Jun 22, 2010

Love Lesson For Men 300

Salah satu realiti yang kita tak boleh tepis dalam kehidupan, yang kita sering risau terjadi pada diri, ataupun satu keadaan yang sukar di elak ialah SEKS. Pemahaman masyarakat Malaysia mengenai seks sebenarnya bersifat berkelompok. Contohnya, mereka yang terbuka, mahu mereka yang orthodoks menerima keterbukaan. Manakala mereka yang melarang, mahu mereka yang terlalu terbuka kembali kepada skop yang taboo. Aku rasa, topik ni boleh buat masyarakat pening kepala.

Namun, bila mengkaitkan seks dengan hubungan pasangan, terutamanya pasangan bercinta yang belum berkahwin atau 'couple', berat pemahaman dan penerimaanya dalam masyarakat. Jadi, biarlah aku ringkaskan kes ini melalui time-line.
  • Permulaan bercinta. Timbul perasaan kasih. Memberanikan diri mendekatkan diri antara satu sama lain. (dug! dag! dug! dag!)
  • Peringkat awal perkenalan. Timbul perasaan 'care'. Mula berpegangan tangan. Bermain jari (heh! jiwang)
  • Peringkat pertengahan. Timbul perasaan sayang dan pengorbanan. Mula berpelukan. Si lelaki memaut di bahu, perempuan memaut di pinggang. Tak lupa juga ciuman ringkas di pipi, kening, etc. (muah! sayang awak)
  • Peringkat pra-lengkap. Timbul perasaan ingin mencuba yang lebih mendalam. Mula berciuman berat. Oral seks. Meraba alat sulit. (owh... i love u babe!)
  • Peringkat lengkap. Timbul perasaan serasi. Gelodak yang tak tertahan. Maka bermulalah, hubungan seks yang pertama, dan seterusnya. (omaiiigooodd!! sayyyaanngg!)
Time-line di atas mungkin bukanlah merujuk kepada semua pasangan bercinta. Masih ada pasangan bercinta yang masih lagi kuat hati dan berdisplin dalam bercinta. Mereka yang sebegitu seharusnya kita berikan tepukan kerana bertahan dalam arus kehidupan yang semakin mencabar ini. Tapi, selalukah kita berperasaan begini ;

"Apakah teman lelaki/teman wanita ku masih suci?"
"Apakah kawan lelaki/perempuan aku suci/tak suci seperti aku?"


Ironinya, terdapat banyak pendapat dalam menerima gadis/lelaki yang tidak suci. Ada kelompok lelaki yang memang tidak berkrompomi di mana gadis yang tidak suci, tidak layak di jadikan isteri. Ada pula kelompok lelaki yang terbuka, tidak kisah sama ada gadis itu suci atau tidak, yang penting ialah hati, akhlak dan komitmen. Mereka berpendapat kesucian atau 'dara' bukanlah suatu yang penting. Manakala ada kelompok lelaki yang berpendapat berkecuali, di mana mereka mahu takdir, dan perjalanan masa yang menentukan. Kiranya mereka redha dengan jodoh sama ada gadis itu suci atau tidak suci.

Itu lelaki, bagaimana perempuan? Apakah penerimaan perempuan terhadap lelaki tidak suci? Perempuan ada tanda dalam ketidaksucian mereka. Lelaki? Tiada! Jadi, apakah penerimaan mereka?

Kebanyakkan perempuan lebih menyerahkan kepada sikap kejujuran lelaki dalam soal ini. Ada kelompok perempuan dalam zaman moden ini tidak kisah dalam hal ketidaksucian lelaki. Tetapi, meletakkan syarat biarlah tanggungjawab boleh di pikul dengan baik oleh lelaki. Tetapi, terdapat kelompok perempuan yang juga tiada kompromi. Mereka mungkin terdiri dari latar belakang keluarga yang kuat undang-undang agama.

Maka, pentinglah untuk kita bawak berbincang antara sesama pasangan dalam hal ini. Kawan aku ada bagitau, nak teruskan hubungan lebih jauh, kenalah bersikap jujur dan sedia lakukan sesi confession. Baru boleh tahu tahap kesediaan kita dan pasangan kita. Hmm? Mungkin boleh, korunk rasa?

6 ulasan:

AMMOSHAM berkata...

wanita baik untuk lelaki baik. tul tak?

Aqram berkata...

secara teori. YA

secara praktikal. TAK SEMESTINYA.

secara rambang. TIDAK.

kesimpulan. BERGANTUNG KEPADA KEHENDAK MASING2.

@ku d! sin!e berkata...

betul..
bergantung kehendak masing2
kwn pon ade cakap
terime je lah sbb skrg susah nk
carik yg betol2 suci..

Aqram berkata...

nak carik tu boleh. tapi larat ke nak korek rahsia orang dalam2?

tak larat lahhhh

kan?

AREku berkata...

tajuk yg bez!
yup3
kdg2 de gak laki yg poyo2 ckp bley terime gadis yg x suci
tp ayat je lebey
last2 stok "lepas air" je
da busan buang then ayat gadis len plak gune taktik same
tp kdg2 gurl pon bengong gak
sanggup bg body semate2 x nk bf carik laen
zaman makin maju
'ringan-ringan' skrg pon makin maju
pe2pon hope aku n ko x jd laki yg jenis suke pakai buang
kui3
nice post bro ;p

Aqram berkata...

haha. nice one AREku!

kita biar memakai, tapi jangan di buang sepah-sepah.

tak elok buang sepah-sepah. takde adab budi namanya tu.

pakailah je lah sampai bila2.
pakai cermat bak org tua kata.

;P