Jun 09, 2010

Love Lesson For Men 207


Ada satu masalah berat yang akan berlaku apabila sesuatu perhubungan cinta itu sudah menjangkau lebih dari 3 tahun. Masalah ini sebenarnya akan berlaku pada tahun-tahun berselang atau lebih mudah di sebut dalam bentuk series iaitu 2n, 5n, 8n, 12n, 17n... di mana penyebut n= (exp x)

Faham? Baiklah, menurut kajian aku dalam 'Physics Method in Variation Parameter for Relationship Observation' ada memberikan teori tentang 'dugaan yang berat terhadap pasangan bercinta berkadaran dengan set masa'. Iaitu, untuk mempermudahkan orang awam faham, maksudnya ialah setiap pasangan bercinta akan mengalami satu ujian/dugaan yang berat pada tahun-tahun tertentu akibat sesuatu impak atau masalah terhadap pasangan bercinta itu. Dan teori ini valid untuk mereka yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin. Ahli fizik kemanusiaan seperti aku bersetuju dengan teori ini kerana setiap masalah percintaan boleh di terjemahkan dengan mengadakan persamaan fungsi masa (t) berkadaran dengan impak (u) di mana ia melibatkan fungsi cos x di sini.

Apakah impak dan masalah mesti berlaku terhadap setiap pasangan itu? Jawapannya ialah

BOSAN. atau BORED.

Ya. Bosan di sini bermaksud apabila pasangan anda mula BOSAN dengan anda. Bosan kerana apa? Di sini aku senaraikan beberapa sebab yang popular;

1. Selalu sangat call.
2. Call banyak kali tak angkat-angkat. (mungkin membuta)
3. Perangai macam barua. (mungkin asyik mungkir janji)
4. Selalu memberi janji manis dan harapan palsu.
5. Kecik hati sebab asyik kena 'down'.
6. Selalu sangat dating. (maka kebarangkalian aktiviti menarik semakin kurang)
7. Memendam rasa. (simpan, tak nak luah)
8. Pancut awal, tak reti, dan tiada feel.
9. Sampai sekarang takde anak.
10. Takde duit.
11. Suka berfikir bukan-bukan. (permintaan Erin)

Semua masalah-masalah tersebut membawa kepada satu direction yang tidak mempunyai magnitude iaitu BOSAN dengan segala masalah. Jadi, mahu keluar dari perhubungan dan sengaja memulakan pertengkaran dengan harapan' kesalahan memutuskan hubungan bukan terletak pada tangan sendiri. Dengan erti kata lain, cuba menyalahkan pasangan dan bebannya kepada pasangan apabila sesuatu perhubungan itu putus. (kira macam nak elak dari bertanggungjawab lah).

Apakah penyelesaian untuk permasalahan ini?

Ada. Mestilah ada. Kalau takde, takkanlah ahli fizik kemanusiaan seperti aku wujud di dunia ini. Caranya mudah. Benda ini melibatkan operator-operator tertentu yang di namakan expectation value.

Dengan expectation value, ia mendidik kita merancang sesuatu. Seperti eigenfunction dan eigenvalue yang mempunyai nilai-nilai jangkaan yang tertentu untuk kita rancang mendapatkan jawapan. Perancangan adalah penting dalam sesebuah perhubungan. Perancangan sebenarnya lebih memihak kepada lelaki kerana fungsi lelaki dalam perhubungan lebih dominan dari perempuan. Maka, lelaki lah yang perlu merancang perhubungan agar kadar kebosanan dalam perhubungan dapat di kurangkan. Tetapi, peranan perempuan pun penting juga dalam mengelakkan masalah bosan dalam perhubungan. Kerana, untuk mewujudkan keharmonian (dy/dx), kita memerlukan peranan besar lelaki (x^2) dan peranan perempuan (y). Iaini dy/dx=x^2+y. Kita boleh selesaikan persamaan ini dengan menggunakan persamaan pembezaan. Hasil dari pembezaan tersebut, ia meningkatkan kadar keharmonian dan tanggungjawab lelaki dua kali ganda dari perempuan. Ya, sememangnya lelaki lebih besar tanggungjawab dari perempuan. Jadi, toksah merungut lagi k?

Akhir kata, hindarilah masalah kebosanan dengan perancangan yang baik dari segi aktiviti dan mengurangkan kesalahan di samping memikul tanggungjawab dengan lebih efisyen agar perhubungan lebih lancar dan selamat.

18 ulasan:

apan berkata...

d/dx(dy/dx) = x^2 + y
d^2 y/dx^2 = 2x + dy/dx

.....

gimana mau setel?ini critical point ni.mau pinggan campak sana campak sini

Hannani Kamal berkata...

gile complicated nak jadi ahli fizik kemanusiaan mcm kau ni kan

Aqram berkata...

haha.. baling jangan tak baling.

ni baru basic concept. aku beri peluang kau jawab sampai dapat.

kalau dapat jawab, aku bagi singgit!

Aqram berkata...

ha tau xper hanani.

physics is always hard.

apa kata kau try jawab persamaan tu.
ekeke!!

mish.qist™ berkata...

pehhh..gilakkk..
human relationship pon pakai formula gak ke??chaiitt!

aku terpk pk cemana otak ko pusing ek?? mesti penuh dgn symbolsymbol menatanghapentah kat kepala tu..

....

hukk.. ak da 5thn+, stakat ni x bosan lg nih..

(buat muke senyum lebarlebar)

erin berkata...

saya rasa la kan lu tertinggal satu lg iaitu.

perkara ke 11 : Suka berfikir Negative.

sekian terima kasih.

Aqram berkata...

dy/dx = x^2 + y

dy/dx - y = x^2 (i), terjadi dalam bentuk dy/dx + P(x)y = Q(x)

P(x)= -1, v(x)= e^∫(P(x))
v(x)= e^∫-1 = e^(-x)

darabkan ke (i)
e^(-x)dy/dx - ye^(-x) = (x^2) e^(-x)

d/(dx ) ye^(-x) = x^2 e^(-x)

ye^-2 = ∫x^2 e^(-x)

dengan menggunakan integration by parts iaitu uv - ∫vdu

korunk akan selesaikan sampai dapat jawapan iaitu...

y = (-x^2) - 2x + 1 + Ce^-x

dapat dilihat (x) meningkat menjadi dua kali ganda iaitu 2X.

di mana y (perempuan) memerlukan (x)lelaki yang bertanggungjawab terhadap pekali C. yang juga di sebut kebahagiaan.

;P

Aqram berkata...

oh erin. akan aku masuk kan faktor tu.

haiyak qist! senyum lah lebar. karang dah kena baru tau. aush aush aush aush!

sang luna berkata...

haha cool. xpernah dilihat maths theory diaplikasi sebegini. sangat kreatif.

Aqram berkata...

sang luna. kau kan ahli matematik. pastinya kau lagi terer dari aku.

mish.qist™ berkata...

huwaaa..jangan gitu dong!!
x mao.x mao! sobss!!

nak try buat dy/dx..
da lame tak maen ngn math nih ;)

sang luna berkata...

hahahah oh tidak. aku sekadar dalam buku. bukan smpi tahap ini. ni dah terbaik woo. haha

Aqram berkata...

kau hebat sang luna. kau hebatttt

Seha Haris berkata...

hebat kau hebat.

aku setuju dengan kajian yang mngatakan setiap 'n' tahun mesti akan ada masalah. tapi aku berpendapat semua tu boleh berubah. ;)

"math is a riddle, million solved, billion is waiting to be solved" -hellioz-

keadaan berubah. subjektif. tapi math tidak. data tepat dan logik.

Aqram berkata...

@seha haris

thanks yaaa!

btw, nampaknya masih ramai yg tak perasan bahawa kewujudan 2x hasil dari jawapan di kemukakan dengan nilai negatif (-2x). walaupun meningkat, tetapi kalau plot graf. ianya negatif.

ini bermakna. setelah aku berbincang dengan beberapa pakar matematik. aku merumuskan bahawa,
biarpun masalah kebosanan dapat di atasi. masalah itu akan sentiasa berulang selari dengan rajah graf. nak tak nak. hidup kena bertahan dengan masalah ini. kalau tak tahan. boleh melingkup.

Seha Haris berkata...

orait. kau kata 2x. masih. ada negatif di situ. so, meningkat ke makin negatif bukan?

aku macam rasa graf ni linear yang inverse kan?

Aqram berkata...

yup. meningkat ke makin negatif. bermakna lelaki menanggung tanggungjawab yg semakin berat, seolah ada direction. dan ya, graf linear inverse. pandaiii.

Seha Haris berkata...

hahaha. kesian lelaki. :P