Jun 19, 2010

Love Lesson For Men 206

  • Ada satu masalah yang sama terjadi pada setiap lelaki Melayu di Malaysia. Masalah ini pada pandangan lelaki Melayu merupakan perkara remeh. Tetapi, sebenarnya pada pandangan wanita Melayu Malaysia. Masalah ini SERIUS jika masalah ini tidak sealiran dengan nafsu wanita kini.
  • Masalah ini agak jarang berlaku kepada lelaki Melayu pada tahun 50an sampai 80an. Sebab ada banyak faktor. Seperti malu, adat, siasah agama dan perkahwinan yang di aturkan keluarga.
  • Tapi, bila menjelang abad ke-21, dek arus kemodenan. Masalah ini mula timbul pada peribadi setiap majoriti lelaki Melayu. Dan masalah itu ialah...

JIWANG

  • Jiwang merujuk kepada satu perlakuan, kata-kata dan isyarat ROMANTIS.
  • Masalah jiwang ini telah terjadi kepada lelaki dalam dua bahagian iaitu :
1. Tak pandai atau tak reti berjiwang
2. Jiwang lebih atau tak kena tempat, masa untuk berjiwang. (jiwang karat)


  • Fenomena 'Aku Hidup Dalam Blues' menyebabkan istilah jiwang mula menjadi bualan.
  • Sebenarnya, lelaki perlu ada sifat jiwang. Tapi, biarlah berpada dan kena pada situasi.
  • Masalah jiwang berlaku apabila lelaki itu :
1. Sukar untuk mengungkapkan kata sesimple I LOVE U pada pasangan sebab rasa jiwang sangat perkataan tu. <-- oh come on lah, sepatutnya kena sebut sehari sekali kat pasangan lah.

2. Tak pandai mengutus surat cinta sebab merasakan sangat 'oh jiwangnya' atau 'perlu ke?' atau 'klasik sangat'. <-- abes, kad utusan jemputan nikah yang wangi-wangi tu tak jiwang? adoi, surat cinta adalah kenangan yang akan buat kau senyum bila di kenang. try lah sesekali buat surat cinta.

3. Berpegang pada prinsip "Kalau mendung tandanya nak hujan, kalau rindu tandanya nak jumpa". <-- amboi2, banyak masa plak nak jumpa hari2? Nak jiwang pun agak-agaklah!

4. Terpacak depan cermin lebih 30 minit sebab nak sikat rambut style ape yang best. <-- sah! penyakit jiwang karat mula merebak kalau ada sindrom ini.

5. Dah mula melanggan sms 'ON CINTA' ataupun menjadi peminat setia Brother Love. <-- beb, takde paedahnya sebab nak dapatkan ayat jiwang2 tu. Yakinlah dengan diri sendiri, lafazkan dengan keihlasan dari hati sendiri. Kadang-kadang sebut 'U cantiklah hari ini' pun dah boleh berbunga hati pasangan. Ayat simple, tapi nada biar ikhlas.

6. Tak tahu membezakan perbuatan mana yang jiwang atau tak jiwang. <-- ini paling kerap. Adakalanya risau sgt sampai membawak ke kehidupan. Aduhai beb, jiwang tu normal dan ada dalam kehidupan secara pakej. Kita tak sedar yang adakalanya kita jiwang dengan alam, ibu bapa, Tuhan dan macam2 lagi. So, be cool n rilek. Jiwang tetap jiwang, cuma jgn karat!

7. Korunk tambah lah sendiri. Korunk kan jiwang. Membaca Love Lesson ni kira jiwang jugak lah. <-- giler perasan tuan punya blog ni. ingat blog dia ni bagus ke?

2 ulasan:

AREku berkata...

pErGh
ade bakat jd doktor cinta la beb
kui3
nice info bRo
keep it up
;p

Aqram berkata...

heh, thanks!