Julai 21, 2010

Alahaii Mofasad

Gua sebenarnya nak tulis pasal sambungan entri lepas. Tetiba tak jadi sebab Mofasad dengan rakusnya meletakkan komen gua on the top entri dia sambil mengeluarkan kenyataan yang gua tak cukup faham sejarah bola sepak Malaysia. Haha? LARHHHH?

Ok. Memang gua bukanlah pengulas blog bola nombor satu iaitu Sokernet seperti Lucius Maximus ataupun Pipiyapong. Tak terfikir pun. Memang gua tak terer. Gua bukan pemain bola sepak Malaysia. Apatah lagi USM FC. Pergi pemilihan USM FC dulu, tapi tak dapat sebab tak boleh bagi komitmen turun padang petang-petang setiap hari, ada kelas petang. Kalau ada pun, setakat wakil desasiswa, walaupun dapat johan, tapi apalah sangat, wakil desasiwa je poonn. Tak berminat menyertai MyTeam dulu-dulu sebab time tu sibuk dengan Sukan Matrikulasi. Kalau ada pun sekarang, main bola petang-petang dengan Sg Abong FC. Tu je lah. Time sekolah dulu pun tak terer mana main bola. Setakat wakil sekolah dan daerah Kulai. Pastu masa kat sekolah teknik, adalah sampai naib johan Piala Inter-Teknik Malaysia.

Dari pengalaman gua sebagai pernah bermain bola dalam kejohanan kecil. Sebab itu gua berpendapat bahawa asas sesebuah pasukan bola tu terer adalah kerana pemain dan jurulatih. Sebabnya mudah, pemain bola sepak terer, pasukan boleh menang seperti Barcelona. Jurulatih bijak memilih pemain dan catur strategi seperti Jose Mourinho. Pun boleh menang. Presiden Barcelona dan Presiden Inter Milan ada sapa yang kenal? Abaikan.

Sekarang ni orang dok sibuk mintak Sultan bola letak jawatan. Tapi gua nak bagitau engkorang, apa guna Sultan bola letak jawatan kalau Safee Sali masih lagi sepak melambung keluar depan gol? Ataupun Zakuan Adha masih lagi terpassing bola kat musuh? dan mungkin Shukor Adan tak habes-habes tahan bola kedepan sampai kena rampas dengan musuh? Sekarang ni Sultan bola yang main bola atau pemain yang main bola? Sapa yang nak jaringkan gol? KJ ke? Berpijak di fakta nyata sikit wehh.


What the fuck? Gerenti ramai mencarut punya bila tengok keeper Malaysia dulu Kamarulzaman nak tangkap bola tapi guna kaki, bola masuk celah kelengkang dan akhirnya gol sendiri. Ingat lagi tak? Tu tak campur keeper Malaysia yang kena bola loop melantun sebab duduk depan sangat. Sapa nama keeper Kedah tu? Ataupun waktu final Piala Malaysia Kedah lawan Perlis yang berkesudahan 1-0 hasil gol dari lontaran kedalam pemain Perlis, keeper Kedah lemas dengan bola yang melantun tinggi. Haha! Gelak satu Malaysia weh! World Record tuhhh.

Macam tu nak kata tak nak pentingkan basic asas iaitu pemain dan jurulatih? Bullshit.

Alahai Mofasad, sejarah is sejarah. Benda-benda past ni tak ubah macam iklan Maxis antara Hassan dengan James Wong. Di kenang balik sejarah, check balik pun tak guna kalau yang present and future ni masih macam cibai. Tak caya, tanya Obefiend.

Kita banding lah pemain dulu dengan pemain sekarang. Gua rasa para pembaca mesti tau lah.

Pemain dulu : Gaji bola sepak lebih banyak di bandingkan gaji kakitangan kerajaan. Gaji bola sepak rm1000. Gaji kakitangan kerajaan rm300. Bila gaji mahal, komited pada bola sepak tinggi. Dah bayar mahal, takkan nak main lembik. Takde SPM pun, bila bersara, koman-koman boleh jadi kerani bank. Yang penting, pemain dulu bila bermain untuk kelab atau negara. Semangat tu tebal. Kalau main tak bagus, malu nak berhadapan orang kampung. Pemikiran terbaik. Sebab tu orang dulu, ramai kejar nak jadi pemain bola sepak.

Pemain sekarang : Gaji bola sepak masih banyak dari kakitangan kerajaan. Gaji bola sepak rm3000++. Kakitangan kerajaan rm1500++. Bila gaji mahal, rasa dah cukup makan oklah. Beli Honda EK, ade makwe sorang, wax Gatsby, rumah bujang. Ok lah. Main bola mesti main, kalau tak perut buncit. Nak main susah-susah pun apa guna, gaji tetap masuk apa. Main tak bagus pun apa kesah, jarang balik kampung, duduk apartment. Kalau rasa nak buat duit lebih, main Malaysia. Kalau tak dapat, takpe. Nanti boleh slow-talk dengan orang dalam FAM. SPM ada, pangkat tiga lah. Susah sikit bila nak bersara, tapi its okay. Bini artis. Ape de hal? Semangat? Ohh, kalau semua lain pakat semangat, kita kena semangat jugak lah. Pemikiran? Lancau punya pemikiran. Sebab tu orang sekarang merasakan kerjaya bola sepak is hobby. Baik belajar pandai-pandai jadi cikgu lagi bagus.

Jurulatih dulu : Komited. Kau tengok Kalr Heinz Weigang (bekas jurulatih Malaysia) masa latih Perak dulu. Nak sepak penalti pun siap bawak kertas buat strategi. Perak menang Piala Malaysia 2000 kan? Tengok Wan Jamak, bila Malaysia tewas di Sukan Sea. Gentleman letak jawatan. Jurulatih dulu, yang ada otak. Memang berfikiran tajam. Dan berani. Gaji memang lah tinggi. Tapi komited sebab kalau kalah, nak jawab apa dengan lembaga pengurusan?

Jurulatih sekarang : Itu Sathianathan lancau. Dah kalah banyak kali masih banyak alasan. Alasan popular dulu yang gua dengar masa Piala Asia 2007. "Kami sangka China akan bermain bola bawah, jadi kami pun bermain bola atas. Tak sangka mereka pandai bermain bola atas". Alasan tak boleh blah. Yang penting, jurulatih sekarang tak gentleman. Takkan punya nak letak jawatan. Melatih pasukan sebab nak kekalkan periuk nasi. Itu lebih utama dari komited kepada maruah dan kemenangan.

Gua faham. Mofasad nak hapuskan kroni-kroni dalam FAM. Sebab tu minta Sultan bola letak jawatan. Tapi, lu kena fikir jugak lah. Kalau Sultan bola letak jawatan pun, mesti ada banyak kaki-kaki bingai nak jawatan presiden tu. Sapa taknak jadi ahli tertinggi FAM? Elaun banyak ape. Free-free je. Padahal bukan tau pasal bola sangat. Sekarang ni, yang patut kita buang ialah tukang pemilih pemain. Lu orang bukan tau pun pemilihan pemain banyak dipengaruhi oleh kronisme dalam bola sepak Malaysia sekarang ni. Mungkin jurulatih tak salah, tapi pegawai-pegawai FAM yang guna kronisme ni macam sial. Sultan bola bukan tau apa-apa. Dia bagi borang isi pemain kat pemilih, bila dah isi, dia sain. Yang masalah ialah siapa yang isi pemain-pemain tu. Sultan bola memang bertindak sebagai ikon. Tu je.

Sama jugak macam perbandingan yang aku realize waktu sekolah dulu. Kalau di ikutkan, pengetua sekolah gua bukannya support sangat pasal bola sepak, peruntukkan pun kena cut. Jersi pun jersi pinjam. Tapi, bila sekolah gua jadi naib johan. Eh eh, dia sibuk kedepan beria macam dia yang main. Puji lah sekor-sekor, bagus kerana harumkan nama sekolah. Tapi, sebelum tu punya lah marah sebab kitaorang berlatih bola pagi-pagi sampai tak datang kelas.

Sama tak macam Sultan bola? Bila Malaysia kalah, ada alasan. Bila Malaysia menang, riuh sekampung. Aku tak tahu lah kalau Anwar Ibrahim jadi Presiden FAM. Mau di bagi alasan sebab pemain tak pakai KY Jelly, sebab tu kalah. LARHHHH?

p/s: Gua tak terer main bola. Yang terer main bola wakil Malaysia ni kenalah main betul2 kalau tak nak kena maki-hamun dengan peminat. Jangan salahkan penyokong. Kitaorang dah terus menyokong. Lauk atau tak lauk belakang cerita.

17 ulasan:

meor-name-depan-ku berkata...

Padat dan penuh artikel lu....
good job!!! bro..

J. Love berkata...

gua tak tau pasal bola tapi entry ni.. woahhh!

agak2 mofasad akan kentut kat sini tak nanti?

AliceAqram berkata...

@meor

mekaseh daun keladi.

@j.love

gua pun tak tahu. batang hidung dia pun gua tak nampak pun. gigil koott.
LARHHH?

Farid MOFASAD berkata...

j.love.. aku kentut!
pppprrruuuuttttt




hahaha

thanz alice... sama2 menaikkan nama blogger dengan cara kejam! keh keh keh...


untuk kau



pppprrrruuuuuuttttt





>>________<<

si kosong berkata...

setuju...100 peratus..aku pun xreti main bola..xtau sgt pasal bola..

tp kalau org yg pilih pemain pun salah pilih dan pemain pun x main dgn betul letak la sape pun sama je.

si kosong berkata...

ko bercakap berdasarkan fakta..

mofasad.?

entri dia lebih kepada emosi...

AliceAqram berkata...

@mofasad

baru nampak kau. itu pun bau je. aiseh!

@si kosong

chill weh. bola sepak malaysia ni bagi gua sebuah ceritera pak pandir. penuh dengan lawak tersendiri.

lumut berkata...

aku setuju dengan almost semua hujah kau....

mcm ni lah nak berdebat..ade points..

tau x mofasad?jentik kang baru tau.

deus X machina berkata...

gua setuju dgn lu

pada gua FAM kena rombak
dan sistem pemilihan pemain pun kena rombak

agen2 cari pemain kena masuk ke segenap tempat, dari bandar sampai ke ceruk kampung, dari felda sampai ke perkampungan orang asli

ni sikit2 player pun ikut kroni gak...wadehel

Mr. Schomey™ berkata...

malaysia ni target tinggi tapi modal kedekut nak keluar. keluar kat mende2 bodoh macam hantar player ke luar makan angin. aku baca lim teong kim yang jurulatih u-19 bayern tu, dia kata kemudahan kat msia ni ketinggalan 20,30 tahun dari tempat dorang. padang bola pon tak cukup weh.

fndrocka berkata...

sorry to say lah mofasad..aku sebenarnya tak faham dgn mofasad..dia bukan blogging tapi dia main kopipes sana sini.ok habis pasal mofasad.

pendapat aku lah kan...TALENT adalah kata kuncinya.dengan jumlah penduduk yg tak berapa ramai..ditambah dgn jumlah yang bermain bola..ditolak dgn yg betul2 serius nak main..memang TALENT kurang. walau tukar jurulatih berkali2 atau amik Mounrinho jadi coach pun..tak dapat nak ke mana kalau TALENT tu tak de. Waima nak amik Sepp Blater ganti Sultan Bola pun.

lainlah kalau Msia ada pemain yg hebat ..bermain di liga luar misalnya..main liga super power..tapi gagal di peringkat antarabangsa...haa itu maybe salah pengurusan.

deus X machina berkata...

format liga juga perlu diubah
liga sekarang menyebabkan tak banyak pemain dapat dilahirkan
dengan jumlah pasukan yang terhad dan perlawanan yang terhad

masanya sudah tiba untuk liga berasaskan bandar

AliceAqram berkata...

@lumut

jentik tak jgn jentik. haha!

@deus X machina

semangat betul lu pasal bola malaysia ni. bagus2. tapi lu ingat skit bro. berapa ramai rakyat malaysia yang betul2 nak jadikan bola sepak sebagai kerjaya?

andai lah, terer main bola, tapi spm teruk. dapat main negeri, malaysia. umur 30 lebih bersara. abes, lagi 30 tahun sapa nak sara? lu tengok apa jadi pada keeper kelantan halim napi. merempat wehh.

AliceAqram berkata...

@mr schomey.

kedekut tu mungkin. tapi gua rasa lebih tepat, pandangan kerajaan kini, depa rasa keluar duit banyak2 buat stadium tapi akhirnya jadi gajah putih. sebab tu jadi kedekut.

memang di akui maintainance padang bola mahal woo. bukan semua kerajaan boleh support. tengok je la stadium2 kat greece yang jadi gajah putih lepas euro.

@fndrocka

ya! TALENT. itulah asas yang perlua ada pada pemain. pandai kau. cepat tangkap.

tau tak. Belanda cuma ada 16juta penduduk. apa pasal diorang boleh terer sedangkan penduduk negara kita ada 28juta? lagi banyak dari belanda.

fndrocka berkata...

wauuu...apsal sikit sangat rakyat belanda...yg dulu dorg gi jajah2 negara org tu ape citer.kagum skejap.tapi tu belum kira rakyat senegal...rakyat korea utara...Iraq yg tgh perang...haha

AliceAqram berkata...

@fndrocka

eropah. attitude diorang lebih pentingkan kualiti dari kuantiti. kita je yg suka kuantiti dari kualiti.

Tanpa Nama berkata...

alahaiiii mofasad