Julai 13, 2010

Kesedaran Tu Penting.

Kau membawa kereta di area pejabat-pejabat. Atau mungkin di kawasan taman-taman perumahan. Lebih spesifik, kau membawa kereta dalam kawasan universiti, hospital atau mungkin jalan-jalan kecil di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Ampang depan Zouk. Bila kau melihat seseorang mahu melintas jalan di lintasan ZEBRA..

Apa kau buat?

a. Kau buat dek je bawak kereta kau main jalan. 'Aku Tak Peduli dot com'.
b. Kau pandang depan dan terus memecut taknak bagi orang melintas jalan. Kasi orang nak melintas tu gerun.
c. Kau naikkan lampu, suruh orang tu jangan melintas sebab kau nak lalu.
d. Kau bunyikan hon sebab marah orang tu melintas suka-suka hati.
e. Kau perlahankan kereta dan berhenti. Beri orang tu melintas jalan dengan selamat.


Kalau kau jawab a, b, c, dan d. Aku nak bagitau satu je kat kau.

KAU MEMANG TAKDE OTAK DAN SENANG CAKAP, KAU KIMAK!

Sebab?

Adakah kau tau, KEUTAMAAN orang yang melintas jalan di lintasan ZEBRA adalah lebih tinggi dari pemandu kereta? Adakah kau tahu bahawa bila kau nampak seseorang yang hendak melintas jalan, kau perlu beri penghormatan untuk orang tersebut melintas dulu? Adakah kau tahu kalau kau melanggar orang yang melintas di lintasan ZEBRA, kau boleh masuk mahkamah dan di kenakan hukuman PENJARA? Dan adakah kau tahu. Bila seseorang yang mahu melintas di lintasan ZEBRA. Dia tak perlu sangat pun untuk 'Pandang Kiri dan Kanan' sebab lintasan ZEBRA itu adalah kuasa keutamaan di mana pemandu kereta WAJIB berhenti untuk beri laluan kepada pelintas jalan.

Kau tak tahu?

Abes, macam mana kau boleh dapat lesen kereta? Kau belajar apa? Kau tidor ke masa kelas undang-undang? Ke sebenarnya kau takde lesen kereta dan kau main bawak je? Kau lupa? Kalau lupa, tak sedar, next time jangan buat lagi. Praktikkan. Tak rugi pun berbuat baik.

Inilah masalah mentaliti rakyat Malaysia buat gua berangin. Nak itu ini. Nak kerajaan buat itu ini. Tak dapat itu ini, nak menentang. Tapi undang-undang RESPECT each other macam benda ni pon tak tahu, buta, dan main langgar. Problem betol.

p/s : Beringat-ingat lah sesama kita. Chalo!

10 ulasan:

Penulis.Sahaja. berkata...

gua kadang2 panas kalau kita dh stop bg jalan. tp awek2 tu mcm buat catwalk jalan slow2. padahal belakang ni kereta dah byak dah beratur sebab nak kasi dia jalan.
kalau pemandu dh bertimbang rasa,
org yg jalan juge perlu.
apa salahnya jalan cepat sikit ye dak?

AliceAqram berkata...

@penulis sahaja

haha. kalau awek terkedek-kedek tu memang patut dapat maki hamun monolog oleh kita. tapi kalau orang tua atau ibu mengandung tak payah kot.

Fucking Guy berkata...

haha kalau lembu mcm mana bro?haha berani sabar satu jam? haha

AliceAqram berkata...

@fucking guy

lu tak pyh lah jadi bebal nak tunggu lembu melintas. gua tak rase pon kat depan zouk tu ada lembu melintas. kat U lu sekalipun, ada ke?

kalau ada pun, lu tak pyh tunggu. takutkan lembu tu je, gerenti dia lari. lembu mati, boleh sembelih buat makan. manusia mati, lu nak makan?

Fiq berkata...

kalau jenjalan kat paris ko tgh jalan kat zebra line walopon lampu hijau..si pemandu still bg kita jalan. chill je. pemandu malaysia ni aku kira pentingkan diri.biasa biasa..

siggplus berkata...

masa dekat brunei dulu, memang mentaliti driver dia bagus, bila ada orang nak melintas, semua slow down n berenti.

dkt malaysia, selagi boleh taknak bagi orang melintas. heh

AliceAqram berkata...

@fiq

pentingkan diri kurang tepat. tapi diorg fikir 'ini jalan bapak aku punya'.

@siggplus

bagus kan org brunei? aku masa kat UK pun sama. takde masalah nak melintas. melainkan kalau kat US. sama mcm kat Malaysia. jangan cari pasal melintas suka2 hati.

Pemandu Kimak berkata...

dah nama pun zebra cross. mestilah untuk zebra. yang kau memandai nak melintas apahal? kau zebra ke?

AliceAqram berkata...

@pemandu kimak.

terima kasih lah kerana mengkimakkan diri dalm blog ni.

ザ-sylver-shooter berkata...

lol

setuju!