Jun 15, 2010

Budak Pulau Jakun Dengan Budak Tanah Besar.

Gua pelik dengan pertanyaan sesetengah orang especially member and kenalan gua. Diorang yang bukan orang Johor, terutamanya yang belah utara, timur dan KL. Akan bertanya satu soalan yang sama iaitu, "Oh, orang JB. Dekatlah dengan Singapore kann? Best tak Singapore? Pernah pegi sana tak?"

........... Gua terkedu sebenarnya dengan soalan ini. Kenapa ramai orang sooo curious dengan Singapore? Macam expect semua orang Johor selalu pergi Singapore dan tahu Singapore tu serba serbi. Ehhh? Seperti.. Singapore tu macam di anggap negara contoh, negara segala negara, best, dan merasakan Malaysia should be like Singapore. Dan, menganggap kalau orang JB tak pernah pergi Singapore. Ia adalah satu kerugian atau satu perkara kebodohan kalau tak pernah pergi Singapore. Ohh, dem!

Yaa. Bagi mereka yang duduk luar dari Johor. Sesetengah dari mereka memang ada high expectation dengan Singapore. Tapi, bagi kami orang Johor. Kami rasa Singapore tu tak lah hebat mana, tak lah best mana dan sebenarnya Malaysia taklah teruk mana. Singapore bagi gua adalah tempat untuk gua naik flight bila gua kena pergi oversea. Tu je fungsinya.

Mari kita buat perbandingan. 1st kita sentuh pasal shopping. Shopping kat Singapore memang tak berbaloi. Kelebihan yang ada kat Singapore ialah 'the latest' or 'new arrival' equipment. Tapi, harganya melampau mahal bila buat tukaran matawang. Shopping di Malaysia lebih baik dari Singapore. Jarak masa 'new arrival' antara Malaysia dan Singapore tak lah jauh. Sebulan dua je. Contohnya, iPAD. Yup, kat Singapore memang dah keluar. Malaysia belum lagi. Tapi, dalam sebulan dua nanti keluarlah kat Malaysia. Harga di Malaysia sebenarnya lebih murah.

Next, perbandingan aktiviti. Aku rasa, sekali lagi Malaysia lebih advance dari Singapore dalam hal ini. Sebab of course Malaysia lebih besar dari Singapore. Ramai orang Malaysia (selain orang JB) teringin sangat nak pergi Sentosa Island. Rasa macam Sentosa Island tu seperti paradise. Ohh, come on lah. Apa kata kau tanya kawan aku Reen. Dia budak pulau, nanti dia akan bagitau pulau mana paling best. Bagi gua, Sentosa Island best. Tapi, sesak!! Itu yang tak bestnya. Kalau nak dapatkan privacy, kau kena belanja mahal. Mampu ke?

Termasuk juga la kalau bab makanan. Gua bet sebenarnya Penang lagi best. Oh tak, Malaysia lagi best. Makanan kat Singapore seperti Murtabak Singapore yang berlapis-lapis tu, tak payah lah sampai Singapore kau nak cari. Kat Kg Melayu JB ada yang sedap. Mee Bihun Singapore? Ahh, sebab mee tu putih dan ada banyak lada sulah. Tak lah special mana. Rojak? Kat Penang ada rojak berdiri? Alor Setar ada rojak Mak Bee. Atau korunk terasa nak minum Singapore Sling? Aduhai, macam la kat pub kat KL tu kokak sangat.

Next, pemandangan. Emm, okeh. Spesifik kan sikit, pemandangan apa? Bangunan? Kita ada Petronas Twin Tower. Diorang cuma ada OCBC Bank. Nature? Pantai dan hutan di Malaysia lebih cool. Singapore ada hutan batu dan pantainya penuh dengan kapal kargo.

So, tak payah lah impress sangat dengan Singapore. Sampai aku pernah ada kawan yang tak abes-abes lambai tangan kat Singapore masa tengah lalu Straits View kat Pantai Lido JB. Mulut ternganga sambil sebut, "Oh.. tu la Singapore.."

Dalam hati aku. What the heck?

Ada orang cakap Singapore bersih. Ye, memang bersih. Sebab kerja sebagai pembersih sampah adalah pekerjaan am yang banyak orang tempatan nak kerja. Gaji setimpal. Kita kat Malaysia ni bagi kat pendatang asing. Orang tempatan kita kata takde classss kerja cleaner ni.

Ada orang cakap orang Melayu Singapore bagus. Apa? Bagus? Bullshit. Melayu Kelantan lagi bagus dari Melayu Singapore. Teruk-teruk Melayu Kelantan, walau takdak duit, tapi ada sifat hormat. Melayu Singapore memang berduit, tapi kalau pandang orang Melayu JB ni, dia macam pandang semua orang JB ni duduk setinggan Kampung Pandan. WTF? Lantak lah kalau ada orang Melayu Singapore yang baca blog gua ni marah. Tapi, itulah impression aku pasal Melayu Singapore setakat ini. Banyak yang mudah lupa diri. Nasib baik Aaron Aziz tak macam tu. Kalau tak lagi gua bubuh banyak2. Oh ya, banyak orang Singapore more prefer English than Malay Language. Itu kenyataan yang tak boleh di ubah. Kalau nak ubah impression aku ini, bak datang.

Ada satu yang aku pelik. Banyak cikaro-cikaro JB suka 'menggelitik' dengan boy-boy dari Singapore. Bagi mereka mungkin lebih 'WOW'. Mungkin sebab boy Malaysia paling kuat pakai Vios berbanding boy Singapore yang ada Lancer X. Atau boy Malaysia rata2nya pakai RX-Z berbanding boy Singapore yang pakai Kawasaki 750. Tak caya? Pergilah Restoran Singgah Selalu waktu malam. Nampak lah kepak-kepak lelaki Singapore berkipas dengan status mereka.

Tak tau lah gua nak cakap. Mungkin pandangan gua ni pandangan cetek atau tak teliti. Mungkin. Tapi, inilah yang banyak orang nampak. Pandangan yang selalu di perkatakan bila kami orang-orang lelaki JB petik cerita pasal Singapore. So? Tak boleh kata pandangan ini cetek dan boleh ignore. Ada benarnya yang perlu di ambil perhatian untuk korunk yang luar dari Johor.

Maka, tak payah lah teruja sangat dengan Singapore okay?

p/s: Cuma, industri prostitution dan clubbing di Singapore memang Malaysia tak boleh lawan. Prostitute di sana lebih terjaga berbanding Malaysia yang masih di lorong jalan. Clubbing di sana lebih cool berbanding Malaysia asyik kena raid. Tapi tu lah, benda ke neraka. Best ke? Oh by the way, Singapore tak sejuk. Tak boleh lawan Genting dan Bukit Larut. Dann.. TV Singapore better dari Astro.

8 ulasan:

Shahireen Zulkifli berkata...

hahahahaha. srious dowh. aku xpaham apa yang dieorang suka snagat dengan spore. oh yeahhh.. aku ras atu semua budak KL, xpun out of Johor. Kalau setakat budak Jb, apa barang asyik nak pergi spore je. sekali sekala boleh ah. tp aku ada kawan yg batak sangat ngan spore. sikit sikit spore, shopping kat spore. sampai nak makan karipap pun masuk spore. pehhhhh... dia tak rasa lagi karipap kat IKEA damansara. lagi orgasm okay?
melayu spore lagi ah xboleh blah. standard apa apa je just fluent in english je, so nak pandang malay malaysia macam down sangat kan? aku tau la. aku ada sedara mara kat sana. kadang kadang pakai kereta/motor gempak, sewa je tau tak? cousin aku pun pernah buat macam tu. sebab dieorang stock pagi raya pun ramai ramai naik bas tambang. gila tak cool ohhhhh..
sentosa? apa ada? party party boleh ah. xde JAIS oh. sebab tu suka. bagi pencinta pulau macam aku, tak layak pun di panggil Sentosa Island, tak menarik langsung. pergi sana setahun sekali ok lah.
makanan plak, aduhhhhh.. kau tak tau bila keluar je dari spore, aku terus pergi makan. nikmat terasa gila babeng punya. murah pun murah, banyak, sedap. spore? hmmm..no comment. setakat masuk spore nak makan karipap baik xpayah kan? sebab tu je termampu. yg lain tak berbaloi. tak sedap plak tu. masa aku bawak budak kl pergi spore, sampai je jb terus cari burger king, makan sampai rasa nak menangis. betapa nikmatnya berada kat tempat sendiri weyhhhh.. tak tipu punya.

apa aku boleh simpulkan. spore tu biasa je. mungkin org nak lebih maju, lebih bersih. pengalaman bekerja dengan company spore buat aku serik. for me, yg teruja sangat dengan spore tu tak pernah masuk spore kot. nnti dah masuk, try la. tak menangis kau cari jalan kalau naik kereta. tak terkencing kau nak bayar semangkuk soup bila dah tukar duit malaysia dekat rm16. haha. lawak ah. pergi la setahun sekali okay?

miss dilla berkata...

wahh bukit larut.
hahaha.
kabus je bnyak

Aqram berkata...

pergh. lu memang melepaskan perasaan abes ni reen. bagi gua, seksa gua ialah harga rokok giler babi mahal nak mati. kat singapore gua punya kedekut rokok la sial. isap tak abes, simpan. itu baru duduk sana seminggu sebab backpackers. nak isap pun kena isap kat rumah member. isap kat luar? nak mati kena fine 1k dollar? pergh. bila balik JB, gua tibai isap mcam tak pernah isap!!!! haha. giler kenangan lah!

miss dilla: bukit larut best. kalau ada taman tema atas tu lagi bes. gua pernah panjat sana. syiokkkk!

Seha Haris berkata...

aku sedang baca post kau satu per satu. semoga habis. ;) btw, aku x pernah pun sampai spore. dan aku x rasa spore tu menarik. dan2 aku rasa bercuti kat taman negara pahang adalah sesuatu yang menguajakan daripada hutan batu. ;)

Aqram berkata...

kan kan kan seha?

malaysia lagi best kan?

Seha Haris berkata...

malaysia, truly asia. :)

Tanpa Nama berkata...

lu pehal mat kutuk melayu kelantan?sumer org tau melayu johor poyo nak mampus.....sembang macam bagus jer....

AlexiaAqram berkata...

kepada anon di atas

lu tak tahu ke satu malaya tak suka melayu kelantan sebab suka berpuak dan berkelahi. lu tak sedar diri betul.