Julai 30, 2010

Terasa Kerana Bahasa.

Kawan-kawan memang busuk. Ada yang suka memerli, menyindir, menasihat, buat-buat baik, buat-buat caring dan mungkin juga buat-buat gay. Itu semua lumrah dalam berkawan-kawan. Namun, bila petik cerita pasal kawan-kawan ni. Tak semua kawan kita sekepala ye tak? Alaah, kalau kawan senegeri pun, even kawan sekolah pun, ada je yang kita rasa tak selesa. Itu belum masuk kawan bukan senegeri. Dan gua lihat masalah ketidakselesaan antara kawan-kawan ini adalah antaranya masalah BAHASA. Bila salah berbahasa, mulalah TERASA. Dah TERASA, jadilah TAK SELESA.

Jadi, untuk cerita kali ni. Gua mula dengan satu situasi yang gua alami.

"Eh, ang dah kerja? Weh, ada kosong lagi dak?", tanya kenalan gua dengan nada mahu memulakan perbualan.

"Ada la kott. Try lah tanye", gua jawab macam malas-malas. Baru balik kerja, biasalah penat. Tapi, still sengih-sengih ubi.

"Tempat kerja ang boleh buat part-time 2 hari je dak?", pertanyaan yang merumitkan di ajukan pada gua. Dalam hati gua, 'Wah, heaven nya kalau ada company bagi kerja 2 hari seminggu.'

"Hahaha.. kalau company tu bapak kau punya, bolehlah kau kerja 2 hari je. Hehe", gua gelak-gelak buat lawak. Maksud gua di situ ialah, memang takde company bagi kerja 2 hari seminggu. Tapi, gua hiasi dengan ayat lawak dalam pemahaman bahasa selatan gua.

"Oh, ye ke? Ok", muka tarik. Macam muka nak gaduh telah di lampiaskan oleh kenalan gua. Seolah tak puas hati dengan perkataan main-main bapak ni. Terus dia berlalu sambil memegang erat pinggang makwenya yang hot-hot tu.

Gua terfaktab. Berlalu gua pergi dengan persoalan. Aiseh, lupa plak orang belah utara mana nak faham bahasa gila orang selatan. Demm.

Susah jugak bila hidup berkonsep 1Malaysia ni. Ye lah, bila hidup merantau kat negeri orang. Tak terperap kat negeri sendiri. Bila kat negeri orang, nak ikut rencah negeri orang sebenarnya susah. Lagi-lagi kalau bab bahasa. Gua bagi contoh mudah, kat Penang ni, budak-budak tak panggil gula-gula tu gula-gula. Tapi, diorang panggil cokelat. Jadi, bila ada kawan mintak cokelat kat gua, gua cakap lah takde, pastu dia boleh cakap gua tipu. Siap cakap, "Elehh, kedekut, kat dalam kocek tu apa?". Gua terfaktab lagi. Gua hulur gula-gula. Pastu dia cakap, "Ha, ada pun cokelat". Gua bingung sebentar. Rupanya kat Penang budak-budak panggil gula-gula tu cokelat. Dan cokelat pun dipanggil cokelat. Huh? What the F? Tak spesifik langsung bahasa utara ni. Ini kalau gua cakap jajan atau cekedis, entah diorang paham ke tidak.

Itu baru bahasa mudah. Cuba kalau gaya percakapan. Ada member gua orang PURE Melaka abes, kalau panggil member-member memang berdesing kalau orang negeri lain tak faham.

"Woi Lahanat, lama tak jumpa kau sial, apa bikin?"

Bagi gua, sebagai anak Johor. Ayat tu biasa je. Ayat tanya khabar. Tapi bagi member gua yang budak Kelantan dengan Kedah. Memang sah-sah member gua yang Melaka tu kena sound ;

"Anak haremm kauu, bahasa elok sikit, jangan buat ketegaq kat sini"

atau

"Mu nak kawe tumbok mu ke gapo?"

Haha. Lawak sial kadang-kadang gua tengok. So, kesimpulannya. Jangan cepat terasa sangat ok. Baik tanya dulu maksud-maksud tu kalau tak faham. Takpun, lebih berhati-hati bila berkata. Kalau, susah sangat, gunakan bahasa BAKU seperti 'yang telah guru ajarkan di sekolah'. Kalau panas baran sangat, agak-agaklah sikit. Member-member je ponn. Apa cher nak gaduh-gaduh bai? Haha. Chalo betey!

p/s: Dulu gua ada makwe orang Sarawak, lagi gua tak paham dia cakap apa. Kamek kitak apak?

3 ulasan:

J. Love berkata...

laaaaaaaaaaaaaaaaaaa


orang kampung gua rupenye. gua memati ingat lu orang penang.

AliceAqram berkata...

Larhhhhh? setelah sekian lama, baru lu nak tau gua ni orang johor?

LARHHHHHHHHHHHH?

AkuMuzikFilem berkata...

haha kelakar gila langgam dialek kelantan tu. ntakpe, no big deal. point dalm ni aku setuju belaka. btw, di pahang ni pun panggil cekelat juga. kalau taknak disalah sangka, kita pun kena faham dialek orang, dan kita jangan pula cepat menghukum bagi yang baru dengan budaya negeri masing2