Julai 19, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Satu

Gua terpanggil untuk menulis entri ini bila gua terbaca dari blog Obefiend mengenai serangan di Masjidil Haram, Mekah pada 1979. Thanks Obe.

Ok, bagi engkorang. Ini mungkin cerita lama dan basi. Tapi, bagi gua. Segala input yang gua dapat waktu gua mengerjakan umrah pada 2007 yang lalu banyak gua tak cerita pada orang lain. Even dengan mak bapak gua sendiri.

Ok. Ia bermula dari satu panggilan dari mak gua.

"Duit simpanan dah cukup, nama kau kat tabung haji dah naik. Bulan depan kau boleh pegi Mekah"

Masa gua dapat panggilan tersebut. Gua takde rasa hepi dan takde rasa takut. Gua macam blur-blur. Betul ke gua nak ke Mekah ni? Memang gua ada kumpul duit skit-skit sebelum ni. Tapi, bukan nak buat pegi umrah. Sebaliknya nak beli rumah. Walaupun time tu gua tengah buat degree, ia tak menghalang gua buat pelaburan di tabung haji dan ASB.

Masa 2 minggu sebelum gua nak berangkat ke Mekah. Gua ada dengar cerita-cerita pasal pegi Mekah ni kena bersihkan dosa dulu. Gua terfaktab di situ. Demm!. Banyak dosa gua buat. Apa la yang terjadi kat gua nanti kat sana. Tapi, gua tetap Aqram. Risau tetapi masih berlengah. Rilek duluuu. Mak gua dah risau. Dia tanya gua bila nak buat solat taubat nasuha. Gua angguk dan cakap Insyallah. Hehe.

Ujian pertama yang gua hadapi sebelum ke Mekah ialah. Kereta gua eksiden teruk. Nasib baik selamat. Orang tua-tua cakap kalau pergi Mekah ni satu rezeki. Tetapi, setiap rezeki ada ujian. So, inilah ujian pertama gua, duit.

Dipendekkan cerita. Gua pegi lah Mekah. Yang tak bestnya. Flight gua kena tukar laluan last minit. Sepatutnya secara normal. Kena pegi Madinah dulu. Tapi, gua kena pegi ke Mekah dulu. Gua naik dari Singapore. Dari Singapore dah kena pakai ihram. Sejuk la nakkk. Dah la naik Saudi Airlines. Sejuk. Pramugari hot-hot. Dengan pakai ihram. Mana ada gua pakai spender. Lu bayangkan jelah macam mana seksanya bila tengok pramugari cantik, nafsu naik, cepat-cepat kena istighfar. Peh, ujian ni memang handal menguji nafsu gua. Ujian kedua, nafsu.

Sampai lah gua kat Mekah. Gua dan beberapa kenalan yang merupakan dah tahap atok-atok sesama masuk ke Masjidil Haram. Oh, by the way. Gua nak bagitau yang gua pegi buat umrah ni berseorangan tanpa ditemani keluarga. Ya, mak bapak gua tak ikut. Adik beradik? Gua anak tunggal. Ada plakkk adik beradik.

First thing yang gua gentar masuk Masjidil Haram ialah, 'Ya Allah, kau jangan hilangkan pandangan aku dari melihat Kaabah mu". Haha, memang gua ada dengar cerita sebelum ni ada orang pegi Mekah tak bley nampak Kaabah sebab banyak dosa kat tanah lahir. At last, gua nampak juga Kaabah tu macam mana. Sebelum ni tengok kat tv satu je time azan. Kaabah tu tak lah besar mana. Cuma satu je gua nak cakap. Sayup-sayup mata memandang. Seolah bila memandang Kaabah, timbul rasa simpati dan kasihan.


Masa gua pegi tu, Mekah tengah buat construction. Debu banyak gila. Nak buat bangunan mewah. Dalam hati gua, apa punya lah lahanat Raja Faisal dengan Bin Laden ni buat hotel mahal-mahal? Kalau semua nak mewah, abes yang sederhana dan miskin macam mana nak buat umrah? Tak pasal-pasal di masa depan nanti, hanya orang kaya-kaya dan elit saja boleh kerjakan umrah dan haji. Sebab bila hotel murah dah kena runtuh, hotel mahal je tinggal. Mampu pulak orang sederhana macam aku nak kerjakan umrah lagi pada masa depan? Konfemlah harga dia bakal melambung tinggi.

Benda ni di setujui oleh kenalan gua Ahmad yang merupakan warga Jeddah. Dia sama-sama buat umrah dengan aku. Aku jumpa dia masa nak tunggu maghrib masuk. Dia duduk sebelah aku dan aku menegur dia dengan salam. Dia sukakan orang Melayu sebab dulu dia pernah melancong ke Malaysia. Dia berpendapat, Arab Saudi sebenarnya seperti belon yang nak meletup. Banyak rakyatnya terutama yang bukan dari Bani Saud memang kalau boleh nak revolusikan Arab Saudi ni. Tapi, kerajaan bijak mencantas awal-awal. Ahmad menambah bahawa, "Jika Tanah Arab ini tiada Mekah dan Madinah, yang tinggal hanyalah tanah tandus yang gersang, seperti pemikiran majoriti penduduk Arab kini". Part ayat tu, memang gua sebut na'am na'am!

Masa perbualan dengan Ahmad. Di sebelah kiri gua ialah orang Iran bermazhab Syiah. Masa tu aku dengan Ahmad sedang berbual pasal 73 cabang Islam, dan hanya satu saja yang di terima ke syurga. Lalu, orang Syiah yang perkenalkan diri dia sebagai... Aisey aku lupa nama dia, kita letak lah nama dia Khatami lah. Ok. Si Khatami ni cakap, kenapa perlu membeza-bezakan antara Syiah dan Sunnah sedangkan yang datang ke rumah Allah ni semuanya melafazkan kalimah syahadah. Gua setuju dengan pendapat dia tapi Ahmad bagitau ini bukan perbezaan, sebaliknya manusia perlu mencari jalan yang tepat. Dah pulak si Khatami dengan Ahmad ni pandang lain macam. Gua rasa ini tak pasal-pasal boleh bawak bertumbuk ni. Dah la si Khatami dengan Ahmad ni besar. Gua ni kecik. Aisey, tak boleh jadi. Diaorang dah mula bertekak sikit-sikit. Last-last gua cakap kat depa berdua. "No matter if you are syiah or sunni, the way you believe it, is not us as people to judge. It is Allah the only one can judge us. So, lets pray to Allah that he will judge our believe as a good.". Diorang pandang gua, senyum, psiko sikit, dan berkata betul kata gua. Tepat pulak time tu dah azan maghrib. Kitaorang bersalam dan mula solat maghrib. Fuhh, nasib baik lah tak bertumbuk.

Bersambungg...

18 ulasan:

Riderz berkata...

bez2!! gua tggu sambungan sterusnya bro!!!

x sangka lak gua lu p umrah sorg2.. salute sama lu!!

i like ur words to peace 2 hamba Allah tu..hoho

AliceAqram berkata...

@riders

ohooo. terima kasih daun keladi beb!!

princeduyong berkata...

waaa...boleh dijadikan teladan ni...lagi lagi..

DEODORANT

AliceAqram berkata...

@princeduyong

yes. memang nak di jadikan teladan pon.

J. Love berkata...

gua nak pergi. tapi tak mampu lagi.

AliceAqram berkata...

@j.love

takpe, nanti kita pegi sama2 ok.

Lovely Emy berkata...

mula mula malas baca, sekali syok pula cerita ni. :) takut xnampak kaabah. :(

AliceAqram berkata...

@lovely emy

sape2 pon takot. haha.

syaf berkata...

best dok..kaw mude2 gih dah g umrah, ko nyer experience tuh yg mahal tuh...

Farid MOFASAD berkata...

nampak sangat ko tak tahu kisah bola sepak dan sejarah bola sepak

Mak Su berkata...

marilah kita berIslam berpandukan al-quran dan sunnah, takut gaks ni takut tersalah jalan... huhuuhu

Farid MOFASAD berkata...

gua bagi lu femes. hahaha... salam kenal mak ayam

AliceAqram berkata...

@syaf

owh. nanti kau akan dapat pengalaman yang banyak juga. tunggguuu.

@mofasad

sampai ke sini kau eh.

AliceAqram berkata...

@mofasad.

haha. takde hal. gua dah femes dan bakar-membakar dengan entri gua yg baru. salam kenal!

@mak su

salah jalan boleh lagi patah balik amek jalan short-cut. salah pegangan naya woo kena cincang dalam kubur.

Farid MOFASAD berkata...

agagagaga... ko jantan ke? aku igtkan perempuan!

>>__________<<

AliceAqram berkata...

haha. gua separa dowh. eh?

lumut berkata...

beb...
sy suke cara kamu bercerita...
sambung okei??
=)

AliceAqram berkata...

ok!