi bagus dari buang masa bercinta.

Humoris memang di perlukan oleh seseorang perempuan. Orang perempuan mudah ketawa. Reseptor ketawa mereka sensitif sangat. Jadi, kalau lawak yang bagi orang lelaki taklah lawak mana, ia berlainan dengan orang perempuan yang mungkin menjadi humoris yang boleh buat dia ketawa tak henti-henti.

Cuma, berhati-hati dalam humor. Jangan silap langkah. Sebab kalau silap langkah, mungkin terpesong kepada 'perasan', 'bajek bagus' dan mungkin juga 'lawak bodoh-murahan'.

Perempuan sukakan emosi. Adakalanya cara mereka mengaplikasi emosi sangat kelakar. Mimik muka mereka dan cara mereka mengambil hati lelaki dengan godaan manja dan humor.

Jika teman wanita korunk bukan seorang yang pandai ketawa. Tak reti beza antara lawak dan perkara serius. Rilek, jangan marah dia. Cuba asah dia. Didik dia sedikit-demi sedikit dengan lawak ringan.

Jangan lupa selitkan humor lucah. Open minded tu perlu kadang-kala.

Kenang kembali kisah lalu yang manis dan kelakar. Jadikan topik semasa berbual berduaan. Gamatkan perbualan dengan gaya lakonan yang beria dan bersungguh. Pasti gelak guling-guling.

Saat yang indah, bila dah gembira. Pandangan mata bertentangan, tiba-tiba bibir bertautan. (Hanya untuk yang dah ada lesen sahaja)

So, buatlah si dia ketawa. Masalah seakan hilang bila dapat ketawa dengan yang tersayang.

p/s: Kalau tak ketawa jugak, geletek je. Dapat pelempang pun kira okay ape?

7 ulasan:

Auf Bin Ali berkata...

Awat hang buat byk love lesson utk aku ni.

Aqram berkata...

kena kat ang ka?

ok lah tu.

erin berkata...

pelempang pun pelempang la...janji menagis!

Aqram berkata...

nak ke? nanti aku bg.

hehe.

foxmulderwasright berkata...

tajuk hang"....for man" kan. aiseyyy karem, slow wei! aku nak buat lawak wei! slow, slow!

Aqram berkata...

aku cuba ketawa. aku faham man.

Tanpa Nama berkata...

hi, new to the site, thanks.