Julai 27, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Akhir

Selama gua 11hari kat Mekah dan 3hari di Madinah, macam-macam benda yang gua jumpa. Pengalaman baru, pengetahuan baru, benda jahat baru, benda baik baru, budaya yang cool dan manipulasi cara hidup yang tiada di Malaysia.

Ok. gua rasa malas nak buat esei. Better buat point-point lagi smart kan?
  • Kalau pergi Mekah, jangan lupa bawak shades or spek mata hitam. Satu kegunaannya ialah melindungi silau mata masa nak tawaf. Walaupun tak pandang atas, tapi pandang bawah, lantai mozek putih kat Masjidil Haram tu memantulkan cahaya matahari. Boleh pening woo. Nak jaga kaki lagi, mata silau lagi. Last-last langgar tiang. Ala, lagipun nampak kacak ape kalau pakai shades time tawaf. Eyh?
  • Gua tahu kenapa pak Arab bau melantong macam bangkai kat Malaysia. Sebab budaya diorang mandi sehari sekali kat Arab dan kemudian di gunapakai di Malaysia. A'ah. Gua kat Mekah sana pun gua mandi sehari sekali. Kalau mandi banyak kali walaupun hanya dua kali, badan akan gatal-gatal. Sebab kat sana mandi bukan pakai air sungai yang di klorinkan macam kat Malaysia. Tak. Kat Mekah mandi pakai air laut yang tak berapa nak suling. Masin.
  • Ala, walaupun mandi sekali sehari pun. Badan tak berbau lah. Gua yang kuat berpeluh ni pun bila kat sana, yang sepatutnya banyak berpeluh kerana cuaca panas, boleh jarang berpeluh. Sebab iklim kat sana ialah panas dan kering. Tak macam Malaysia yang panas dan lembap. Kat Mekah, peluh cepat kering. Jadi badan tak berbau sangat. Dan yang paling best, baju cepat kering. Gua basuh baju pakai tangan, perah-perah, sidai, sejam-dua je dah kering. Seronok pulak membasuh baju.
  • Buat smoker. Menghisap rokok di sana adalah illegal. Kena cover-cover. Karang tak pasal-pasal polis Mekah nampak, dia bantai kau dengan cota. Kat Arab Saudi, membeli rokok pun dah macam nak beli ganja. Kat sana takde kedai runcit jual rokok display terang-terang macam kat Malaysia. Kau kena approach, tunjuk isyarat, bagitau brand rokok, dia bagi dalam plastik hitam, bayar, blah cepat-cepat. Beli cd blue pun tak serumit macam ni. Ha, lupa nak bagitau. Nasib korunklah kalau dapat rokok lama. Telan je la nakk. 
  • Gua kat sana dah tak main lah hisap rokok. Hisap shisha lagi samok. Mantap beb hisap shisha sambil layan bola. Time tu tengah Piala Asia. Lepas isyak, gua lepak dengan pak-pak Arab, makan roti arab, cicah kari kibas, minum teh o pudina, hisap shisha flavour tembakau pure arab, takpun minum beer Bavaria (tanpa alkohol), heavenn. Lagi heaven kalau ada perempuan gelek depan-depan. Astaga.. mana ada.
  • Pergh, makwe-makwe Arab kalau lu doa kat Allah nak tengok yang paling cantik, kalau Allah Taala perkenan. Boleh gigil lutut lu weh. Macam gua. Haha, gua ada sekali tu berdoa lepas solat maghrib nak melihat makwe paling cantik kat Masjidil Haram ni. Sekali time gua nak pegi minum air zam-zam. Gua terpandang seorang makwe Arab ni dia punya purdah boleh terselak sampai nampak keseluruhan muka. Mak aihhhh, ini muka manusia ke patung? Lawa nak matiiii. Sampai sekarang gua masih teringat-ingat wajah tu.
  • Jodoh? Oh, ramai yang suka tulis nama pasangan diorang kat bukit pertemuan Adam dan Hawa tu. Gua tak tulis, gua rasa benda tu mengarut. Gua cuma berdoa moga gua dan teman wanita gua sekarang berkekalan bersama. Time tu gua rasa gua dah malas nak cari perempuan lain. Tak larat dah nak bina cinta semula. Tapi, apa-apapun jodoh tu bukan benda yang boleh nak predict kan? Ok, maknanya gua available. Hehe.
  • Ha, gua nak bagitau ni rahsia. Pelacuran ada di mana-mana. Kat Mekah pun adaa. Tapi, secara call-girl. Kau kena dapatkan nombor dari ejen gelap. Nanti perempuan tu datang dari Jeddah sana, kau pandai-pandai lah cover duit makan, tambang dia. Kan gua dah cakap, kejahatan ada di mana-mana walau depan Kaabah sendiri.
  • Sebut pasal kejahatan. Ada masa tu gua nak dakap Kaabah. Ada makcik dan anak-anak perempuan dia, orang Malaysia, dok cungkil-cungkil kain Kaabah nak rembat kain Kaabah sebelah gua. Buat pelaris dengar ceritanya. Kepala bana dia lah. Sempat lagi merembat depan Kaabah. Gua sound makcik tu, anak-anak perempuan dia boleh tahan lawa pandang semacam kat gua. Gua cakap lah, mencuri tu berdosa, diorang terpinga-pinga. Pastu gua blah, lantak korang lahhh.
  • Gua jumpa ada pakcik Indonesia ni tawaf tapi pakai rantai emas. What the f? Gua jumpa ada orang arab ni solat membelakangkan Kaabah. Lagi lah what the f? dan gua jumpa ada orang Turki ni solat dengan menyerkup plastik sampah kat muka dia. Ohh Tuhan, apakah inii?
  • Jarang orang nak jalan sorang-sorang dekat Mekah. Takut sesat. Tapi, gua tak. Gua berani jalan sorang-sorang keliling Mekah. Pakcik imam tu pun seram tengok gua boleh jalan kaki sampai Masjid Jin, Masjid Kucing yang jauh 6 kilometer dari hotel. Senang cakap, satu Masjidil Haram gua dah jejak. Baik tingkat tiga, atas bumbung, rumah Nabi, tempat orang Afrika selalu mintak sedekah, lorong jual-jual. Semuanya kerana minat berjalan, nak buat macam mana.
  • Ha, bab sedekah. Jangan bagi duit sedekah pada yang meminta. Berilah pada yang kau nampak dengan mata kau sendiri yang dia benar-benar perlukan sedekah. Nanti kalau engkorang dah kat sana, engkorang tau lah.
  • Berhadapan dengan ujian Allah, itu adalah perkara yang memang kena hadapi. Gua ada ujian gua tersendiri. Menangis tu memang selalu. Menyesal. Kadang-kadang kena berdabel-dabel ujian. Sabar je lah. Mohon Allah menolong. Kadang-kadang ada rahmat beb.
  • Kalau lu orang lalu atau beribadat di area Muktazam. Jangan terkejut kalau jumpa sedara lama. Kawasan tu memang kawasan jejak kasih. Kalau terjumpa atok lu yang dah meninggal pun, jangan terkejut. Allah Taala tu Maha Kuasa, dia kalau nak bagi nampak siapa-siapa pun, itu Dia punya kerja, bersyukurlah. Lagi-lagi kalau lu macam ternampak Imam Syafiee, atau Rasuluallah. Itu rezeki lu. Bersyukurlah. Ada kenalan gua bagitau dia berjumpa dan bersalam dengan Nabi Ismail, apa gua nak cakap?
  • Ha, ni buat mereka yang suka bersolat lama-lama. Gua tau lu nak jaga 100% solat lu. Tapi, bila lu solat kat Muktazam, area makam Nabi Ibrahim, Hijr Ismail, tak payah lah lama-lama. Buang masa je. Tak payah la nak bertaranum atau baca surah panjang-panjang. Tak dan. Semua orang berebut. Kalau lama sangat lu solat, lu bakal kena langgar dengan orang yang bertawaf. Takpun kena sound dengan penjaga-penjaga Kaabah. Nasihat gua, baca Fatehah tu biar tau makna, baca betul tapi cepat. Bacalah surah-surah pendek. Tumakminah tu tak payah lah terhegeh-hegeh sampai 5 saat. Sesaat je cukup. Doa pun jangan panjang sangat macam kat TV. Minta apa yang penting. Faham?
  • Shopping? Better lu ikut macam gua, belajar bahasa arab ringkas. Penting bila nak tawar-menawar. Gua ada beli ipod nano 2G kat sana. Ipod tu diorang seludup dari US. Yang harganya bila di money exchange, cuma rm90 sahaja. Hehe. Berbaloi-baloiii.
Ok, lah. Sampai sini je lah gua boleh cerita. Kalau lu orang pergi Mekah, jangan lupa cerita pengalaman lu orang pulak. Gua nak dengar jugak. Buat perkongsian pengetahuan. Sadakallah hulazimmmm.

13 ulasan:

adzuan aziz berkata...

meremang tak pasal bila aku baca bab jejak kasih.mintak2 la murah rezeki dapat pi mekah muda2.

AliceAqram berkata...

@adzuan aziz

kau baca dah meremang. aku yang dah terjumpa ni lagilah berderau darah.

mohd pait berkata...

info yang sangat detail bagi yang belum menjejakkan kaki ke sana. :p keep it up bro !

lumut berkata...

sumpah aku pon meremang bab terjumpa arwah atok ke..nabi ismail yang kawan kau citer tuh..aisssshhh...

best lah aku baca pengalaman kau..

tp nak tanya...awek kau kalau baca blog kau ni...mesti ngamok baca part yang kau kata available tuh.hehe...

lawa nak matiii tu mcm mane?

=p

AliceAqram berkata...

@lumut

lawa nak mati tu bermaksud sangat2 cantik. terpegun melihat. tu ayat penang. kalau ayat johor dipanggil lawa gilerrr.

awek gua? dia ok. memahami. hehe..

J. Love berkata...

nak gi muktazam. nak gi muktazam. nak gi muktazam. nak gi muktazam.

AliceAqram berkata...

@j.love

haha. pegi lah. mana tau jumpa apa2.

Fiq berkata...

panjang umur murah rezeki..mungkin turn aku lak jumpe sesape kat sne eyh..arwah nenek mungkin? eyh..

AliceAqram berkata...

mungkinnnn

nn berkata...

bagus ah cerita pasal benda ni. ni pun mak angkat baru sampai kat mekah semalam. apalah agaknya pengalaman dia kat sana...

bimbam berkata...

orang tempatan sana lebih gemar layan neshu(entah betul ka dak ejaan) sebab rokok dilabel haram. pernah cuba sekali dan tak mahu lagi. kesian kat peminta sedekah kanak2 yg saya rasa kebanyakan nya mangsa sindiket.

AkuMuzikFilem berkata...

salute bro sudah pergi ke sana. bilalah aku ni ek

Tanpa Nama berkata...

kalau jumpa sedara lama ktt muktazam ley borak mcm biasa x?