Julai 07, 2010

Salahkah Memahami Islam Dengan Kaedah Scepticism?

p/s : Dah lama tak buat entri serius.
  • Kaedah Scepticism merupakan kaedah mempertanyakan, atau mempersoalkan sesuatu. Ia berbentuk keraguan yang tercetus dalam memahami suatu perkara, undang-undang mahupun falsafah. Istilah ini adalah istilah falsafah eropah.
  • Apabila Scepticism wujud dalam memahami agama Islam, ia mendatangkan pelbagai diversi pendapat di kalangan pengamal ajaran Islam. Contoh-contoh ayat mengandungi scepticism terhadap ajaran Islam ialah :
"Kenapa orang Islam tidak boleh memakan babi?"
"Mengapa umat Islam berebut-rebut mencium batu hitam di Kaabah?"
"Apakah itu Allah?"
  • Apabila pertanyaan yang menimbulkan keraguan di ajukan. Terdapat pelbagai pandangan di utarakan oleh umat Islam. Ada yang mahu menerangkan, ada yang tidak mahu di persoalkan, ada yang berkecuali mahu menerangkan, dan ada yang mahu ikut sahaja.
  • Para pemikir Islam termasuk Muhammad SAW sendiri mengalami situasi scepticism ini sewaktu baginda menyebarkan ajaran Tauhid Allah Taala pada permulaan dakwah dahulu.
  • Contohnya, baginda telah di ajukan pelbagai keraguan bertalu-talu dari penduduk Mekah bagi menerangkan perjalanan baginda dalam peristiwa 'Israk Mikraj'. Pada waktu itu, ramai yang ragu dan tidak percaya dengan cerita baginda. Cuma Saidina Abu Bakar yang meyakini segala cerita baginda.
  • Scepticism dalam Islam ada baik dan buruknya. Yang baik ialah, ia boleh menambahkan kefahaman dan keyakinan kita terhadap Islam. Tetapi, yang buruk ialah scepticism hanya boleh menerangkan sesuatu perkara yang berbentuk nyata atau absolute. Ia tidak boleh menjelaskan dengan nyata bagi perkara-perkara seperti jodoh, kematian, perkara ghaib dan sebagainya yang berkaitan dengan sesuatu melebihi jangkaan logik akal manusia.
  • Contoh yang baik dalam scepticism terhadap ajaran Islam ialah keraguan mengenai pengharaman arak. Hasil dari keraguan tersebut, manusia telah mengkaji kesan arak. Dan dengan kajian tersebut dapatlah di nyatakan bahawa arak mendatangkan keburukkan seperti dapat menghilangkan kewarasan akal dan mendatangkan penyakit.
  • Contoh keburukkan scepticism terhadap ajaran Islam contohnya ialah meragukan sifat-sifat Allah. Ini merupakan masalah scepticism yang bertindahan dengan ideologi keyakinan dan kepercayaan. Apabila manusia terlalu taksub memegang kaedah scepticism dalam mendapatkan jawapan mengenai Allah Taala, kesannya akan berlaku kepada kewarasan akal manusia. Pendek cerita, manusia boleh jadi gila.
  • Maka, di nasihatkan. Berpada-padalah dalam mencetuskan keraguan. Adakalanya, kepercayaan yang ke arah kebaikkan boleh menghilangkan keraguan. Jika contohnya ada orang bertanya kepada anda, 'Siapakah Imam Mahadi? Bila dia akan muncul? Di mana dia?'. Katakanlah, 'Waallahualam. Sesungguhnya Allah Taala lebih mengetahui dan Dia lah sebaik-baik Maha Perancang'.
p/s : Kadang-kadang aku geram dengan pengkaji dan penulis buku yang asyik sangat bercerita pasal kiamat, kedatangan Mahdi, Dajal, panji-panji Hitam dan apa yang berkaitan. Taksub sangat. Pulun sangat. Sampai tahap 'satu kerja pun tak boleh nak buat'. Bagi aku, antara hadith, Al-Quran, dan itjimak dalam menerangkan dan meramalkan pasal kedatangan kiamat ini. Aku lebih memilih percaya kepada kekuasaan Allah Taala.

Kita mungkin boleh meramal kedatangan Mahdi, Dajal dan Isa berpandukan hadith dan Al-Quran. Tetapi, fikirlah. Jika Allah itu Maha Berkuasa, dia boleh mengubah bila-bila saja ramalan tersebut. Bukanlah nak cakap Allah memungkiri janji. Tidak. Aku ingin mengajak umat Islam berfikir dengan cara yang mudah. Yang mana satu patut kita percaya dulu, KUASA ALLAH atau Ramalan Hadith? Adakah ramalan lebih hebat dari kuasa Allah Taala? Masyallah, renungkan lah balik. Kalau Allah Taala nak ubah sekelip mata isi kandungan Al-Quran dalam sekelip mata, Dia boleh je lakukan. Sebab Dia ialah Tuhan. Terer segalanya. Kan? Jadi, berpada-padalah dalam kehidupan ini. Sekian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Entry yang agak berisi. Satu peningkatan yang agak baik dalam penulisan ilmiah. Teruskan =)

Aqram berkata...

syukran.