Ogos 16, 2010

Cara Aku Memahami Agama Aku : Siri 1


Gua dedikasikan penulisan ini buat diri gua sendiri, kawan-kawan dan pembaca blog gua.

Kasihan gua rasa kadang-kadang dengan realiti yang agama gua sedang hadapi sekarang ini. Kasihan pada penganut nya. Mengapa penganut agama gua ini saling berbalah dengan benda-benda yang tak penting, merosakkan akal dan menggalakan permusuhan?

Bagi gua, agama gua iaitu Islam ini tidak lah rumit. Tapi, mana ntah idea-idea virus ni datang merumitkan pemikaran penganutnya. Kalau orang tanya gua, apa benda yang penting sekali, yang kau letak pertama sekali on the top pasal agama kau? Gua memang letak ;

Rukun Islam.

5 perkara dalam rukun inilah yang gua letak on the top. Yang gua rasa semua penganutnya kena jaga, kena protect, kena save dalam kehidupan dan kepala otak masing-masing.

1. Mengakui keesaan Tuhan yang bernama Allah dan kewujudan orang bernama Muhammad bin Abdullah yang menemui dan menyampaikan keesaan Allah ini ke seantero dunia.

Ok, secara praktikal di sebut mengucap. Ucap kalimah syahadah bak cikgu-cikgu kita cakap. Tapi, bagi gua, definisi gua adalah seperti yang gua tulis di atas. Dunia ni bagi gua, bukan tercipta sendiri macam magik. Ada kuasa, ada pihak yang menjaganya dan ia di sebut Tuhan. Gua lihat, nama Tuhan ni namanya Allah. Mana datang nama Allah, dari bahasa Arab lah yang bermaksud Tuhan. Maha hebat, agung, terer, genius dan berkuasa super-super. Cuma satu saja. Takde dua atau tiga atau seterusnya. Allah ini sangat hebat. Kita ni manusia pun di cipta oleh Allah. Alam, planet, matahari, bulan, pokok.. ah kira semua objek natural yang manusia nampak adalah ciptaan Allah. Ada hakcipta? Ada. Sebab dia hebat, bila-bila dia boleh musnahkan atau tarik balik apa yang dia cipta.

Muhammad ni sapa? Gua tak pernah jumpa lagi. Seorang lelaki lah. Berbangsa Arab. Seorang bijaksana yang dari kecil tak putus-putus mencari kebenaran dalam dunia. Mencari-cari siapa yang menciptakan diri dia dan alam ini. Muhammad ni pun bijak jugak, terer lah dalam kalangan manusia. Jadi, sebab dia ni rajin, Allah memang dah plan awal-awal untuk lantik dia sebagai penyampai kebenaran hakiki di dunia ini. Allah beri kelebihan pada Muhammad untuk menjadi pesuruh Allah full-time. Apa kerja Muhammad ni? Menyampaikan kebenaran kepada manusia-manusia lain terutamanya kepada manusia yang tak terima lagi atau tak mahu terima kebenaran mengenai kewujudan Allah dalam kehidupan.

Tapi, ada je manusia yang tak nak dengar kebenaran ni. Mungkin dia rasa dia boleh jadi hebat macam Firaun yang mengaku sebagai Tuhan. At the end, Firaun mati jugak. Ayah Pin? Ceh!

2. Solat lima kali sehari.

Bila kau jumpa orang hebat, kau akan rasa segan kan? Rasa macam malu-malu seolah darjat tak setaraf. Seperti contoh, "Ishhh rasa nervous plak nak jumpa Sultan Johor ni, kalau tak ye boleh sengugut aku ni. Kena tunduk bila bercakap nanti.". Itu baru jumpa sultan, abes kalau jumpa Allah yang lagi super-super hebat dari Sultan Johor? Lagi lah malu, segan, sampai boleh sujud. Dan itulah sebab kenapa manusia kena sujud pada Allah. Tanda respek, segan, taat kita kepada yang mencipta kita. Dalam bahasa Arab, di namakan solat. Bahasa melayu dipanggil sembahyang. Tapi, pada hakikatnya. Ia melibatkan sujud kepada Allah Maha Terhebat.


Cuba lah kalau manusia tak sujud pada Allah. Tak rasa macam tak kenang budi ke? Kau tak rasa Allah bakal berkata, "Wah ewah, aku dah bagi kau hidup kat dunia, tiba masa kau taknak sujud depan aku? Kau fikir kau hebat dari aku ke? Siap kau, nanti aku campak kau dalam neraka nanti". Nah, paham tak maksud gua di sini? Gua sebagai manusia, nak taknak, kena sujud pada Allah, sebab gua kenang budi, banyak-banyak terima kasih pada Allah sebab bagi gua hidup kat dunia. Sebab itu gua solat.

Kalau lu orang tak nak solat pun sebab tak larat, malas, penat. Buatlah jugak dari takde langsung. At least sehari kena lah bersujud pada Allah. Maghrib kan ada masa free, buatlah solat. Ucap 'thanks Allah' sebab bagi hidup. 'Thanks Allah' sebab bagi dapat berbuka sedap-sedap. Bagi gua, solat ni basic dan akar tunjang. Kalau yang basic ni tunggang langgang, apatah lagi yang lain macam aurat, idealogi, dan perangai? . Perangai konpem macam hantu.

3. Berpuasa di bulan Ramadhan.

Bulan ramadhan ni bulan ke sembilan dalam kalender Islam. Berpuasa tu secara ringkas maksudnya bagi gua ialah menahan ujian. Ada orang cakap senang-senang sebagai bulan tak boleh makan siang. Apa lah punya jawapan macam budak darjah satu. Tak menarik langsung. Ni gua bagitau, sebab apa gua cakap menahan ujian? Sebab ini merupakan satu order dari Allah untuk manusia macam kita patuh dan secara tersirat nya merupakan satu cara Allah nak kenal sekor-sekor antara kita ni betul ke taat pada dia?(Allah).

Alahai, macam tak pernah amek exam pulak korang ni. Macam tak pernah kerja. Pandai cakap boleh kerja dalam tekanan. Tapi, bila bulan puasa tertekan tak dapat makan, terus tak puasa. Saja je Allah nak testing manusia-manusia yang taat pada dia ni. Apa ada heran? Dia Tuhan, dia boleh buat apa saja kan? Yang kauorang menggelabah apa pasal sampai tak puasa? Itu maknanya konpem lah failed dengan ujian Tuhan. Kalau ye pun tak larat nak puasa, trylah puasa, ada 30 hari kot. Cuba lah sedaya boleh, nak past test ke taknak ni? Tak dapat penuh, 29 hari pun okay, tak dapat 29, sehari pun okay. Yang marah kau tak puasa ialah manusia, Allah takde cakap pun dalam Al-Quran dia murka habes dengan orang tak puasa cukup. Ada ke? Yang gua tau, Allah mahu kita buat banyak benda-benda baik bulan puasa. Kalau adapun dia cakap celakalah pada mereka yang tak reti bersyukur dan tak reti buat amal pada bulan baik ini. Bagitau aku kalau ada Allah murka manusia tak berpuasa penuh. Manusia je yang lebih-lebih nak marah kau tak puasa. Macam bajek lebih hebat dari Tuhan plak. Ceh!

4. Membayar zakat.

Ni tak sama macam bayar cukai termasuklah cukai pintu dan cukai tanah kerajaan Selangor. Zakat ni bagi gua adalah bukti ikhlas kita kepada Allah. Kenapa gua cakap macam tu? Bila sebut pasal rezeki, harta, duit dan pemilikan yang manusia ada ni. Kena ingat-ingat lah yang rezeki tu bukan milik kita sorang je dalam dunia ni. Kita hidup bukan sorang, ada berbillon manusia kot. Aku nak tanya lah, kau kerja penat-penat, kau dapat duit, kalau kau kerja, kau tak dapat duit, apa kau akan rasa? Rasa tak adil kan? Rasa tertindas kan? Bohong lah kalau kau rasa rilek and cool je orang lain perah tenaga kau, tapi kau tak dapat pulangan. Sedangkan ada antara kita nak kongsi meggi pun berkira. Larhhh? So, aku nak tanya lagi, Allah yang sediakan alam dan cipta kau, kerja dia memantau kehidupan, dia dapat duit tak dari kita?


Haha, memanglah tak dapat duit. Tapi, aku nak tanya. Apa yang kita beri pada Allah atas kerja dan jasa yang Allah lakukan selama ini? Kau ingat free-free ke? Cukup ke dengan sekadar sujud saja? Tak dapat jekkk. Sebab itu ada zakat. Alahh, berapa lah sangat nak keluarkan RM6.50 tu di bandingkan dengan duit gaji dan biasiswa kau yang cecah lima enam rat sebulan? Apa hal kedekut sangat? Ustaz gua cakap zakat ni amal jariah kita ke jalan Allah. Gua nak cakap ini bukan sekadar jalan Allah, ini adalah bayaran cash kita kepada Allah. Cuma, kita bukan boleh bayar direct macam Maybank2u terus kepada Allah. Macam lah Allah nak bukak kaunter terang-terang kat dunia ni. Haha, tak tak. Allah minta kita bayar kepada mereka yang memerlukan. Bukan sapa pun, seagama sendiri. Tu pun Allah dah cukup gembira. Besar ganjaran dan memang Allah hepi sangat-sangat lah kepada hambanya yang suka bersedekah kan? Alahaii, gua rasa, setakat rm6.50 tu bagi Allah, halus lah. Dia bukan nak sangat pun, sekadar nak tengok kita ni betul ke boleh di harap ke tak, kan?

Tapi, ada je manusia tak bayar zakat. Ha, bab ni, memang Allah murka kalau manusia tak bayar zakat. Main nombor ekor ada duit, beli jam Casio ada duit, beli tudung bawal boleh sampai sepuluh, beli Nikon D80 boleh, tapiii.. zakat tak bayar. Blah lah weii, haha.. Bagi aku juga, zakat ni juga sebenarnya rahsia sebenar umat Islam nak jadi jutawan kalau kau nak tau. Bukan macam MLM atau login facebook dapat duit. Itu melingkup adalah.

5. Mengerjakan haji di Mekah

Gua mencari-cari sebenarnya untuk jawapan dalam rukun ke lima ini dulu. Sebab tu gua pergi Mekah untuk cari jawapan. Sebab gua tahu, gua bagitaulah. Bagi gua, haji atau mungkin juga umrah, janji pergi tawaf depan Kaabah, adalah merupakan pengorbanan sebenar kita kepada Yang Maha Pengasih ni. Yang selalu kita anggap, ia merupakan satu simbolik kewajipan yang perlu kita buat. Tapi, tak sebenarnya. Dulu aku fikir macam tu jugak. Tapi, baru gua tahu ia tak berapa nak tepat. Bila dah duduk depan Kaabah tu baru tau rasanya. Series, rasa lain. Gua nak terangkan pun susah. Tak boleh nak di gambar dengan kata-kata. Bukanlah misteri, bukanlah di penuhi kisah-kisah seram seperti yang selalu Mastika tulis. Tak tak tak.

Gua boleh cakap, ia merupakan pelengkap kepada empat perkara rukun sebelum ini. Sebab, bila kau kerjakan haji. Kefahaman dan keyakinan kau terhadap Allah dan agama ini meningkat 300% peratus. Itupun atas izin Allah. Insyallah. Ah, tak payah lah gua cerita sangat. Tak suspen lah kan? Apa kata korunk pergi sana dan cuba rasa macam mana. Baru best. Hehe. Amacam?
..................................................................

Ok, penulisan topik ni tak habes lagi. Banyak lagi yang gua nak tulis pasal agama gua ni. Gua memang suka tulis bab agama sebenarnya dari tulis benda cinta-cinta. Hehe. Kalau rasa-rasa macam penulisan aku ni kurang jelas dan buat korang blur-blur nak faham, tunggulah next series ok, atau tanya kat ruangan komen. Kalau nak bangkang pun boleh komen. Biasalah, membangkang amalan manusia kann?

Chalo!

20 ulasan:

Penulis.Sahaja. berkata...

bendera panji hitam. hehe.
apa yang kau kata tu betei sgt karem.

AREku berkata...

every people de care diorng trsendiri dlm beragama rite?
slamat berpuase bro ;p

AlexiaAqram berkata...

@penulis.sahaja

bulan puasa. bulan amal. bulan nasihat-menasihat.

@areku

yeah. but, we needs choose the right one.

selamat berpuasa too.

Khairul Aizuddin berkata...

posa sehari dalam sebulan? wei karim.. rukun puasa kan berpuasa di bulan RAMADHAN. maksudnya, puasa sebulan. bukan sekejap2..

try bukak tafsir, surah baqarah, ayat 183-186. jgn main tulis bro... bahaya..

"wahai orang-orang y beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
al-baqarah, 183.

dalam surah baqarah, ayat 13:
"Dan apabla dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang lain beriman!" Mereka menjawab "Adakah kami akan beriman sebagaimana orang-orang kurang akal itu beriman?" Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu."

bleh rujuk kitab tafsir atau tanya ustaz untuk tau ayat ni Allah tuju untuk org yg macam mana.. semoga kita tak tergolong dalam golongan ini.

selamat berpuasa =)

AlexiaAqram berkata...

@khairul azuddin

jangan melulu din bila berbicara, terus buka ayat2 al-quran untuk kuatkan hujah kau.

di tulis dalam rukun islam ialah berpuasa di bulan ramadhan. bukan berpuasa PENUH di bulan ramadhan. maknanya, akan ada orang yang takkan dapat puasa penuh di bulan ramadhan.

siapa yang tak dapat puasa penuh di bulan ramadhan din?

mak ang, kakak ang, gf aku, tok wan kawan aku yang tengah sakit uzur, pakcik tabligh yang tengah bermusafir.

semua tu di bolehkan untuk tak bepuasa atas sebab period, uzur, musafir, kanak2 tak mumaiz.

sekarang ni, kalau untuk mereka yang berdaya, sihat macam mana?

diwajibkan. itu semua orang faham.

tapi aku nak tanya ang. semua orang macam ang ke rajin berpuasa, semangat berpuasa, kuat amal ibadah nya, jaga perilakunya. semua orang macam ang ke?

tak din. tak. manusia ada banyak jenis. ang tak boleh strict, paksa orang macam tu saja. yang akan menghukum orang tak berpuasa ialah Allah Maha Adil. bukan manusia. kita manusia hanya layak menasihati dengan secara hikmah menggalakkan orang berpuasa.

kalau guna cara kau yang strict, bagi hujah dalil al-quran berbentuk amaran, aku rasa itu bukan cara yang rasuluallah minta. sebab itu islam sekarang lemah dan teruk kerana wujud kepaksaan mutlak dalam aplikasi islam. ingat. islam bukan paksaan. islam adalah kerelaan, penyerahan. ang nak paksa orang tak rela, kan kelakar namanya tu. kena didik orang jadi rela din, bukan didik dengan paksaan.

kalau ang tak faham lagi. sila fahami dialog ini.

"maksud aku nak habaq mcm ni, dari tak puasa langsung, puasalah sehari. nanti lama2 buat 2-3 hari. dah biasa, buatlah puasa penuh. jangan tinggal puasa sangat, kan tak best bila kita kawan-kawan semua puasa, ang sorang tak puasa, mcm mana nanti nak buka sama2. orang tak puasa takkan nak join orang puasa. kesian ang kena tinggal nanti. kalau ang tak puasa, kami pun rasa tak best lah bila ang isap rokok sorang-sorang. mana aci. so, esok kau puasa eh sahabatku, din."

mengerti? aku takkan nasihat kawan aku yang tak puasa dengan bersyarah bagi ayat-alquran tiba2 macam kau. tak tak. itu bukan cara aku.

wallahualam.

deus X machina berkata...

terima kaseh, ustaz aqram

aku suka point ko pasal solat tu, harap2 juga mamat atheist tu baca blog ko ni, heh

Khairul Aizuddin berkata...

=)

AlexiaAqram berkata...

@deus x machina

amboi amboi. aku tak sampai ustaz lagi lerr.. haha.

budak atheist tu.. hmm. besok2 kalau dia terkena bala dari tuhan. baru dia sedar siapa tuhan sebenarnya. wallahualam.

Khairul Aizuddin berkata...

sori incik karim =)

AlexiaAqram berkata...

@khairul aizuddin

sori to you too. muah muah muah! ;P

J. Love berkata...

sayang. jom kahwin.

AlexiaAqram berkata...

@j.love

jom sayang.

hentakbelipat berkata...

gua suka dan sokong cara penyampaian lu..terbaekk!

AlexiaAqram berkata...

mekasehhh.

akusuperman berkata...

aqram, kau memang pandai mengolah dan menyampaikan sesuatu yang bermain dalam fikiran aku.. macam mana kau tau ha???

bab puasa, sememangnya telah Allah nyatakan dalam alquran, yang mana puasa ni adalah hak Allah.. hanya Allah yang layak untuk menilai puasa hambaNya.. manusia takdak hak nak nilai pahala puasa sesama manusia..

tapi bagi mereka2 yang memang dah dilahirkan Islam dan hidup dalam persekitaran Islam, malu la kalo tak puasa sedangkan kau mampu dan tiada sebarang keuzuran..

AlexiaAqram berkata...

@akusuperman

kita semua ni nak buat jahat dalam dunia, buat lah.. takde sapa larang

tapi,

bila di soal dalam kubur, di akhirat. macam mana nanti kita nak jawab atas kejahatan kita?

boleh ke nak jawab?

renung2kanlah.

SUPERMAN berkata...

nak buat jahat dalam dunia, buat lah..

kalau kejahatan tu hanya memberi kesan kepada diri sendiri saje, memang takde sape nak kesah..

tapi kalau dah sampai menyusahkan orang lain, gua musti kesah..

buat jahat sorang2 sudah, jangan susahkan manusia lain..

masuk neraka sorang2 sudah, jangan nak ajak orang lain..

Fontonk berkata...

HAJI IS TOTAL ACTION.

Nabi Ibrahim tawaf sebab die mula2 nak korbankan anak dia (keduniaan), tapi Allah ganti dgn Kibas,

Malaikat malaikat pun bertawaf kat atas ka'bah. kat langit ke 7. tak silap aku la. aku tak pegi lagi mekkah. nak sgt pegi.

Banyak miracle kat sana. center of the earth plak. energi semua terpaksi kat sana. memang rasa tenang.

hiro berkata...

tapi kenapa letak gmbr profile free hair? bukan ke satu urat satu dosa?

khyrule_anuar berkata...

aku suka cara kau berhujah.. ya,memang bukan suma org boleh terima cara org yang suka menghukum.. makan dalam hati neh.. bukan suma org perfect.. lebeh selesa diberi nasihat n tunjuk ajar..