Julai 14, 2010

Love Lesson For Men 304

Sayangilah Girlfriend Sendiri, Jangan Asyik Pervert Perempuan Lain.


Kita bukanlah di lahirkan dengan kesempurnaan. Bila bercakap pasal suatu hubungan yang lebih serius iaitu PERKAHWINAN, tiada siapa pun tahu apa akan terjadi, bila terjadi ataupun dengan siapa akan terjadi. Kadang-kadang kita sendiri merasakan kenapa hidup ini adakalanya tidak bersikap adil pada diri kita. Saat kita dalam 'stuck' dan serabut dengan macam-macam masalah seperti masalah masa depan, kewangan, pekerjaan, pelajaran dan keluarga contohnya, kita terlupa akan suatu perkara iaitu;

Masih ada yang menyayangi kita lebih dari kita menyayangi diri sendiri.

Kita tahu. Bila kita dalam tekanan, macam-macam pilihan akan timbul dalam pemikiran. Ada yang mahu give-up, mahu berhenti, mahu buang segalanya dan mungkin ada yang sampai mahu bunuh diri. Tapi, sedarkah kita bahawa tak semua orang di sekeliling kita yang bersikap tak endah pada diri kita? Ya, kita nampak orang lain even kawan baik sendiri tak peduli akan nasib dan diri kita. Tapi kita lupa pada seseorang yang bersama dengan kita, setia dengan kita dan terus menyokong diri kita menempuh hidup yang pancaroba.

Tapi, siapa? Mak Bapak kita? Itu kalaupun mereka benar-benar faham diri kita. Hakikatnya, bila kita meningkat dewasa, segala masalah secara normalnya jarang untuk kita berkongsi dengan mak bapak sendiri. Sebabnya bila kita sudah dewasa, kita ada ego kita sendiri untuk mengelakkan campur tangan ibu bapa dalam kehidupan. Ya, kita mahu kita sendiri tentukan nasib kita. Releven lagi ke perkahwinan 'orang tua jalankan' di masa sekarang menurut pemikiran kita kini?

Siapa lagi? Tuhan? Well, secara rohani, mungkin ya. Tuhan mendengar keluhan kita selepas solat. Kita lega. Namun, secara praktikalnya, secara fizikalnya, adakah Tuhan akan keluarkan keajaiban secara tiba-tiba seperti menjatuhkan duit dari langit sewenang-wenangnya untuk solvekan masalah kita contohnya? Takkan! Ataupun Tuhan menjelmakan diri membantu kita dengan secara fizikal? Aku rasa, hanya orang 'naik isim' saja yang akan percaya sebegitu. Manusia biasa seperti aku, aku rasa itu macam tak mungkin. Sebab siapalah kita sangat untuk secara drastik Tuhan akan datang membantu. Dalam Al-Quran sendiri menerangkan nasib kita hanya akan berubah bila kita sendiri berusaha untuk mengubahnya. Berfikir realistik sikit lahh.

Jadi, siapa lagi? Adik-beradik? Sedara mara? Kawan karib? Orang yang terhutang budi pada kita? Are you serious? 24jamkah mereka sanggup bersama kita? Bullshit.

Sebab itu aku rasakan, dengan adanya teman wanita yang setia ataupun lebih baik, isteri yang setia yang akan sentiasa bersama kita menempuh segala masalah kita bersama.

That's why Tuhan menyuruh kita dapatkan perempuan yang baik dan serasi dengan kita. Bukan aku yang cakap, Tuhan yang cakap okayy.

Bila dah dapat yang baik. Apa yang perlu kita buat? Jadikan ia seperti sampah? Jadikan alat pemuas nafsu? Jadikan sebagai buat 'geli-geli'? Atau tempat buat kilang anak? Buat duit? Macam sial kalau ada lelaki yang buat macam tu.

Mestilah kita kena layan dengan baik. Terma seorang suami boleh 'lakukan sesuka hati' terhadap isteri bukan bermaksud SESUKA HATI KEPALA BAPAK KAU BUAT MACAM-MACAM KAT BINI KAU. Apatah lagi pada teman wanita sendiri yang masih belum berkahwin.

Melayan dengan baik secara simple perlakuan yang boleh kita buat ialah menjadi SETIA. Senang cakap, JANGAN MEMANDAI NAK CARI PEREMPUAN LAIN. Bila nampak perempuan itu, nak. Nampak perempuan ini, nak. Semua nak. Yang ada ni, terberanak menanggung kecewa dengan perlakuan yang KIMAK.

Layanlah dengan baik teman wanita atau isteri kita sendiri. Layan pada perkara ke arah kebaikkan. Ok lah, mungkin ada yang komplen teman wanita atau bini kita pun 'problem' dan banyak buat masalah. Ok, itu memang ada. Tapi aku nak bagitau lah, biar kita buat baik pada orang, orang lain nak buat jahat pada kita, kita redha je, sebab kalau kita balas balik dengan berbuat jahat, sampai bila nak abes? Sampai mati? Sampai puas? Puas macam mana? Nak sampai orang tu menyembah kita baru puas? Kalau merungut banyak-banyak pun, ada faedah? Takde nya.

Nanti bila kita layan dengan baik. Banyak faedahnya. Tak tergambarkan. Selalunya berkaitan emosi. Dari kita serabut, kita happy. Dari kita down, kita bersemangat. Bila tenung wajah dia dalam-dalam, kita rasa ada makna lagi kehidupan ini. Kelakar, gembira, dan segalanya lah. Berkongsi masalah dengan bini atau teman wanita kadang-kadang jalan selamat untuk elak diri kita dari jadi gila atau 'mengeluh sorang-sorang'. Series tak tipu.

Biasalah kalau teman wanita atau bini banyak renyah, banyak ragam. Tapi, berbaloi beb bila kita setia dengan ikhlas. Kalau dia tak nampak keikhlasan kita, maybe dia tak nampak masa sekarang. Tapi, bila dah lama-lama nanti dia akan nampak jugak dan time tu pasti dia akan rasa menyesal yang amat. Merayu-rayu meminta kebaikkan kita. Tak caya, kau trylah.

Ala, jodoh ni bukan kira status atau cantik mana pun. Ada kenalan aku tu, husband dia kerja kerani kat kilang sawit felda hujung sana tu. Berapa lah sangat gaji. Dia pula sedang siapkan PHD dan bakal jadi pensyarah kimia. Kau rasa itu kebetulan atau jodoh? Ke sebab kena 'guna-guna'?. Haha, macam sial punya pemikiran.

Sekian.

11 ulasan:

Oong-ong berkata...

huhuhu..nice entry

!!~miss kawaii~!! berkata...

wah !
sgt best...
suke suke !

AliceAqram berkata...

mekaseh daun keladi!

sang luna berkata...

yep, terbaik. kebenaran yg ternyata di situ

siggplus berkata...

Silap. Tertipu dengan gambar

siggplus berkata...

Aku tertipu dgn entri

AliceAqram berkata...

@siggplus

;P

Seha Haris berkata...

ok, ini nice. perlu lebih membaca dari post kau. malangnya, emosi dan masa x stabil.

AliceAqram berkata...

seha. u need heal yourself. keep it calm k.

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah... aku pervert ker??? aku nampak benda lain sebelum aku tau itu mouse..

ikajahas berkata...

suke entry ni sgt2 :)