Jun 29, 2010

Jika Suka, Katakan Suka. Jangan Simpan.

p/s : Kalaulah DIA mendengar luahan ini.

Kau tau tak apa benda bodoh yang aku buat hari ini? Aku google nama KAU dan aku cari apa yang releven mengenai kau. Aku pun tak tahu kenapa. Aku seperti mahu kembalikan masa lalu. Masa kita berdua.

Masa kita di basahi hujan sewaktu mencari sinar senja.
Masa kita di hujung jeti bermain dengan percikan air laut.
Masa kita berdua berbual gelak ketawa di cafe selama 3jam tanpa bosan.
Masa kau mendengar kesedihan aku sewaktu aku di tikam dan kesakitan.

Dan paling aku ingin kembalikan ialah,
masa yang sepatutnya aku beritahu pada kau yang 'Aku sangat sukakan kau'.

Sayangnya, aku seorang yang bodoh. Langsung aku tak terfikir untuk memberitahu apa yang aku inginkan dan apa yang aku mahu orang di sekeliling aku faham mengenai aku.

Penyudahnya, kau menangis. Dan pergi.

Sekarang. Aku menulis cerita cinta untuk menghiburkan hati aku yang kau telah curi sebahagiannya tanpa aku sedari. Tak usahlah kembalikan, aku harap kau boleh menjaganya dengan baik. Itu saja aku minta.

Aku rasa menyesal. Tetapi, masa lalu tidak boleh di putar semula bukan?
Biarlah, jadi kenangan. Aku akan kehadapan menghadapi sesalan.

7 ulasan:

PinQib berkata...

hem,m.. tu la rasa paling sadis sklai.. klu x smpat nak cakap sstu uang pentng,,


Jum singgah belog Pink

Update!

AREku berkata...

oit
ayat cam frust je
nape bro?
anyway,
enjoy ur life k ;p

Hannani Kamal berkata...

kirenye kau skrg hidup dgn separuh hati la.....
kalau ckp kau suke skrg tak pe kot ?

J. Love berkata...

kene carik awek baru la

hellioz berkata...

halamak
lu ni jiwang rupanya

gyahahahahaha~

standard r beb
baru hidup namenye
gyahahahahaha~

Aqram berkata...

@ hellioz

rage2 jugak. jiwang tu baru hidup bai.

@jlove.

gua nak sapu awek hellioz. boleh tak?

@hanani kamal

dah terlambat.

@areku

gua ok je. apa barang frust2 ni. gyahahaha!

Tanpa Nama berkata...

wa suka ayat lu bhai.haha