Julai 04, 2010

Ada Sebabnya Kekalahan Ini

Kecewa. Tak puas hati. Pilu dan sedih. Apalagi nak di gambarkan perasaan ini? Kekalahan Argentina mengguris hati. Gua tahu memang sukar Argentina nak menang dengan Jerman. Tapi, cuba menggembirakan hati dengan sikap optimis. Apakan daya. Jerman tetap Jerman. Argentina berhadapan dengan Raksasa. Hanya Ultraman je boleh kalahkan Raksasa. Penyudahnya. 4-0. Pedih siaallll.

Gaya permainan Jerman semalam adalah gaya tulen Jerman. Susunan defensif yang mempunyai dua lapisan. Hampir seperti susunan defensif yang di reka oleh Jose Mourinho sewaktu Inter Milan menang ke atas Barcelona. Cuma, Jerman lebih baik sebab fungsi flanker yang lebih menyerlah di pelopori oleh Ozil dan Schweinsteiger membolehkan mereka menyerang dengan baik. Salah satu kelebihan Jerman yang buat Argentina pening kepala ialah pemain Jerman 'cepat naik dan cepat turun'.

Tambah pula skuad Jerman kali ini banyak pemain muda. Simple calculation, stamina Jerman lebih baik dari Argentina. Sewaktu Jerman tewas kepada Serbia pada peringkat kumpulan. Mereka sebenarnya berhadapan dengan pasukan yang juga mempunyai taktikal defensif yang hebat. Defensif Serbia di ketuai Vidic dan Ivanovic. Memanglah sukar Jerman nak tembus. Defensif berprofil dari Manchester United dan Chelsea.

Argentina bukannya tak terer. Masalah Argentina sewaktu kekalahan semalam adalah kerana kegagalan mereka menembusi taktikal defensif Jerman. Buntu. Senang cakap, fucked up. Nak berhadapan dengan ketinggian defensif Jerman yang purata 177cm? Bola tinggi jangan harap nak lepas. Bola bawah pun belum tentu. Sebab dah di kekang dengan taktik defensif berlapis yang hebat.

Taktik defensif Jerman tak lah complicated nak di fahamkan. Mudah saja. Mudah di aplikasikan. Yang penting ialah fokus. Setiap lapisan defensif ada tiga orang, bermakna dua lapisan ada ENAM orang defensif. Dua CB, dua SB, satu DMF dan satu CMF. Selaras dengan formasi 4-2-3-1 mereka.

Apabila seorang pemain Argentina memegang bola, terdapat 3 orang yang akan memerangkap pembawa bola Argentina untuk masuk ke kawasan yang sengaja di cipta Jerman untuk Argentina hilang kawalan bola. Bila dah masuk perangkap, mudah saja pemain Jerman mengepung pemegang bola Argentina sampai buntu di buatnya. Argentina cuba melepaskan diri dengan menyerang menggunakan kelebihan Di Maria sebagai flanker. Berhasil sebenarnya, tetapi bola banyak di persiakan dengan ketidakberanian memecah masuk. Sebaliknya, pergi passing belakang balik. Berulang lah sampai wisel penamat. Takde maknanya. Bila Argentina sudah tiada idea. Cuba merembat dari tengah. Tapi, semuanya direct ke tengah gawang. Mudah untuk keeper Jerman menangkap bola sedia ada. Itu tak masuk lagi taktikal faveret 'line defence' yang memerangkap Higuain ke posisi offside. Jerman memang dari dulu memang terer bab perangkap offside. Setanding dengan Italy sewaktu zaman Maldini.

Kesimpulannya. Nak kalahkan Jerman? Gua tunggu raksasa ni kena demam cirit birit baru boleh menang. Andailah Jerman layak final. Belanda pun belum tentu dapat kalahkan Jerman. Kalau Uruguay, ada sedikit harapan. Sepanyol. Susah nak cakap. Itu bergantung kepada kebijaksanaan Xavi menghantar bola 'unpredictable'.


Tu je lah. Sakit hati gua tak abes lagi. Nasib baik Deutschland punya chicks hot-hot.

11 ulasan:

MrNamie berkata...

a ah..suma player argent nampak buntu je tadi.. dapat bola tak tau nak bawak mana..

Aqram berkata...

sakit kepala dowhh kalau jadi messi time tuhh.

hEMoHemO87 berkata...

betol2..dorang pny taktik counter attack mmg berkesan..sedeh woo..huhu
dorang mmg cepat naik trun..adeh....
sedeh teramat ni..huhu

Aqram berkata...

nak sedih pun takde makna. negara orang. huhuhu.

Fiq berkata...

setuju!
enup said..sian messi..woooo...

german for w.c

AREku berkata...

pergh
cepat giler update blog
hehe
;p

zairie berkata...

german da menang da.. :D

my recent post:
jom belajar bahasa jawa

Lt. fDanialz berkata...

wei aku respesk la ko punye taktikal analisis nih...

germany memang ada taktikal defensif terbaek walaupun pemain diorang muda.. bukan tu jer, attacking diorang pon pandai...


anyways, nice entry =]

'Buat bayi dulu'. Asal kita kena ikut budaya barat?
► Play. ▌▌Pause.

Aqram berkata...

tak kesah lah. yg penting malaysia tak kuat. hahahah!

J. Love berkata...

hallo! ich bin ein susses babe von deutschland!

Aqram berkata...

Obrigado meu querido pequeno!