Julai 29, 2010

Bina Negara Islam?

Ramai.. Oh tak, Majoriti ahli falsafah terkemuka, dan cendekiawan ideologi berpendapat ;

"Membina sesebuah negara berlandaskan agama adalah tak masuk akal. Sebaliknya, membina sesebuah negara berlandaskan bangsa merupakan satu perkara paling releven"

Sebab itu wujudnya, NEGARA BANGSA. (pelajaran sejarah form one)

Mengapa? Mengapa Negara Agama tak masuk akal di wujudkan? Bukankah Rasuluallah SAW sudah mewujudkan negara dan kerajaan Islam di Madinah?

Check balik. Ahli falsafah berkata ;

Islam berdiri atas penyatuan bangsa Arab terlebih dahulu. Islam bukan mula-mula terbentuk atas penyatuan bangsa Arab dengan bangsa lain. Bila Islam berkembang, barulah negara Islam terbentuk dan berkuasa. Namun, kuasa Islam tersebut beralih rupa bangsanya. Dari bangsa Arab, kepada bangsa Parsi, kepada bangsa Ajam, kepada bangsa Turki dan selanjutnya.

Jadi, sebagaimana Malaysia ini? Bolehkah negara berlandaskan agama di wujudkan? Seperti yang di perjuangkan pengikut parti PAS, UMNO dan lain-lain badan pertubuhan?

Boleh. Itupun sama ada majoriti Cina dan India masuk Islam. Ataupun majoriti Melayu masuk Buddha. Takpun Melayu, Cina dan India masuk Kristian. Ataupun, bangsa Melayu yang majoriti mempunyai superior-power dari segala kelas dan bidang.

Masalahnya, boleh terjadi ke? Dan yang paling penting nanti, dah sampai masa, sanggupkah membunuh bapa sendiri? Apabila anak masuk Islam, bapa masih bukan Islam. Berperang. Kena berbunuhan. Sanggup?

Jika di nilai sejarah pembentukan awal Islam. Benda tu boleh terjadi. Cuba check Perang Badar atau Perang Uhud. Ada kisah pembunuhan bapa sendiri sewaktu perang.

Sebab, nak tunggu superior-power tu. Lambat. Melayu sekarang berpecah teruk.

So, sanggup?

p/s: last-last tunggu Imam Mahdi je lah.

7 ulasan:

Fiq berkata...

kalau nak tunding jari pada masa silam mmg sudah terlambat.
bg aku, agama adalah medium yang paling relevan kalau nak menyatukan semua. sebab dalam Islam tiada pemisahan antara bangsa, warna kulit dan sebagainya.
fasal bab berbunuhan tu..aku rasa sebab tu ada cara hikmah dalam berdakwah. pokok pangkalnya hati, kalau sampai sanggup melihat agama dipijak, tak perlulah membunuh..ikut sajelah org nk buat apa pon..last2 semua barai..

AliceAqram berkata...

memanggg. try lah buat undang-undang dan polisi islam di malaysia secara PURE. kita tengok bangsa lain bileh terima atau tak. boleh bersatu atau tak.

yang sekarang ni pun dah ada bangsa lain awal-awal sound 'langkah mayat saya dulu'.

ceh!

J. Love berkata...

i guess, bila bincang soal negara islam ni, we'd be back to the racial issues as well.

tapi kan, my personal opinion is that, kenapa kita ni dok sibuk risau pasal perkauman perkauman ni sebab ahli politik kita lah.

gua sebenarnya bukan pro-govt. so gua sentuh sikit lah ape gua rasa pasal govt ni.

gua pernah ditanya if gua ade ape ape perasaan tak pasal tragedi 13th may. gua punya honest opinion: tak da. sebab gua tak wujud lagi time tu. dan gua tak dapat betul betul 'RASA' what happened then.

orang orang after the tragedy mula jadik racists sebab ape? sebab ahli politik sering jadikkan tragedi tu dalam hate speech diorang bila nak hentam their opponents.

waktu gua ikut bos gua hangout dengan member-member dia (all of whom are almost 50 y.o), campur chinese indian malay - and dari zaman diorang kecik, they never saw the difference of the races as an issue.

tapi orang sekarang, and gua admit, gua pun kadang-kadang macam ni, sering jadik racist. tipulah kalau cakap gua tak pernah racist. dan gua tak percaya kalau ade orang cakap dia tak racist langsung. ini merujuk pada generasi kita lah.

so ape kene mengene dengan kita? gua budak uitm. pernah join biro tatanegara. dammit man! kalau ada organisation yang MELAMPAU racist nya, it's UMNO/BN!

gua tak paham tujuan BTN ni. nak pupuk semangat perpaduan ke, nak buat orang jadi racists? jadi anti-anwar? sebab from what i can see la, that's all they talk about. and kejap kejap cakap pasal hak bumiputera. as if other races tu takde hak nak hidup.

when the fuck UMNO ni nak move on?

so, budak budak macam kite ni, keluar-keluar dunia je dah dikenalkan dengan different races. once u see it as 'different', susah nak rumpunkan balik.

and THAT my friend, is one of main reasons, kenapa negara islam tak dapat dijalankan kat malaysia ni. semua dok fikir pasal races. ahli politik pun sibuk pertahan kan race masing masing.

so how the hell diorang nak expect rakyat or ahli politik from different religions untuk paham WHAT NEGARA ISLAM ACTUALLY MEANS?

dalam otak cuma fikir bangsa je!

Khairul Aizuddin berkata...

haha.
so kita nak buat negara ISLAM MELAYU MALAYSIA? kt arab ada NEGARA ISLAM ARAB. kt turki ada NEGARA ISLAM TURKI? everything must based on race?

Zaman Rasulullah juga ada berbagai bangsa. ada Salman al-Farisi berbangsa Parsi, ada Bilal, berbangsa Habsyah, yang berketurunan Arab-Yaman, dan macam2 lagi pada masa tu. semua bersatu dibawah satu panji-panji. ISLAM agama aku, Rasulullah Nabi aku. itu mentaliti manusia zaman Rasulullah.

hanya lepas tu, ada manusia-manusia munafik yang ada kepentingan peribadi, cuba nak melaga-lagakn umat Islam. berfikiran Turki adalah turki, arab adalah arab. padahal semua satu agama, berasal dari tokwan yang satu. ADAM!

sepertimana Melaka, tanah berdaulat, yang dimuliakan Allah kerana pemimpinnya Parameswara memeluk ISLAM. Mengamalkan sistem ISLAM walaupun kebanyakan penduduk ketika tu masih lagi ada kepercayaan animisme. hanya selepas sultan terakhir yang sibuk mengejar Puteri Gunung Ledang, merasakan diri terlalu berdaulat sampai terlupa bumi siapa dia berpijak.

masalah sekarang adalah kita terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri, lebih takut kepada bangsa dan agama lain lebih dari kita takut pada tuhan sendiri. buat hudud? argh!? satgi bangsa lain marah. mereka rasa takut dan terancam!- kata melayu A.
semua muslimat kena pakai tudung dan pakaian sopan yang mentup aurat. "ARGH!!!! nanti pelabur dan pelancong lari"- kata melayu B

itu kita sebenarnya

bunuh? tak ada masalah jika itu yang ditakdirkan.. meskipun berat, sedih, tapi jika panggilan jihad datang, kita wajib mengikut. sebab darah orang kafir yang menentang adalah halal untuk ditumpahkan walaupun bapa sendiri. sebab di mahsyar esok, tak dan nak kenal mak, ayah, nenek, tokwan, adik, dan rakan2.

apapun, sekadar pandangan dan pendapat.

"innasolati wanusuki wamahyayaa wa mamatii lillah hirabbil a'lamin"

sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku, adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

go gunners =)

AliceAqram berkata...

panas-panasss.

1st. kenyataan ideologi yang di bold tu bukan gua yang reka. itu ahli falsafah dan cendekiawan ideologi yang bagitau seperti dalam buku-buku ideologi yang gua baca.

so, gua highlightkan kenyataan itu untuk di bincangkan secara realistik.

setakat ini terdapat dua kontradiksi yang gua dapat dari komen. iaitu sebenarnya bukan mustahil untuk mewujudkan negara islam dari berbilang bangsa dan masalah racist yang menghalang pembentukkan negara islam.

dua-dua betul. tapi nampaknya komentar-komentar yang ada lupa satu perkara iaitu..

wujudnya bangsa untuk mendukung agama kerana tanpa bangsa, sejarah agama takkan tercipta.

seperti yang gua telah bagitau dulu. bila pentingkan agama, dan tinggalkan bangsa, akan bakal MELINGKUP. tinggalkan agama, pentingkan bangsa, akan bakal JAHANAM! jadi, sebenarnya.. bila bawa agama, elemen bangsa turut dibawa. dan benda tu kekal tak boleh di pisahkan. Allah sebut tentang perihal bangsa banyak kali dalam Al-Quran. Dia memperihalkan kaum Quraish dan banyak bangsa lain. jadi mengapa kita jadi sombong, sombong kepada Tuhan dengan mahu menghapuskan identiti bangsa?

sekian.

Khairul Aizuddin berkata...

rsanya tak da yang sombong nak tinggalkan bangsa. adat manusia suka berada dalam kelompok yang sama.. tapi, sombong tinggal agama, semayang, puasa ada la.. hehehe

AliceAqram berkata...

ya. adat suka kelompok yang sama tu lah jadi persoalan boleh timbul rasis atau tak.

buat baik biar selalu. bukan tunggu jadi baik baru nak buat baik.