Julai 17, 2010

Emas Hitam Di Bawa Belayar.

  • Macam lahanat bila baca berita minggu ini. Berita pasal minyak naik lagi. Kecoh sana, kecoh sini. Tak abes-abes bercerita sampai pagi.
  • Yang sorang membantah tak suka. Di katanya ini beban. Ramai orang boleh berduka. Angkara orang kaya curi subsidi kerajaan.
  • Yang sorang pula dok sibuk mempertahankan. Kata minyak ni masih murah. Asyik guna point perbandingan. Siap cakap 'Biasalah.. lumrah..'

Bila sembang punya sembang pasal benda minyak ni, gua rasa macam kelakar pulak. Kelakar lah, sebab banyak orang dok melenting, lepas tu bagi point entah apa apa. Nak tukar kerajaan lah, nak jatuhkan PM lah. UMNO kafir lah, PKR tak kenang budi lah. Haru-biru Malaysia.


Pagi tadi gua macam biasa isi minyak kereta nak pegi kerja. Rutin harian isi minyak RM20 dan surat khabar Utusan. Ada makwe kereta sebelah dok membebel pasal minyak naik 5sen. Muka berkerut bila nak isi Primax95 tu. Marah benor agaknya.

Aku sound lah sikit.

"Minyak petrol bukan macam beli sayur kakkkk"

Dia pandang gua. Lalu berkata.

"Tapi beban. Awak tu banyak duit takpelah", keras nadanya.

"Takdenya saya banyak duit. Benda macam ni kalau marah pun tak guna", gua cuba kontrol keadaan.

"Ah, awak budak apa awak tau?"

Pergh!. Dia bagi gua satu ayat konfratasi.

"Kakkk, saya ni ahli geologi (saja gebang). Akak ingat senang ke nak keluarkan minyak bawah tanah yang beratus batu tu? Apa akak ingat nak keluarkan minyak macam tanam sayur? Akak try lah buat keluarkan minyak pakai air liur kalau akak terer sangat", sound direct dari gua.

Gua letak nozel. Masuk kereta. Terus blah. Dia terpinga-pinga. Nasib baik makwe tu lawa, kalau tak dah lama aku pancut gasoline kat muka dia.

Buat mereka yang dok komplen pasal minyak ni. Gua nak bagitau. Sepatutnya harga minyak wajar lebih mahal dari sekarang. Kalau boleh biar seliter RM100. Biar semua manusia tak payah pakai kenderaan bermotor. Naik kuda macam dulu lagi bagus. Takde pencemaran udara. Ni lah manusia, ingat nak senang je. Semua nak senang. Bukannya nak faham minyak petrol tu susah macam lahanat nak produce. Nak cari minyak dah amek masa berbulan-bulan. Nak korek tanah, kena ada pelantar berharga berbillion. Sekali alat pengorek rosak kena batu keras dalam tanah, dah rugi berpuluh juta. Salah korek, takde minyak, kena maki dengan kompeni. Nak salur paip lagi, nak suling lagi, nak bina stesen lagi. Kita ni jadi tukang pakai je. Beli tak berapa sen pun. Tapi mulut macam sial tak reti bersyukur. Cakap nak murah memanglah senang. Fakk u lah!

8 ulasan:

Hazwan Arif berkata...

haha..nice r bro...
tp kalo aku kan, aku mngayat skit..
awek lawa la kate kan..

AliceAqram berkata...

kalau kau terer, kau try lah mengayat.

haha!

siggplus berkata...

kakak gua geologist betul

dia cakap senang saja nak keluarkan minyak tu

AliceAqram berkata...

@siggplus

dia ckp senang?

ada kontra nih.

member2 aku yg kerja geologis semua ckp bukan senang. lagi2 bila kat atas pelantar.

Fiq berkata...

budak pon ada mata ada telinga. tengok brita kat tv3 rasa nk hempok kepala!

AliceAqram berkata...

@fiq

hahaha. silakan menghempok di sini.

Yatre Hayati berkata...

bila baca part last-last tu, jadi pelik. asal lak kau yang tetiba naik hangin..heee

AlexiaAqram berkata...

sebab aku ahli geologis, mungkin?