Jun 21, 2010

Kehalusan Minimalisme Dalam Muzik

Artikel yang ke 101 kali ini gua lebih mahu menumpukan pada skop yang gua suka tapi gua asyik tak reti nak determined-kan dalam kata-kata. Memang! memang skop ini banyak penggemarnya sendiri susah nak jelaskan in-details lebih-lebih lagi nak translate kepada bahasa Melayu. Tak caya, engkorang boleh tanya Apit. Minta dia cerita pasal Shoegazing, pasti dia akan rujuk My Bloody Valentine sebagai influence terbesar. Tapi, gua bukan nak cerita pasal Shoegazing. Tu sub-genre yang mendalam. Baik gua mula dengan benda yang ringan dan basic asas tentang kehalusan minimalis dalam skop atau genre yang aku cuba explain ni.

Mogwai

Damn Dirty Apes, Akta Angkasa, Sgt Weener Arms, KLPHQ, Deepset, Novelea, dan Cholyra adalah antara nama-nama dari Malaysia yang berada dalam skop genre ini. Mungkin ada yang lari skit, tapi takpe. Tak lah lari sangat.

Engkorang ni dapat tangkap tak apa yang gua dari tadi cerita ni? Takkk? Alamak. Ok... ni gua bercerita pasal Post-Rock.

Lu dah klik link yang gua bagi? Dah? Bagus, cepat tangkap. Ha, Post-Rock ni bukan macam Pos-Men. Dan..ey, benda ni bukan makanan. Ni adalah genre muzik. Engkorang nampak perkataan Rock kan? Jangan salah anggap dulu ok. Rock dalam Post-Rock tak sama macam Rock yang ada pada Search ataupun AXL's. Search, Wings, AXL's dan tak lupa Putra Cinta Kain Putih adalah genre Slow-Rock.

Kebanyakkan kumpulan muzik yang membawa genre Post-Rock TAKDE penyanyi. Hanya musican saje. Lagu saja. Suara takdak. Orang ramai boleh cakap instrumental lah macam lagu Another You oleh Cromok tu. Tapi, Post-Rock lebih mendalam isi-isimnya dari lagu Another You tu. Sangat berbeza antara instrumental dengan Post-Rock sebab Post-Rock lebih mendalam pengertiannya. Ada jugak Post-Rock yang ada penyanyi tapi itu cerita lain. (Bila engkorang dah faham konsep Post-Rock baru tau)

Panjang nampak gayanya nak explain benda-alah ni. Takpelah, gua ringkaskan kepada bentuk point-point yang penting lah.
  • Irama Post-Rock lebih kepada cetusan emosi, semangat dan nature terhadap susunan, eksperimen bunyi dan jalan cerita sesebuah lagu. Ia tak sama macam lagu-lagu Bunkcase yang kuat pada lirik. Post-Rock jarang mempertaruhkan lirik. Kalau ada pun sedikit.
  • Ingat. Bila sebut pasal emosi. Jangan terkejut kalau pendengar tegar Post-Rock boleh menitiskan air mata kalau dah sampai tahap isim. Ada yang sampai inzal bila dengar lagu-lagu dari Sigur Ros. Tak lupa juga ada kes sampai bunuh diri sebab tak tahan dengan tekanan selepas mendengar lagu dari Envy. Jadi, berpada-pada lah. Ala, penggemar Post-Rock yang matang takdelah buat benda bodoh. Setakat layan pusing kepala je, ok lah.
  • Kebanyakkan penghasilan lagu genre Post-Rock datang dari efek, pedals, dan loop pedals yang bertimba-timba. Jangan terkejut bila menyaksikan banyak giler efek diorang pakai untuk sebuah persembahan. Tapi, ada juga band yang guna satu saja pedals. Tak pun guna combination amp. Ikut kreativiti lah.

  • Toe
  • Irama dalam lagu-lagu Post-Rock kebanyakkannya berulang. Ini di jadikan point bagi penghayatan untuk naik isim.
  • Pemain muzik Post-Rock walaupun bermain gitar dan drum. Tak bermakna diorang kaku. Dan tak bermakna diorang perlu berjoget dangdut atau poco-poco (heh, melampau). Ada gaya ekspressi tersendiri yang diorang akan gayakan berkaitan dengan emosi sesebuah lagu seperti menumbuk lantai sampai tangan luka. Ada jugak yang menghempaskan gitar Telecaster berharga Rm1800 macam tu je.
  • Penggunaan synthesizer, visual-kei, light flashing dan violin pun banyak di gunakan bagi menambah perisa genre post-rock. Senang cakap, Post-Rock banyak bermain dengan sound effect. Seperti Seven Collar T-Shirt yang gunakan hair-dryer untuk hasilkan bunyi ribut. Atau Novelea yang gunakan pemetik api Cricket untuk hasilkan bunyi multiple humming. Gila.. gila.. kreatif.
  • Tapi, bagi gua. Minat gua. Gua sukakan Post-Rock yang ringan. Kurang guna effect sangat. Lebih guna teknik guitar yang kreatif. Seperti Mineral, God Is An Astronaut ataupun Isis. Tak lupa juga Cholyra!!
Banyak lagi isi kandungan dalam Post-Rock ni sebenarnya. Mungkin, apa yang gua rangkumkan kat sini bukanlah 100% tepat. Sebab, ekspressi dan terjemahan dalam Post-Rock berbeza antara setiap penggemarnya. Sebab Post-Rock ada pecah-pecahan yang lain seperti Shoegaze, Minimalis, Post-Metal, Expremental dan lain-lain. Tapi, dengan apa yang gua terangkan sedikit ni, bolehlah untuk beginner-beginner faham mengenai muzik dalam dunia ni sebenarnya luas!

2 ulasan:

Penulis.Sahaja. berkata...

gua pergi bentey 3rd july ni untuk Lite dari jepun dan satu lagi europe punya band. both are post rockers.
hahaha.

Aqram berkata...

pergh!! jeles gua dowl!

tak bley jadik ni.