Julai 23, 2010

Biar Gua Cerita Apa Yang Gua Alami : Bahagian Dua

Sebelum gua nak sambung cerita. Gua nak bagi satu ayat dulu,

"Kejahatan ada di mana-mana walaupun depan Kaabah sendiri. Jadi, jangan naif merasakan semua orang yang pergi Mekah boleh jadi baik"

Kenapa gua cakap macam tu? Sebab ini ada kaitan dengan cerita yang nak gua sampaikan. Engkorang tau kan apa itu Hajarul Aswad? Batu hitam dari syurga menurut beberapa sumber hadis. Ada orang cakap kalau dapat cium batu tu, dosa-dosa boleh terhapus. Sebab tu lah ramai orang nak cium batu tu. Berebut-rebut. Dah macam nak dapatkan tiket final Piala Malaysia. Bila que kena potong, mula meradang, tangan ghaib tiba-tiba datang, lebam biji mata. Jerit sana, jerit sini. Dah jadi macam apa depan Kaabah tu. Selit sana sini. Laki perempuan? Campur je, dah macam sardin selagi boleh. Padahal sunat je pun fadilat cium Hajarul Aswad tu. Larhhh?

Ceritanya begini. Pada pertama kali gua nak cium Hajarul Aswad. Memang gua rasa macam nak pergi perang. Susah bukan kemain. Berhimpit dengan pak Arab. Time tu dalam pukul 10pagi. Matahari memancar. Peluh menjejeh. Dia punya bau bila berhimpit. Pergh. Lu fikirla sendiri bau pak Arab macam mana. Gua time tu memang rakus abes. Gua kecik. Jadi gua boleh menyelit. Tapi, salah selit. Gua kat bawah kelengkang pak Arab. Masak gua. Nasib baik ada tenaga. Gua selit punya selit. Baju gua pun dah koyak. Entah berapa kali kena maki dengan pak Arab, gua sampai juga ke Hajarul Aswad. Gua cuba nak cium lama, doa sikit. Tapi, entah lahabau Arab mana tarik kepala gua, terus gua macam di slam sampai kebelakang. Pergh. Seksa!

Esoknya. Gua nak cuba lagi. Lepas buat umrah lepas subuh. Gua balik hotel, makan banyak-banyak bagi tenaga. Tak pakai baju Melayu dah macam semalam, pakai baju pagoda. Serik pakai baju Melayu sebab senang koyak bila ditarik macam semalam. So, gua pun pergilah ke Kaabah. Buat solat sunat, minta Allah permudahkan gua nak cium Hajarul Aswad. Jangan tanya dulu kenapa gua kemaruk sangat nak cium, nanti gua cerita. Ok. Gua pergilah buat tawaf sunat. Ambil laluan cantik. Gua tunggu tepi, stay kejap. Tiba-tiba..

"Bang, nak cium hajar aswad?", tanya seorang pemuda Indonesia.
"Eh, nak lah", jawab gua. "Ha, mari ikut saya", balas pemuda tu.

Pemuda tu bisik-bisik kat member dia lepas tu terus tarik gua ikut diorang stay tepi Kaabah. Gua macam terpinga-pinga time nih. Gua tengok pemuda tu dan kawan-kawan dia sedang cuba menolak orang-orang yang berhimpit depan hajar aswad dan sambil tu menolak gua masuk kedalam celah barisan depan untuk cium batu tu. Pergh. Gua merasakan sakit belakang kena tolak. Diorang push punya push sampai lah gua betul-betul kat depan hajar aswad. Gua masuk kepala dalam 20 saat. Cium, niat apa yang patut. Tiba-tiba sekali lagi gua ditarik, oleh pemuda-pemuda Indonesia tu keluar. Gua terus mamai. Rasa nak pitam dah bila kena tarik-tarik ni. Then, pemuda itu berkata pada gua,


"Wang nya bang?", tanya mereka sambil tersengih-sengih.
"Eh? Duit? Tak cakap pun kena duit?", gua dah rasa lain macam.
Seorang dari mereka membisikkan pada aku, "Jangan cakap banyak, kami dah tolong, duit nya mana?". Series, time ni gua kaget. Dengan pening-pening, gua mengalah. Gua seluk poket, redha je lah berapa yang ada, gua terus hulur kat pemuda tu dan terus blah. Sempat jugak gua jeling, ok, terbang 20riyal gua. Dan gua bermonolog dalam hati, "Ya Allah, apa lah dosa aku sampai aku kena tipu depan Kaabah mu? Dan mengapalah juga ada kejahatan terang-terangan di dalam rumah mu?". Terus gua menitik air mata. Gua amek wudhu. Buat solat taubat.

Gua mengadu cerita ni kat kenalan yang gua rapat. Pakcik tu seorang imam dan berpengalaman dengan Mekah sebab banyak kali bawak orang pegi Mekah. Dia bagitau aku, memang ada kerja macam tu oleh pelajar-pelajar dari universiti Mekah yang nak cari duit lebih, guna taktik buat-buat ikhlas tolong cium hajar aswad. Dan dia lupa memperingatkan benda ni pada gua dan jemaah lain supaya berhati-hati. Aisey, pak imam boleh lupa ye? Apalah nasib gua kann? Ok. Dia ada bagitau lagi, kalau nak dipermudahkan mencium hajar aswad. Jangan niat terlalu nak sangat. Ambil langkah redha, maknanya kalau ada rezeki, dapatlah, tak dapat, terima je lah. Ok, gua memang kemaruk time tu, salah gua. Then, dia juga bagitau kalau nak di permudahkan urusan tu, lakukan solat taubat di muktazam (tempat antara hajar aswad dan pintu Kaabah), solat sunat di Hijr Ismail, dakap Kaabah dengan tatacara adab (bukannya meraung-meraung macam yang selalu gua nampak), dan akhir sekali cium bucu Kaabah sebelum sampai ke bucu hajar aswad sebab bucu tu tempat asal hajar aswad diletakkan sebelum dipindahkan oleh Rasuluallah (ingat tak kisah Rasuluallah selesaikan pertelingkahan kabilah Arab pasal siapa berhak pegang hajar aswad?).

Ok. Dengan semangat baru. Gua lakukan apa yang di ajar pak imam. Dalam 2 hari selepas tu, gua pergilah cium. Lakukan petua-petua yang di ajar. Alhamdulillah, tak sesukar seperti yang kali pertama. Himpit-himpit sikitlah, tapi tak susah. Kali keempat dan kelima paling seronok. Gua buat seperti biasa ibadat yang di ajar. Then, pergi ke hajar aswad. Macam air gua terus jalan pergi cium. Padahal time tu ramai orang, entah macam mana Allah buat laluan nak pergi tu kosong takde orang. Gua just amek 2-3 langkah, sampai, cium dalam seminit, niat, doa, sapu dengan kain, blah macam tu. Takde sapa nak tarik-tarik. Aik? Gua pun heran, apsal ha?. Tapi, gua memanjat kesyukuran. Mungkin ibadat gua di terima.

Ok, cerita pasal kejahatan depan Kaabah ni ada lagi. Nanti gua cerita lagi apa yang aku jumpa depan Kaabah sebagai renungan bersama.

Bersambung...

p/s: Gua kemaruk sebab... entah, macam ada tarikan kuasa untuk push diri kita dekat pada hajar aswad. Pesanan gua, hajar aswad ni sunat je. Fokuskan pada ibadat yang utama. ok?

12 ulasan:

deus X machina berkata...

Menarik ayat lu yang lu bold kan tu
gua nantikan sambungannya

no wonder kaki-kaki rasuah, botol, perempuan etc masih tak berubah walau dah ke Mekah

AliceAqram berkata...

@deus X machina

kan?
kalau dapat hidayah, alhamdulillah.
kalau tak dapat? jangan salahkan ibu mengandung, bapak pukul serong. Larhhh?

Tanpa Nama berkata...

murah nya rezeki ang dapat pi sana... arap aku pon dapat ke sana sebelom meninggalkan donia ini..

AliceAqram berkata...

insyallah. usaha lah. tak usaha, tak dapat jek.

lumut berkata...

nice entry..
aku nantikan sambungannya....

=)

Tanpa Nama berkata...

aku penah kena macam ko.
time tu lepas solat Subuh. aku pegi area tu...aku tengok ramai orang tengah berebut. so kes aku macam ko. tapi aku terkejut gak a. tapi aku chow je. (sebab aku fikir lain kali pun boleh).
terfikir gak takut Allah nak tolong aku gi cium Hajarul Aswad. takut orang Indon tu betul ikhlas nak tolong atau malaikat nak tolong aku. huhuhu.
bagus gak ko cerita kat blog ko ni.kasi panduan pada sapa² yang nak ke Mekah.

entah diorang tolong tu ikhlas ke tak. dah mintak duit, macam tak ikhlas la pulak rasenye.

J. Love berkata...

pak arab memang bau macam cilake. wonder why diorang tak sedar. even the ladies pun. ni kalau cakap yang datang m'sia tu lah.

yang perempuan tu, mentang-mentanglah bawah jubah hitam dia tu dia pakai baju lain, they think it's ok not to wash the jubah. sebatu dah berbau!

ok off topic plak!

err.. gua rasa macam banyak kali je gua kene cium Hajarul Aswad. asal jangan gua taksub sangat bila gua sampai sana sudah.

berani kan orang-orang macam that indon fella buat camtu kat dalam rumah Allah. tak paham gua.

AliceAqram berkata...

@lumut

mekaseh daun keladi. ;p

@tanpa nama

ikhlas atau tak ikhlas tu Allah tentukan. tapi, kalau ada org rasa tertindas. adakah halal pekerjaan itu?

@j.love

jangan kemaruk mcm gua dowh. lagi lah lu tu perempuan. lu berhimpit kaw-kaw, pak arab memang suka himpit2 dengan badan mantap-mantap mcm lu. hahahah! ;P

n, tak tau lah. nak cari duit punya pasal kot. survive.

Riderz berkata...

yahaha..ni baru part 2..part 3 bila nk mnyusul?? buat trilogy trus!! haha

apa yg blaku kt dpan kaabah tu adalah realiti idup..mmg x dpt kita nafikan..sbb tu la kita perlukan Allah..sbb Dia la yg akan pmudahkn hidup kita kt dunia hgga akhirat!!

nasihat aku pd sume,
"You'll never walk alone.. be the Real Muslim!!" :D

AliceAqram berkata...

@riderz

aik. promo liverpool nampak? apa cerita? ni kem arsenal ok.

Riderz berkata...

itu aku promote Liverpool & Real Madrid!! wakakakaka

bkn ler.. xde kaitan dgn bola pun..haha
aku juz nk remind yg kita xkan prnh sdirian, tuhan akan sentiasa bersama kita.. jadilah sorg muslim yg sejati ;p

AkuMuzikFilem berkata...

indon2