Julai 26, 2010

Jaguh Padang Becak

"Semasa saya masih muda, Malaysia cukup kuat. Kini ia amat menghampakan, pembangunan bola sepak Malaysia agak perlahan berbanding Korea.", kata jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo semasa sidang akhbar sebelum perlawanan.

Ok, lantaklah orang lain nak cakap apa. Cakap sebelum perlawanan, semua orang boleh cakap. Dah lawan, baru tau. Kan? Gua dah cakap dah Malaysia boleh menang. Malaysia bukan tak terer, saja je buat macam tak terer. Bukan tak bagus, malas nak jadi bagus. Tu je.

Tapi..

Gua kecewa sebenarnya bila banyak kedai makan, mamak tak berminat pun nak siar perlawanan Malaysia vs Korea Selatan. Punyalah gua cari merata kedai makan yang ada subscribe Astro Arena 801. Cari punya cari, sampai dah nak abes first half baru jumpa. Nasib baiklah ada satu kedai makan Melayu tu memang siar Astro HD yang subscribe sekali Astro Arena 801.

Sebelum tu, gua terserempak kenalan gua kat kedai mamak. Dia penyokong kuat Setan Merah, gua tanya. "Eh, mamak ni tak bukak match bola petang ni ke?". Dia jawab, "Eh, Man U ada lawan ke?". Gua terus melambai-lambai dan berlalu sinis. Buang masa bertanya.

Tapi, yang paling gua kecewa, kalau ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam... ha, empat orang pelanggan je yang tengok bola kat kedai makan tu. Tu pun member gua jugak. Aik, kalau EPL, Champions League, or Welkap punyalah penuh. Sampai melimpah-limpah. Pasukan bola negara sendiri. Macam sepi..pilu..seperti melihat aquarium ataupun bercakap dengan spender basah. Takde sambutan. Mana pergi rakyat Malaysia ni? Bumiputra je yang banyak support, Cina mana, India mana? Ah, tengah melantak Carlsberg dekat Little Penang kott. Rasis?

Steady lah Sultan Bola! Arwah Mokhtar dulu tak komplen apa-apa pun. Generasi sekarang je banyak komplen macam-macam.

Yang peliknya, mengata pasukan bola sepak negara sendiri punyalah lebat. Sembang kemas. Gebang tak habes-habes. Tapi, bila komitmen pada national team sendiri, macam parpu. Gua nak tanyalah berapa ramai antara pembaca blog gua ni ada jersi bola sepak kebangsaan? Ape? Jersi Chelsea? Weh mat, Chelsea ka yang bagi ang kerakyatan? Lagi satu, kalau engkorang orang ada kawan cina atau india, try tanya dia pasal national football team Malaysia. Tengok apa dia jawab.

Lagi satu, buat mereka yang suam-suam kuku dengan bola sepak Malaysia.

Bila team EPL dia kalah, punyalah bagi alasan konkrit macam-macam. Team negara sendiri kalah, habis dia bantai kutuk kaw-kaw. Team EPL dia menang, bangga, jakun sampai bukak point lagi untuk dua hari berikutnya. Team negara sendiri menang, hak elah, buat macam tak percaya, paling-paling koman pun ucap Malaysia Boleh. Pas tu lupa dahh, senyap. Mai sini aku nak habaq, "Pungkoq ang lahh!!"

p/s: Ini malam gua tido heppy. Kan Apit? Gua salute kepada mereka yang datang stadium. You are the man!

9 ulasan:

J. Love berkata...

not even gonna comment on bola sepak. sebab gua bukan tau sangat kan.

cuma.

i think govt had done its job well to incept us youths with some sort of ideas of racism. :D

Farid MOFASAD berkata...

aku lepak dekat ultra malaya...


happening...

kalau tak lepak port tu... mesti time tengok bola tu aku makan kuaci...

AliceAqram berkata...

@j.love

bagi gua. kalau takde kerajaan pun. idea of racist tu masih ada sejak zaman purba kala lagi. dan akan kekal sampai kiamat.

@mofasad.

happening kan? dulu gua lepak, ramai-ramai nyanyi lagu barisan kita. dah mcm nak pergi perang ha.

Penulis.Sahaja. berkata...

thanks kepada supporter2 baru y join ultras. smlm ramai ikot nyanyian2 ultras. impian : satu stadium nyanyi lagu ultras! haha.

Pelatt berkata...

gua duduk kat seat vvip... sultan bola tak tengok gua sebab dia takut ngan gua.

deus X machina berkata...

puas ati!!!walau tak ramai, tapi sungguh semangat, sentiasa bersorak dan nyanyi untuk pasukan kebangsaan.....

kalaulah ramai semalam...perghhh

AliceAqram berkata...

@apit.

bila lagu ultras nak berkumandang di RTM or Hot FM? hahah!

@pelatt

sultan bola dah tak larat dahh

@deus X machina

3000 yg datang ialah mereka YANG SETIA!

Fiq berkata...

aku kat hospital.

maafkan aku malaysia..!

aku ada jersi kaler merah gak

red warrior.haha

aku lagi rasa nk fcuk racism semangat kenegerian. cam hampes.

AliceAqram berkata...

ok. red warrior aku benci. jujur.

hehehe..