Julai 11, 2010

Uruguay y la gran fuerza de Forlán

Perlawanan semalam antara Uruguay dan Jerman bagi gua adalah antara perlawanan terbaik setakat ini. Termasuk sekali Uruguay lawan Belanda tempohari. Kedua-duanya berkesudahan 3-2. Walaupun Uruguay kalah, namun persembahan Uruguay adalah yang paling menghiburkan. Kawan gua semalam bagitau, 'Uruguay had show the true balance football'. Bukan total football okay, tapi balance football.

Hampir lengkap dengan segalanya. Baik dari segi taktikal, Uruguay gemar menggunakan taktik 'tiga segi' untuk bergerak kehadapan. Disamping berani untuk memegang bola dan menembusi pertahanan lawan. Itulah baru bola sepak, penuh keberanian. Kekuatan? Walaupun Uruguay rata-ratanya tak tinggi dan berbadan kecil. Namun, mereka tiada masalah menumbangkan pemain Jerman yang berbadan besar. Gua pun hairan, ada pakai-pakai ke apa Uruguay ni? Individual pula, kau tengok si Suarez tu gelecek dan rembat bola curve masa lawan Korea tempohari, hebat!. Dan Suarez juga menunjukkan gaya patriotisme yang tinggi bila dengan selamba tahan bola mcam main bola tampar. Haha! Tervaek! Gaya marksman yang sebenar, tak usah cakap banyak, semestinya Diego Forlan yang penuh dengan aura bahaya di depan gol. One step kick dia dan free kick dia memang boleh buat musuh berderau darah. Gua rasa kalau pemain umur 30 sampai 34 patutnya dah tak banyak tenaga, tapi dia tak. Tak padan dengan umur. Makan biawak kot macam Drogba.

Yang paling aku respek ialah gaya pertahanan Uruguay. Diorang tak seperti Jerman atau England yang suka kumpul ramai-ramai defensif dalam kotak penalti. Pertahanan Uruguay 'main bukak'. Tapi, defensif Uruguay akan memintas bola musuh dengan gaya 'pressure dari belakang' dan kombinasi pintasan 'satu-dua' yang menarik. 'Satu-dua' di sini bermaksud, seorang defensif Uruguay akan pergi kacau musuh punya bola dan seorang lagi ready untuk pintas bola secara tiba-tiba. Smart! Taktik 'pressure dari belakang' itulah yang membuatkan pemain Jerman tergolek-dog walaupun berbadan besar.

Satu sahaja lah yang tiada pada Uruguay. LUCK. Banyak gol-gol yang Uruguay bolos adalah datang dari gol bodoh-bodoh ataupun gol 'keling bunting'. Senang cakap, gol yang berlaku sebab perebutan di dalam kotak penalti. Tanyalah mana peminat bola yang bermain bola, pasti akan setuju gol seumpama itu 50/50, siapa yang pandai berebut, dia lah yang menang. Jangan tanya pada peminat bola yang tak main bola. Diorang apa pun tak paham apa itu gaya bola. Sebab diorang tidak merasakan 'feel dan experiance' bermain bola itu sebagaimana. Jadi, abaikan.

Kesimpulannya, Uruguay terbaek! Kalau tak baek, takkan lah masuk semi, kan?

3 ulasan:

hurm... berkata...

ko nk bgtaw yg ko skong uruguay ker... hahaha... jgn lpe tgk final pg esok.. hope holland mng.. hahaha

Shahireen Zulkifli berkata...

Memang gua xmain bola. Tapi gua tak bebal macam reff tu yang gila buyers. Dan gua tak bebal bila terjatuh and xnak orgtu dapat bola, gua tarik orang tu sekali jatuh. Dan gua tak bebal kalau main bola guna kaki, mmg boleh ada body contact tapi bukan dengan kedua dua belah tangan pegang orang tu supaya dia tak dapat bergerak u tuk dapat bola. Dan gua tak de la bebal sangat sampai xdapat bezakan football dengan main handball atau pun ragbi.

AliceAqram berkata...

reen.

semalam reff match spain dgn holland lagi buyers. 8 yellow card. pfff.

tarik org tak nak org lain dpt bola tu biasa. kau tak pernah lagi rasa tangan berkepak orang berlari pastu kena muka kau. sakit woo.

guna dua belah tgn utk halang musuh supaya tak dpt gerak itu taktikal biasa. kau belum pernah rasa orang lompat atas badan kau sebab nak halang kau tanduk bola. lagi sakitt woo.

handball ada bnyak jenis. antaranya ada 'ball to hand' atau 'hand to ball'. biasalah handball. kau belum pernah rasa orang sepak free kick kena direct muka kau. lagi kaw-kaw.

segala apa yg kau rungutkan tu, adalah perkara biasa dalam bola sepak. nak buat mcm mana.