Mei 21, 2010

Love Lesson For Men 210

Hiasan semata.
  • Jangan mengada terkejut sebab apa dah sampai 210. Sekarang dah pelajaran cinta level 2. Dah second sem. Dah makin susah. Dah kena serius. Jangan ketawa.
  • Bila dah naik second sem, jangan jadi bebal tulis esei. Tulis point-point macam ini. Ringkas, mudah dan padat. Sama macam bercinta. Jangan complicated. Ringkas kan selagi boleh. Senang pemeriksa nak tanda.
  • Topik cinta yang nak di buka ialah mengenai 'Salahkah Menyukai Perempuan Lain Walau Dah Berpunya?'. Bincangkan.
  1. Tak salah. Tapi kena ada batas dan kesedaran sivik bahawa diri dah berpunya.
  2. Kejujuran adalah penting. Tetapi bergantung pada situasi. Contoh, jika menyukai perempuan yang lebih menawan dari girlfriend sendiri. Mesti sediakan ayat yang terbaik untuk nak bagi jelas kat girlfriend. Ayat yang manis dan menyedapkan hati.
  3. Jika tak berterus-terang, dan terus suka, serta menterjemahkan dengan perbuatan. Itu di panggil lelaki gatal.
  4. Menyukai seseorang yang lain adalah normal. Lelaki ada konek. Konek ada nafsu. Nafsu masuk ke hati. Hati terjemah ke otak. Otak mengatakan. 'I like'. So, perempuan di luar sana, jangan gelabah tak tentu arah.
  5. Benda ni sebenarnya banyak berlaku dan membawa pergaduhan pasangan. Contoh situasi, girlfriend anda tak menyukai anda berkawan rapat dengan kawan-kawan baik anda yang perempuan. Sedangkan anda menyukai dan selesa dengan mereka. Lagi-lagi yang rapat dengan anda seperti jiran, classmate, coursemate mahupun rakan facebook.
  • Seterusnya, 'Bagaimanakah Hendak Memberitahu Kepada Girlfriend Jika Menyukai Seseorang Gadis'. Huraikan.
  1. Beritahu pada waktu yang sesuai. Cari bala kalau beritahu waktu PMS. Sia-sia kena silat gayong 44 jurus.
  2. Fikirkan reason dan excuse yang munasabah kenapa kita suka sesorang itu dan mahu 'just kawan' sahaja. Ingat! Yang munasabah.
  3. Cari tempat yang sesuai untuk berbual. Mesej, call-call termasuk video call, mms, YM, facebook untuk explain adalah di larang sama sekali. Sebab? Tak gentle. Face off la baru hebat.
  4. Mulakan dengan bismillah. Bila bercinta, walau nak macam omputeh, agama kena ingat gak.
  5. Ulang semula langkah satu tadi.
  • Nyatakan kesan-kesan yang bakal berlaku pada girlfriend jika anda berterus-terang?
  1. Girlfriend anda tampar anda. Tak mungkin. Siapa dia nak tampar kita? Suka-suka nak tampar lelaki.
  2. Girlfriend anda akan lebih caring dan akan bersikap protected. Itupun jika dia memang ada akal.
  3. Mungkin girlfriend anda akan marah dan menjauhkan diri. Rilek dan cool beb. Itu sementara. Nanti dia akan terima sedikit demi sedikit. Perempuan yang bereaksi seperti ini adalah bagus!
  4. Serangan balas akan berlaku. Bukan kepada anda. Tetapi pada kawan-kawan perempuan anda. Jika itu berlaku, bersiap sedia untuk tinggalkan girlfriend anda secepat mungkin. Perempuan macam tu tak boleh pakai.
  5. Girlfriend anda yang ada akal akan menerima rakan-rakan anda dan mula berbaik dengan mereka dengan motif mahu mengenali anda lebih jauh. Wow. I like!
  6. Clash. Takpelah, dah tak suka nak buat macam mana. Easy come, easy go.

p/s: Ada komplen dan komplementing? Sila-sila lah ulas.

6 ulasan:

erin berkata...

apa ulasan saya?

1.aku suka cara ko menulis..berakal dan ikhlas..
2.klu isi borang SPA tu, try mohon doctor logik-cinta. bukan doc cinta!
3. bersama menjadi kehidupan lebih baik sbb aku x suka diri aku jadi perempuan y leceh. itu x bole ini x bole..semua x bole!(bosan!) in fact sometimes adala kan. bila ada peringatan, kita akan jadi lebih igt dan berigt.

Aqram berkata...

erin,

1. terima kasih, aku cuba yang terbaik
2. doktor terlalu up sgt, kena ada phd. cikgu cinta dah le.
3. kau bukan perempuan yg leceh. kau simple. i know.

erin berkata...

baik..saya akan sentiasa igtkan diri saya sendiri jgn jd seseorang y akan pasti kita x nak menyesal.

Aqram berkata...

erin bersemangat!!

yuhanisyusuf berkata...

boleh bagi komen tak kalau si girlfriend yang suka dkt lelaki lain?

n mcmna nk explain kt boyfren?

hehe

Aqram berkata...

@yuhanis yusuf

hmm. berat di sini. sebab saya seorang lelaki, pemikiran lelaki. walaupun saya boleh memahami. tapi, tak boleh accurate. kamu kena cari perempuan yang tepat untuk bertanya hal ini. kalau kamu jumpa perempuan yg berfikir dan menulis seperti saya. bagitau saya. saya nak meminang perempuan itu. hehe.

tapi, saya cubalah memberi komen dan pendapat.

gf yang suka lelaki lain kalau nak explain pada bf dia. akan ada satu masalah yg gf tu kena hadapi. PANAS BARAN lelaki. semua lelaki ada sifat panas baran. sebab ia di pupuk dari sifat ketegasan. dari sapa sifat ketegasan itu? mestilah dari baka BAPA.

yang boleh di lakukan oleh seorang perempuan untuk mengawal kemarahan lelaki dalam meng-explain kepada bf nya adalah dengan cara 'take a time' lakukan explain dengan perlahan atau sedikit demi sedikit. berbeza dengan lelaki yg saya telah tuliskan sebelum ini, banyak berbentuk direct proposal.

perempuan kena berlainan. kena 'sediki-sedikit' bagi reaksi. tak boleh sekaligus. saya rasa perempuan memang terer dalam hal ini.

in simple, hari pertama. bolehlah bagi ayat hint seperti 'eh, azhar (nama contoh) tu baik orangnya kan?'

jadi reaksi bf taklah terkejut sangat.

hari seterusnya, boleh lah beritahu pada bf. seperti cth, 'i suka dengan gaya azhar berkwan, or what ever else'

dan, bila ada hari yg tepat. barulah boleh bertahu pada bf, 'saya tertarik dengan azhar dan suka padanya'

bila sampai peringkat ni. baru ada kesan. apa kesannya, bergantung pada peribadi bf tu.

sekian.

p/s: thanks kerana bertanya. sya akan explain lebih pnjang dalam education for women edisi seterusnya.