Jun 01, 2010

Education For Women On 4am

  • Errgghh. Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup, apa yang dia nak dalam suatu masa. Susah nak di cernakan. Yang lelaki tau, 'rilek lu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu'
  • Kenapa susah sangat nak decide? Pavillion atau Sungei Wang? Tak pasal-pasal kereta kena horn kat simpang Bukit Bintang pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Errgghh. Benciiii!!
  • Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah kita mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakkan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tau, hanyalah bagi harapan pan pan pan. Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya har-apan palsu. I benci laa...
Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki?
  • Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex. Macam anggap kita yang perempuan ni diperlukan bila 'on-call'. Pleaseee, kami perempuan ada perasaan tau. Silalah serius kalau kami kata serius.
  • Bukan kami tak kesah dengan hobi lelaki. Tapi, berpada-pada lah. Ni bila kami call, ada benda penting nak cakap. Jawab call macam tak nak jawab, nada tak ikhlas. Isyhh, nak nangis tau bila kami tahu di perlakukan sebegitu. Tengok-tengok bukan ada kerja penting yang dia buat. Tak habis-habis download siri House 24jam. Mana yang dia pilih, House atau kami niii?
  • Lagi satu, huh, tak puas hati kalau suka sangat down kami macam kami ni bodoh sangat. Tau lah kami perempuan, lemah. Tapi, jangan ingat kami ni tin kosong tak tahu segalanya. Penatlah mak bapak kami hantar kami ke universiti. Kami belajar penat-penat. Memanglah kami tak dapat jawab soalan 'apakah nama kapal konvoi ke Palestine yang kena serang dengan Israel?'. Tapi, macamlah kamu yang lelaki boleh terangkan 'apa itu organometallic compound in details?' Kita semua ada kelemahan okaayy. Urghhh, geramnyee..
Apakah harapan perempuan kepada lelaki?


  • Kami bukan nak sangat dengan harapan dan janji. Perempuan normal seperti kami hanya mahukan lelaki yang boleh memberikan masa depan terbaik untuk kami. Jangan salahkan kami kalau kami tinggalkan lelaki dengan 'sekadar berlalu pergi'. Frust menonggeng orang lelaki nanti. Bohonglah kalau lelaki tak menangis bila putus cinta. Lelaki yang tak menangis tu bukan lelaki, tapi gigolo.
  • Kami mahukan lelaki yang tak berputus asa. Yang tak buat kerja sekerat jalan. Yang tahu bahawa setiap perkara harus di setel satu-satu dahulu. Setel sampai habis. Biar pun susah, harus hadapi dan tempuhi. Itu lah lelaki yang kami mahu. Kalau gagal sekalipun, tak mengapa. Dah berjuang. Ia lebih baik dari lari dari perjuangan. Huhu, mata I dah nak menitis..
  • Kami juga mahukan lelaki yang pandai cari duit. Itu mesti. Dari melanguk depan komputer 24jam. Baik pergi cari lubang kerja. Atur hidup dengan baik. Bukannya tau tidur saja. Okey, fine. Memanglah duduk depan komputer boleh dapat duit. Tapi, ingat lah. Kami yang perempuan tak mahu teman lelaki kami leka. Sebab kami tahu, lelaki kalau dah leka, bila-bila saja girlfriend sendiri boleh di campak sana-sini. Kami tak mahu itu. Selisih malaikat 44 di jauhkan lah.
p/s: Coretan dari gua khas untuk menyelami hati perempuan. Ada yang setuju? Tak setuju boleh komplen kat ruangan ulasan. Sila-silakan..

7 ulasan:

miss dilla berkata...

betul betul mendalami nie.
hahaha.

Aqram berkata...

haha.
mendalami dengan sekali nafas..

Hannani Kamal berkata...

agree!!!!!!! *tanda seru byk tu tanda semangat

Aqram berkata...

haha. hannani kamal bersemangat abess.

thanks!!!!!!!

Messy Lyan berkata...

hahahaha sengal la dol.

Aqram berkata...

sengal tang mana tuuu messy lyan.. haha!

+d.O.Y.A.h+ berkata...

betoooooooooooooollll!!