Jun 07, 2010

Jika Saya Israel, Awak Adalah Iblis?

Bila bercakap pasal Israel, banyak benda yang aku nak cakap. Jadi, post kali ini akan nampak lebih serius dan educated dari membincangkan pasal keputihan peha Rozita Che Wan.

Yelah. Banyak orang membenci Israel. Bukan setakat benci, kalau Israel itu boleh di bentukkan menjadi teddy bear. Memang lumat-lumat mak kerjakan nyahhh. Geram tau. Ingat kita ni lemah sangat ke? Tapi, realitinya Israel bukan lah seperti beruk Pak Kadir yang senang di buli. Israel adalah Israel. Penuh misteri dan konspirasi.

Bercerita pasal konspirasi Israel, kalau engkorang jenis minat pasal hari-hari kebangkitan, sejarah lama-lama, pejuang Islam ataupun engkorang berminat nak syahid seperti Mikel. Takde hal bagi engkorang boleh definasikan apa itu Freemason, Illuminati, The Rival, Hidden Hand, Bloodline, Srivijaya, Imam Mahadi, Knight Templar dan sebagainya lah. Tapi yang tak tau macam mana pulak? Nak biar gitu je ke?

Aku ni bukanlah minat sangat. Kalau nak kaji rahsia konspirasi-konspirasi ni pun sekadar untuk pengetahuan am, tambah wisdom, dan sebagai pemangkin semangat je. Tak dak lah sampai nak angkat pistol tu teros pegi tembak Anwar Ibrahim. Takk takk. Aku just mahu memastikan diri aku berada di tempat dan masa yang betul kalau konspirasi ini benar-benar terjadi.

Pandangan aku mengenai benda-benda ni mudah. Aku lebih suka katakan sejarah mungkin berulang. Maka setiap perkara lampau yang dah berlaku dulu, mungkin akan berlaku sekali lagi. Jadi bila orang-orang mula bercakap Imam Mahadi mana, bila nak turun, siapa.. aku taklah nak sampai menganggur pergi cari. Apa yang aku buat ialah, aku perhatikan, aku tafsirkan, aku rujuk-kan dan aku buat expectation.

Israel akan bakal hancur juga. Bila tu tak tahu. Tapi, setiap benda yang terjadi mesti ada kronologi dan timeline kan? Ada beginning, operating, klimaks dan ending. Sama juga lah kebangkitan Islam. Tak selamanya Islam akan lemah, sampai masa Islam akan bangkit jugak. Dari mana, aku tak tahu. Insyallah datang dari area Nusantara ini, sebab Melayu Islam sahaja yang belum menjadi hero Islam. Bangsa Islam yang lain dah pernah dah.

Setiap kebangkitan, mestilah akan ada kesengsaraan dan kegagalan dulu. Kalau tak manusia takkan belajar dari kesilapan untuk menang. Dari kelemahan, Melayu Islam akan belajar dan memperbaiki kesilapan. Dari kegagalan, Melayu Islam akan bangkit dari perpecahan dan mula bersatu. Cerita bab bersatu ni. Aku malas lah nak cakap bila ada orang asyik dok tanya nak pilih Melayu atau Islam? Pastu mesti ada selit Melayu bermakna UMNO dan Islam bermakna PAS. Memang aku bengang dengan pertanyaan ini. Kat sini aku nak bagitau kalau ada yang masih suka bertanya soalan macam itu;

Aku pedulik apa dengan pilihan Melayu atau Islam. Beringatlah bahawa bangsa dan agama telah Allah turunkan dengan satu jasad atau satu pakej. Bukannya boleh pecah-pecahkan suka hati mak bapak korang. Baik bangsa dan agama, kedua-duanya saling memerlukan. Bukan boleh main tolak dan pilih macam tu je. Selama aku belajar agama Islam sampai ke peringkat ijazah, tak pernah pun Allah Yang Maha Adil tu bertanya kepada para Rasul untuk pilih Arab atau Islam? Ada ke? Betulkan aku kalau kau rasa aku salah. Aku yakin Allah itu Maha Perancang kenapa Dia jadikan manusia pelbagai bangsa. Sebab dengan adanya bangsa, manusia boleh bersatu untuk perjuangkan agama. Samalah juga dengan adanya agama, yang di datangkan khas untuk memperbetulkan bangsa. Jadi kalau ada orang tanya lagi suruh pilih Islam atau Melayu. Aku akan jawab, "Aku pilih Allah". Kalau orang tu cakap "Maknanya Islam la eh?" Aku akan jawab, "Tidak, sebab Allah menurunkan Islam dan Melayu, mengapa pula aku hendak menolak apa yang Allah turunkan? Sesungguhnya jika aku menolak apa yang Allah turunkan(Melayu), bermakna aku tergolong dalam orang-orang yang tak tahu bersyukur sebab tak hargai pemberian Tuhan"

Jadi, tak perlu timbul lagilah nak pilih Islam atau Melayu. Dua-duanya patut kita kena jaga.

Maka kesimpulannya, aku lebih gembira dan terharu jika parti UMNO dan PAS bersatu lalu membentuk kerajaan baru dari mendengarkan Pakatan Rakyat menang pilihanraya akan datang lalu membentuk kerajaan yang hanya membuat aku bersedih dan mahu menentang!

Kaitannya dengan agenda Zionis dan Lucifer? Mereka akan sentiasa mahu memecahkan antara Islam dan Melayu agar kita menjadi lemah sampai mampos. Jadi, apa pendapat kalian?

6 ulasan:

Mahadaya berkata...

Dunia Melayu sebenarnya bukan dunia Islam. Bagi yg tajam fikiran, tentu dpt menghidu bhw kebanyakan adat Melayu berkait rapat dengan Agama. Sebagai contoh adat istiadat pertabalan di raja, ianya ada tercatit di dlm kitab terdahulu ttg kerajaan Nabi Daud yg mempunyai segala istiadat penuh diraja. Bangsa Melayu adalah bangsa yg mempunyai pertalian hingga ke keturunan Nabi Daud dan Sulaiman dan kerajaan apakah yg terbesar di dunia sepanjang sejarah manusia? Sudah tentu kerajaan nabi Sulaiman. Hamba diamanahkan membangkitkan semula agama dan bangsa hamba. http://1asalama.blogspot.com

Aqram berkata...

ya. setuju.

sebab tu aku katakan. kedua-duanya iaitu islam dan melayu kita kena jaga dan bawa bersama-sama dalam kehidupan. dua-dua nya kita kena perjuangkan.

Lt. fDanialz berkata...

aku suka entry ko nih..

bagi aku kalau baik dari segi agama, baik lah dari keseluruhannya.. termasuk segi bangsa sekali..

kalau tgk politik skrg ni bukannye memperjuangkan bangsa, dah pecah belah da..

aku pon sangat gembira kalau umno dan pas bersatu... =]

Aqram berkata...

kesimpulannya. kalau kita berjuang, jangan remind berjuang demi agama, berjuang demi bangsa.

tak.

KITA BERJUANG DEMI ALLAH.

itu yang paling bagus. set mind betol2.

nama saya nadia berkata...

aq sangat kagum ngn ko.. ayat2 ko mmg memberikan satu impak.. n jawapan kepada persoalan yg aq sendiri x penah terpikir..

Aqram berkata...

aku pun tak pernah terpikir aku boleh berpikir seperti ini. hahah! ;P