Jun 18, 2010

Education For Women On 1am

Perempuan yang memakai seluar jeans memang mengasyikkan. Bentuk pinggang dan punggung mereka akan menceritakan segalanya. Ya, mungkin menjadi point untuk sekumpulan lelaki bercerita apabila ternampak gadis hot yang baru saja lalu di depan mata dengan memakai skinny jeans dengan sexy heel. Apakah klasiknya antara jeans dengan perempuan?

1. Heel yang seksi hanya elok di padankan dengan skinny jeans sahaja. Memakai heel dengan seluar jeans yang jenis bell-bottom (ukuran bukaan kaki yang besar) akan menjadikan heels yang seksi menjadi penyapu sampah. Straight jeans pun sebenarnya agak kurang sesuai dipadankan dengan heel. Dan jangan lupa juga untuk TIDAK memakai heel dengan seluar track-suit ketat. It's lunatic.

2. Memakai jeans yang ketat seperti skinny jeans or straight ladies jeans memerlukan wanita membawa beg tangan. Perempuan tidak di sepatutnya membawa dompet walaupun dompet nya berjenama Guess sekalipun, mahal. Dompet, bila masuk dalam poket seluar jeans yang ketat itu, amatlah pelik bentuknya. Seperti nampak benjolan di punggung. Malah, dompet yang mahal tu pun menjadi leper sebab di hempap dengan punggung sewaktu duduk di kerusi. Letak kocek pun susah nak jalan. Tak selesa. jadi, bawalah beg tangan.

3. Akan ada lelaki yang punyai mata helang boleh men-detect sama ada perempuan itu pernah melakukan hubungan seks atau tidak dalam hidupnya melalui pengamatan terhadap bentuk punggung perempuan yang memakai seluar jeans ketat. Dalam istilah lelaki, ia di panggil 'dah pernah kena' atau masih 'freshie' lagi. Macam mana bentuknya, itu rahsia lelaki.

4. Jika perempuan yang pergi ke klub atau majlis seperti gathering contohnya, dan mahu mendapatkan perhatian. Jangan pakai jeans. Pakai lah skirt, mini skirt, atau blouse. Sebab jeans terlalu common di mata lelaki. Lelaki perlukan sesuatu yang nampak lain dalam kalangan yang serupa. Seperti 9 perempuan pakai jeans, 1 perempuan pakai skirt. Mestilah yang pakai skirt akan jadi perhatian.

5. Jenama jeans bukanlah peranan besar bagi sesetengah perempuan. Ada yang asal cantik, ok lah. Tapi banyak perempuan kini gilakan jenama. It's obvious. Levi's adalah typical brand. Sebenarnya memakai jeans berjenama bukanlah suatu status. Ia hanya menyedapkan hati si pemakai. Keyakinan melangkah kaki sewaktu berjalan. Namun, prinsip ini jika di aplikasi dalam keagamaan. Ia di panggil 'jiwa kebendaan'.

6. Wajar atau tidak perempuan itu memakai jeans adalah terletak kepada akal masing-masing. Soal maruah dan perilaku adakalanya variable untuk di letakkan maksudnya ke atas pemakaian seluar jeans. Contohnya, memakai jeans yang ketat berdosa kerana menampakkan bentuk tubuh kepada umum, pakailah seluar yang longgar atau memakai blouse. Persoalannya, mengkritik memang mudah, tindakan? Kosong.

Whatever it is, pemakaian jeans dalam fesyen wanita semakin kelakar. Trend gadis yang memakai shawls, baju ketat berlengan panjang, cardigans, dan skinny jeans agak semakin ramai kini. Pengaruh Yuna? Mungkin. But, fesyen itu banyak menggelengkan kepala ramai lelaki. Ada yang terpacul mulut, "Baik tak payah pakai tudung, tiada beza dosanya". Oh, life is hard kan?

p/s: no picture for this topic. i would'nt blame anyone.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik!

Tanpa Nama berkata...

merujuk tips no #2...

pada pendapat saya, beg tangan itu menyusahkan.. risiko diragut amat tinggi..
lebih baek bawa dompet..

maka timbul persoalan..
pada pendapat lelaki, adakah perempuan jenis saya ini nampak selekeh??

Aqram berkata...

pendapat awak betul. tapi jika nak bawak dompet. pakailah seluar yg tak ketat. ataupun, beli dompet yang kecil. tak pyh dompet pun, pernah nampak beg case yg kecil? boleh isi IC, lesen, kad matrik, kad bank dan duit. simple kan?

awak perempuan jenis mcm mana? jenis pakai seluar jenas ketat nampak selekeh?

kalau pada mata saya, biasa saja.
pada lelaki playboy, dia kata WOW!.
pada mata lelaki beragama, dia akan ckp nauzubillah.

ok?

Tanpa Nama berkata...

jawapan awak tak pernah menghampakan.. sinis tapi berilmu..

ya, saya bawa dompet kecil itu sahaja.. tak perlu bawak barang2 yang tidak bermanfaat..

oh, maksud saya perempuan tanpa beg tangan itu selekeh kah..?

Aqram berkata...

perempuan tanpa beg tangan takkan nampak selekeh pada mata lelaki. malah sebenarnya menyenangkan lelaki.

sebab bnyak lelaki merasakan 'amat leceh' untuk 'tolong pegangkan' beg tangan sewaktu perempuan ke tandas.

kan?

Tanpa Nama berkata...

betol juga kan... =)
jadi saya tak perlu lagi rasa rendah diri untuk keluar tanpa beg tangan seperti wanita lain..

terima kasih ya!

Aqram berkata...

sama-sama! :)

a.l.e.f.a.h berkata...

oh jgn asik carik silap wanita,
aku tidak suka.

Aqram berkata...

kau pikir aku suka wanita buat silap?

akusuperman berkata...

hahaha... the best answer.. kau memang the best aqram..

Akim Iqbal berkata...

Orang kata belen.