Jun 03, 2010

Love Lesson In General.

  • Jangan di fikirkan sangat cinta yang tak berbalas. Kelak kita akan hidup dengan harapan. Sedangkan, hidup ini adalah kenyataan. Menerima realiti adalah lebih sempurna dari berharapan.
  • Jadikan perkahwinan sebagai sesuatu yang boleh di terima dan simple. Jangan jadikan sesuatu yang berat. Usah di fikirkan sangat masa depan perhubungan yang belum pasti. Apa sekalipun, matang kan diri dengan kehidupan sebelum menempuhi alam perkahwinan.
  • Ingatlah, intepretasi setiap pasangan adalah berbeza cara dan perilakunya. Serasikan diri, bukannya bersikap offensive.
  • Tidak salah untuk jatuh cinta sekali lagi. Tiada siapa yang akan menghalang. Cinta pertama, cinta sejati dan cinta abadi memang wujud. Tapi, jangan biarkan diri kita berfantasi sangat dengan perkara seperti itu. Jalankan kehidupan berdasarkan apa yang kita mampu.
  • Hidup senang dalam bercinta memang mengasyikkan. Tapi,bagaimanakah jika tiba-tiba kita jatuh dalam kesusahan? Jika pasangan anda mengalami keadaan sebegitu. Setiakanlah diri. Jangan lari dari dia. Bertahanlah sampai keluar dari kesusahan. Jika anda lari, tiada siapa akan salahkan anda. Tapi, yang pasti jika Tuhan itu Maha Adil. Anda akan menyesal bila anda melarikan diri.

Tiada ulasan: